13 Januari 2014

Lana Nordin Nafi Bercinta Dengan Jejaka Bergelar Doktor

Lana menafikan dia sudah menemui pengganti Johan As'ari.
PETALING JAYA: Pelakon Lana Nordin menafikan dia sedang menjalinkan hubungan dengan seorang lelaki bergelar doktor selepas hubungannya dengan aktor Johan As'ari putus.
Lana atau nama sebenarnya Mazlina Hasan Nordin, 34, berkata, laporan berkenaan tidak benar sama sekali dan menegaskan dia kini masih belum mempunyai pengganti Johan.
"Laporan itu tidak benar. Saya masih single and available," ujarnya menerusi mesej yang dikirimkan melalui aplikasi sosial WhatsApp kepada mStar Online, Ahad.
Sebuah akhbar mingguan melaporkan Lana sedang menjalinkan hubungan cinta dengan lelaki kacukan Pakistan dan Inggeris itu yang juga rakan lamanya.
Malah lelaki berkenaan didakwa telah menghantar 50 tangkai bunga mawar kepada Lana dan dia sendiri telah pun memuat naik jambangan bunga berkenaan di laman Instagram miliknya.
Cinta Lana dan Johan hanya bercinta selama sebulan.
Lana bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu.
Johan sebelum ini telah melamar Lana untuk dijadikan sebagai isterinya selepas tiga hari berjumpa.
Pasangan itu bertemu ketika menjayakan sebuah program pada 18 Oktober 2013 lalu dan tiga hari kemudian, Johan terus meluahkan isi hati dan hasrat beliau untuk memperisterikan aktres seksi itu kerana percaya Lana adalah jodohnya yang dimohon ketika mengerjakan umrah pada April lalu.
Bagaimanapun Johan menerusi kenyataannya di sebuah akhbar pada akhir Disember lalu mengumumkan perpisahan cinta mereka selepas sebulan berkasih berikutan tidak direstui keluarga Johan.
mStar Online

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Port Mak Ngah Skodeng !