Memaparkan catatan dengan label Puisi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Puisi. Papar semua catatan

13 Februari 2013

Bila Cinta Hilang dijiwa


Cinta itu indah bagai permata..yang bernilai di hati manusia.Yang menerbitkan kebahagiaan  hingga membawa ke mahligai impian.

Dari mana datangnya sayang...dari keikhlasan hati...Cinta tercipta kerana SAYANG...Betapa hebatnyaCINTA SEJATI...

Cinta..cinta memang sudah menjadi lumrah selagi di namakan cinta..pasti ada pahit dan manisnya.. pasti ada terang dan suram...Cinta... ada cinta terluka..bila cinta di dusta bagaikan ribut datang meredah...Ada pulun-pulun kasih yang rebah...

Ada ranting-ranting hati yang patah dan ada jiwa-jiwa yang rekah...Ada daun-daun rindu yang luruh bersama bunga-bunga Cinta.Begitulah perinya sang Ribut Cinta...Tanpa simpati pada hati duka nestapa....

Anak cina keTanah Jawa..
Di waktu pagi sunyi sepi..
Bila cinta  hilang di jiwa..
Hati tertutup terkunci sepi...

01 Februari 2013

Cintaku Muka Buku

Dalam kesejukkan malam kau muncul dalam bayangan.Kau datang membawa sedikit cahaya tapi cukup untuk menerangi kamarku yang kegelapan ini yang dulunya sepi tanpa penghuni.

Rasa terpanggil untukku menemanimu kerana rindu yang amat perit.Tanpa wajah tanpa suara cukup sekadar luahan rasa.Pada malam yang kian sepi kita di pertemukan lagi di paparan skrin komputer..cukup buat penghilang rindu yang mendatang.Dan di sini segala tercipta.

Kehadiran tanpa di duga mengheretku antara detik dan kesepian malam yang dingin tapi tetap hangat dengan hembusan nafasku..Dan kau masih bersamaku meredah suasana malam yang begitu menyenangkan..Kerana di sini kita mula bertemu dalam satu ikatan kemesraan.Antara rindu dan ceria..Antara resah gelisah.

Antara senyum dan tangis..Kau sentiasa menemaniku.Pada malam kegelapan dan subuh kedinginan tak pernah ku keseorangan...

04 Januari 2013

Duka Semalam

Bersama hari-hari semalam yang penuh luka..Ku lalui  hidup ini walaupun penuh derita dan sengsara.Hari semalam telah mengenalkan aku akan erti sebuah derita percintaan..

Bukan ku pinta pertemuan jika akhirnya perpisahan mendatang..Bukan ku rayu untuk diriku di cintai jika akhirnya aku di tinggalkan..

Benarkah kata janji itu hanya manis di mulut tetapi menjadi racun berbisa jika tidak di kotakan.Atau aku yang terlalu berharap untuk memiliki hatimu sedangkan kau hanya ingin mainkan perasaanku.

Butakah cintaku atau aku yang bersalah kerana terlalu mengharapkan mu untuk mengisi bunga-bunga cinta di segenap ruang hatiku..Jika di hatimu hanya ada dendam untuk menyakiti hati perempuan sepertiku ..padamkan lah ia kerana kelak akan membakar dirimu jua.

Siramilah api dendammu dengan kesejukkan cinta seorang wanita ..

Terimakasih atas kelukaan itu.Akan ku rawat ia walaupun amat sukar untuk aku melakukannya.

Doaku semoga terbuka hatimu untuk mencintai seseorang dengan keikhlasan dan kejujuran yang hakiki..walaupun kelak gadis itu bukannya aku....

~ Sis Garlic ~

30 Disember 2012

Cinta Hati

Sayang,

Mengertilah sememangnya aku dahagakan cintamu...

Hanya dengan cintamu dapat merubah segala-galanya dalam hidupku.Tanpamu hidupku bagaikan layang-layang tanpa arah tujuan.Sesungguhnya hanya kau lah nyawaku...

Cintaku hanya untukmu..Tiada yang lain kekasihku.Renungan matamu buatkan hatiku layu bagaikan bunga tiada madunya.Senyumanmu memikat kalbuku bagaikan satu azimat buatku.

Bersyukur pada Ilahi kerana memanjangkan hubungan ini.Walaupun ia berulang kali di landa badai namun mahligai yang kita bina masih lagi utuh terpatri walaupun beribu dugaan dan rintangan melanda.

Namun ku sanggup hadapi demi cinta dan kasihku terhadapmu..insan teristimewa..CINTA HATIKU..

~ sis Garlic ~  

Port Mak Ngah Skodeng !