08 Mac 2014

Turki larang YouTube, Facebook


ANKARA: Perdana menteri Turki memberi amaran bahawa kerajaannya boleh mengharamkan rangkaian media sosial YouTube dan Facebook selepas kebocoran di internet yang menambahkan lagi momentum kepada skandal rasuah yang berleluasa.

Recep Tayyip Erdogan yang sebelum ini sudah menguatkan cengkaman kerajaan terhadap internet mencetuskan kritikan di dalam dan luar negara mengenai hak berkenaan di negara yang bakal menyertai Kesatuan Eropah itu. 


“Ada langkah baru akan kita ambil selepas 30 Mac termasuk larangan (terhadap YouTube, Facebook),” kata Erdogan kepada televisyen swasta ATV dalam satu temubual lewat kelmarin. 

Parti Pembangunan dan Keadilan (AKP) Erdagon menerima tekanan sejak minggu lalu, apabila rakaman audi dibocorkan di mana Erdogan dan anak lelakinya didakwa membincangkan bagaimana untuk menyembunyikan sejumlah besar wang.

Perdana menteri Turki itu menolak tuduhan itu sebagai rekaan ‘jahat’ dan tidak bermoral musuhnya menjelang pilihan raya penting tempatan pada 30 Mac.

Satu siri kebocoran internet menunjukkan bahawa Erdogan campur tangan dalam perjanjian perdagangan dan kes mahkamah.

Kerajaan Erdogan goyah berikutan skandal rasuah peringkat tertinggi yang tercetus pada pertengahan Disember lalu dan menjerat sekutu perniagaan dan politik utama perdana menteri itu. 
Erdogan mendakwa pengikut setia kepada Fethullah Gulen seorang pemimpin Islam berpengaruh merancang siasatan rasuah itu.


 - AFP


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Port Mak Ngah Skodeng !