Memaparkan catatan dengan label Lawak. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Lawak. Papar semua catatan

03 Mac 2015

MC Akibat Chicken Chop Jadi Viral dan bahan Jenaka


PETALING JAYA: Sebuah klinik di Sungai Buloh tersilap mengeluarkan sijil cuti sakit (MC) kepada salah seorang pelajar sehingga ianya dijadikan bahan jenaka di media sosial.

MC tersebut dikeluarkan sebuah klinik swasta bagi mengesahkan seorang pelajar perempuan di sebuah sekolah menengah di Sungai Buloh yang menghidap demam campak dan diberikan cuti sakit selama lima hari sehingga Jumaat ini.
Bagaimanapun, MC yang ditandatangani seorang doktor di klinik tersebut ditulis perkataan 'chicken chop' dan bukannya 'chicken pox' iaitu demam campak.

Kesilapan pada MC tersebut menjadi gurauan dan bualan hangat di media sosial.

Malah, gambar surat MC tersebut turut disebarkan menerusi aplikasi WhatsApp pada Isnin.

Namun, difahamkan kesilapan tersebut bukan dilakukan oleh doktor tetapi kakitangan di klinik tersebut yang ditugaskan untuk mengisi slip MC berkenaan.

Usaha untuk mendapatkan sebarang komen dari klinik tersebut tidak berjaya.

Bagaimanapun, kakitangan di klinik tersebut dilaporkan memberitahu sebuah portal berita bahawa ia adalah satu kesilapan yang tidak disengajakan oleh mereka.

"Ia adalah satu kesilapan yang tidak disengajakan oleh pihak kami. Bagi pihak klinik ini, kami memohon maaf di atas kesilapan tersebut dan mahu bangkit daripada kesilapan ini," katanya kepada portal tersebut.

Kakitangan klinik tersebut turut memberitahu klinik itu tidak berhenti dihujani panggilan telefon dari orang ramai yang bertanyakan tentang perkara tersebut.

mstar Online

29 September 2014

Merajuk lantas,Terlelap di pucuk kelapa

WARGA emas yang enggan turun dari pokok kelapa di Kampung Sinarut Lama, semalam.
Ranau: Merajuk kerana tidak diberikan sebotol arak, seorang warga emas mengambil keputusan memanjat pokok kelapa dan enggan turun selama lebih lima jam sehingga memaksa orang ramai menghubungi pasukan penyelamat bagi membantu menurunkan mangsa.
Dalam kejadian jam 7 pagi di Kampung Sinarut Lama, di sini, semalam, warga emas berusia 70 tahun itu dipercayai berbuat demikian selepas dikatakan merajuk dengan rakan yang enggan memberi arak kepadanya.
Lelaki terbabit memanjat pokok kelapa setinggi lebih enam meter untuk mengambil nira, tetapi enggan turun. 

Menurut saksi, orang ramai memujuknya turun, tetapi lelaki itu berkeras mahu berada di atas pokok.
Difahamkan, warga emas itu dipercayai tertidur beberapa kali sehingga penduduk menghubungi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) meminta bantuan.
myMetro

13 Ogos 2014

Pelanggan Restoran Pizza Diusir Keluar, Tukar Lampin Anak Di Meja Makan

SEORANG ibu diusir keluar dari sebuah restoran pizza kerana menukar lampin kotor anak perempuannya di meja makan.
Miranda Sowers dan tiga anaknya diusir keluar dari Brother's Pizza Express di Spring, Texas, selepas dia bertindak menukar lampin anak perempuannya yang berusia empat bulan di meja makan.
Ketika kejadian, Sowers sedang menjamu selera bersama anak-anaknya di restoran berkenaan.
Bercakap kepada stesen berita Texas, KHOU, dia pada awalnya membawa anaknya ke tandas di restoran berkenaan tetapi mendapati ia tiada ruang penukaran lampin.
"Saya mempunyai pelapik saya sendiri, dia (anak) kecil, muat di atas kerusi. Jadi, saya cepat baringkan dia dan menukarkan lampin secara diam-diam," katanya.
Pengurus restoran, Donny Lala berkata, pekerjanya membuat keputusan tepat mengusir wanita itu.
"Sebaik sahaja anda membuka lampin itu, pelanggan-pelanggan mula mengadu mengenai bau busuk. Pelanggan muntah (kerana bau busuk) adalah perkara terakhir yang saya mahu dengar," katanya kepada Sowers.
Sowers bagaimanapun tidak membiarkan insiden diusir dari restoran tersebut begitu sahaja, sebaliknya dia memfailkan aduan dengan Biro Perniagaan Lebih Baik. - mirror.co.uk

10 Mei 2014

Isu Persenda Hudud, Harith Iskander Mohon Maaf

Harith Iskander tidak bermaksud menghina Hudud.
PETALING JAYA: Pelakon dan pelawak Harith Iskander memohon maaf apabila status yang dimuat naik di Twitter miliknya mengenai hukum Hudud bertujuan untuk berjenaka mendapat kritikan ramai.

Harith, 43, berkata, dia tidak berniat mahu mempertikaikan peraturan  dalam agama Islam itu tetapi ia telah disalah ertikan oleh segelintir pihak.

"Saya ingin memohon maaf sekiranya status di Twitter itu mengundang rasa tidak senang hati mana-mana pihak.

"Jujurnya saya tidak berniat mahu mempermainkan agama sendiri. Kalau boleh saya tidak ingin membesarkan isu ini kerana ia hanya perkara kecil yang telah disalah ertikan.
harith iskander twit
Inilah status mengenai Hudud pada Twitter Harith yang mengundang kemarahan orang ramai.
"Mungkin ada pihak yang mempunyai masa mahu membesarkan sesuatu (isu Hudud) itu," katanya kepada mStar Online menerusi mesej aplikasi WhatsApp di sini pada Jumaat.

Pada Khamis lalu, Harith dalam satu status Twitter miliknya telah berjenaka mengenai hukum Hudud.

Hal tersebut secara tidak langsung menyebabkan beberapa pengikut laman Twitter  itu menegurnya kerana perbuatan itu dilihat seperti mempersendakan agama Islam.

Hudud merupakan satu bentuk hukuman terhadap umat Islam yang melanggar tuntutan agama dan ia ditetapkan Allah sebagaimana tertulis dalam Al-Quran dan hadis.

Dalam pada itu, Harith berkata, perkara itu juga membuatkan ada beberapa peminatnya bertindak tidak mengikut akaun Twitter miliknya lagi.

"Dalam dunia media sosial ini kita diberi pilihan. Ada beberapa follower saya yang mengumumkan mereka nak unfollow  dan saya hormat keputusan itu sebab ia pilihan mereka.

"Bagi saya kalau ada seseorang yang bercakap sesuatu yang saya tak suka, saya juga akan melakukan perkara sama (unfollow)," ujarnya.

mStar Online

28 April 2014

Lelaki berkain pelikat ala 'Zorro' tunjuk KEMALUAN

NASIR menunjukkan kawasan lif yang menjadi lokasi lelaki berpakaian ala 'Zorro' sering mengganggu wanita di pangsapuri Flora Damansara, Petaling Jaya, Selangor semalam.

PETALING JAYA - Golongan wanita yang tinggal di sekitar pangsapuri Flora Damansara, Damansara Perdana di sini kini berada dalam keadaan ketakutan ekoran kemunculan seorang lelaki misteri berpakaian ala 'Zorro' terutama pada waktu malam.

Jika dalam filem, watak 'Zorro' adalah seorang pahlawan bertopeng dan berpakaian serba hitam muncul untuk menyelamatkan mangsa daripada kezaliman, berbeza pula dengan lelaki misteri tersebut yang gemar memerhatikan golongan wanita dan menunjukkan kemaluannya sebelum meraba mangsa.
Suspek dipercayai mencari mangsa yang berjalan sendirian di kawasan sunyi seperti di dalam lif, tempat letak kereta, laluan kaki lima dan ketika mangsa sedang membuka pintu rumah.
KOSMO!

01 Mac 2014

PELAKON KOMEDI SYANIE HISHAM SAH BERNIKAH

SYANIE pada majlis akad nikah di sebuah hotel di Langkawi.
Langkawi: Pelakon komedi wanita Syanie Hisham, 39, sah bergelar isteri kepada Nadi Putera Mohammad Zainol, 27, dengan sekali lafaz pada majlis akad nikah yang berlangsung di Sandy Beach Resort, di sini, pagi ini.
Pernikahan kali kedua bagi Syanie disempurnakan bapanya sendiri, Hisham Abd Rahman, 63, pada jam 11.27 pagi ini manakala khutbah nikah disampaikan Pegawai Agama Daerah Langkawi, Syeikh Nor Ismardi Ismail.
Harian Metro

14 Januari 2014

Peminat Lamar Jepp Sepahtu Melalui Laman Sosial Twitter

Kumpulan Sepahtu dari kiri Jepp, Shuib dan Rahim.
PETALING JAYA: Pelawak Jepp daripada kumpulan Sepahtu menceritakan pengalaman dia pernah dilamar peminat untuk dijadikan suami.
Jepp atau nama sebenarnya Mohd Nadzri Zainal Abidin, 29, berkata, kebanyakan mereka melamarnya menerusi laman sosial Twitter dan aplikasi Wechat tetapi dia tidak membalas permintaan itu semata-mata mahu menjaga hati mereka.
"Kalau saya cakap, orang kata syok sendiri pula. Tetapi ada la beberapa peminat yang nak jadikan saya sebagai suami mereka.
"Terkejut juga, tetapi saya ambil pendekatan untuk berdiam diri tidak membalas mesej mereka supaya tiada sesiapa yang berkecil hati. Kalau boleh, saya harap sangat agar tidak melukakan hati sesiapa pun," katanya kepada mStar Online.
Bagaimanapun, dalam menjaga perasaan orang sekeliling, Jepp turut meluahkan rasa kesal apabila membaca satu laporan akhbar menerusi ruangan pojok yang melaporkan dia mula bangga diri dengan kejayaannya dan sering melukakan hati ahli-ahli kumpulannya iaitu Shuib dan Rahim.
Kata Jepp, laporan itu benar-benar mengaibkan dirinya kerana dia bukanlah jenis lelaki yang suka melukakan hati rakan-rakan.
"Saya agak terkejut dan terkilan apabila keluar pula gosip yang mengatakan saya sudah mula bangga diri dan pada masa sama memperkecilkan hati ahli-ahli kumpulan saya.
"Tanyalah mereka, adakah saya seorang yang begitu seperti digambarkan dalam oleh ruangan pojok berkenaan? "Kalau saya bagi penjelasan, ia dilihat seperti saya sengaja ingin kaburkan mata orang ramai dengan mempertahankan diri saya. Apa-apa pun ia satu fitnah terhadap saya kerana saya bukan jenis lelaki sebegitu. Ya, memang saya suka bergurau kasar, tetapi hanya dengan teman-teman rapat sahaja," tegasnya.
Sementara itu, Jepp bersama Sepahtu sedang giat membuat persiapan menerusi program Maharaja Lawak Mega 2014 bagi episod minggu ke sepuluh Jumaat ini.
Ia akan bersiaran langsung menerusi saluran Astro Warna pada pukul 10 malam.
Kredit : mStar Online

Port Mak Ngah Skodeng !