01 April 2013

Janji Kata Setia

Bersama hari-hari semalam yang penuh luka...

Ku lalui penuh derita dan sengsara.


Hari semalam telah mengenalkanku erti sebuah derita percintaan.


Bukan ku pinta pertemuan jika akhirnya perpisahan yang mendatang.


Bukan ku rayu diriku untuk di cintai jika akhirnya aku di tinggalkan.


Benarkah kata janji itu hanya manis di mulut tetapi menjadi racun berbisa jika tidak di kotakan atau aku yang terlalu berharap untuk memiliki hatimu sedangkan  kau hanya ingin mainkan perasaanku.


.Butakah cinta atau aku yang bersalah kerana terlalu mengharapkan mu untuk mengisi bunga-bunga cinta di setiap ruang hatiku..


.Terimakasih atas kelukaan itu.

Akan ku rawat ia walaupun amat sukar untuk aku melakukannya...  



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Port Mak Ngah Skodeng !