09 Mac 2014

Misteri kehilangan pesawat MH370,Hasrat bulan madu di Beijing tidak kesampaian

GAMBAR kenangan majlis persandingan Mohd. Razahan (kiri) dan Norli Akmar. Mereka berdua antara penumpang pesawat MH370 yang dilaporkan hilang semalam.

KUALA LUMPUR - Hasrat sepasang suami isteri untuk berbulan madu di Beijing, China tidak kesampaian selepas pesawat MH370 milik Penerbangan Malaysia (MAS) yang mereka naiki dilaporkan hilang di perairan Laut China Selatan awal pagi semalam.

Pasangan berkenaan pada mulanya merancang untuk berbulan madu di Cameron Highlands, Pahang namun menukar destinasi tersebut ke Beijing.
Mohammad Razahan Zamani, 29, dan Norliakmar Hamid, 33, yang mendirikan rumah tangga sejak Oktober dua tahun lalu merupakan antara 227 penumpang yang menaiki penerbangan berkenaan.
Bapa Norliakmar, Hamid Ramlan, 54, berkata, anak sulung daripada empat beradik itu baru sahaja mengalami keguguran ketika usia kandungan mencecah dua bulan.
"Mereka ke Beijing untuk berbulan madu sambil mengubat luka hati yang dialami akibat keguguran itu," katanya ketika ditemui Kosmo! semalam.
KOSMO!


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Port Mak Ngah Skodeng !