14 April 2013

MAKAN CARA SIHAT IKUT SUNNAH NABI


KITA berpantang dan mengawal tabiat makan apabila diserang penyakit. Lebih teruk jika doktor hanya membenarkan kita makan dalam kuantiti sedikit atau makanan tertentu.
Hakikatnya, amalan mengawal tabiat pemakanan selepas jatuh sakit adalah tindakan salah. Kita patut mengawal pemakanan seawal usia remaja, bukan apabila memasuki fasa 40-an.
Tabiat pemakanan yang boleh diteladani ialah mengikut sunah Rasulullah s.a.w. Jika dikaji, amalan pemakanan baginda amat bertepatan dengan al-Quran bermaksud: “… makan dan minumlah, dan janganlah berlebih-lebihan…” (Petua menjaga kesihatan cara Rasulullah turut mengambil kira sistem tubuh manusia. Sebagai mesin, ia memerlukan bahan bakar iaitu makanan untuk membolehkannya melaksanakan kerja, tetapi kuantiti makanan yang masuk ke perut mesti dikawal.
Sebenarnya, menjaga dan mengawal perut daripada makan terlalu banyak adalah kaedah pencegahan penyakit yang berkesan. Sebab itu ramai ilmuwan perubatan dan tabib zaman lampau sering bermadah ‘lapar itu ubat’.
Mengambil makanan dalam kuantiti banyak adalah amalan buruk kerana ia memberatkan organ dan sistem pencernaan sehingga ia lemah dan tidak mampu mencerna secara teratur dan berkesan.
Makanan dalam jumlah yang banyak menyebabkan pelbagai penyakit. Justeru, kaedah rawatan dan pencegahan penyakit yang terbaik sepatutnya bermula dari perut – pastikan kuantiti dan jenis makanan yang masuk ke perut terkawal.
Nabi Muhammad ada menyebut ‘perut adalah tempat bermula pelbagai penyakit’. Selain kuantiti makanan, petua kesihatan Nabi turut mengambil kira isi padu makanan.
Baginda lebih mengutamakan makanan lembut, terutama jika baru sembuh atau melalui proses pemulihan. Dalam satu hadis daripada Siti Aisyah r.a, beliau berkata: “Jika Rasulullah diberitahu si fulan sakit dan tidak ada nafsu makan, baginda bersabda: Berikanlah kepadanya ‘talbiinah’! Kata baginda lagi, Demi Allah, ia mencuci perut seseorang seperti kamu membersihkan mukamu daripada kotoran!”
Talbiinah ialah sejenis makanan masyarakat Arab menyerupai bubur atau susu. Ia lembut dan tidak membebankan perut. Bagi kita di sini, mungkin oat dicampur susu sesuai sebagai makanan yang lembut dan tidak membebankan perut serta fungsi pencernaan.
Makanan ini juga kaya serat dan banyak membantu proses penghadaman.
Disiplin pemakanan yang diamalkan Rasulullah biasanya mengelak makanan itu mendatangkan penyakit kepada individu yang sihat, manakala bagi mereka yang mengalami masalah kesihatan, ia mengelak penyakit menjadi semakin serius.
Contoh peristiwa Nabi Muhammad s.a.w mengajar pemilihan makanan ketika sakit ialah sebagaimana hadis riwayat Ibnu Maajah dari Ummul Mundzir Qois al Anshoriyah, katanya:
“Suatu hari Rasulullah berkunjung ke rumah kami bersama Ali k.a yang ketika itu baru sembuh daripada sakit. Kami mempunyai buah daliah (sejenis buah-buahan di tanah suci), lalu Rasulullah mengambil dan memakannya dan Ali juga memakannya.
“Baginda berkata kepada Ali: Engkau baru saja sembuh daripada sakit.
“Lalu Ali berhenti memakannya. Kemudian saya buatkan masakan dari gandum dan saya berikan kepada mereka berdua, maka Rasulullah s.a.w bersabda: Ali, nah, ini lebih sesuai bagimu!”
Larangan Rasulullah kepada Ali yang baharu sembuh daripada sakit agar tidak memakan daliah sebagaimana dalam hadis di atas adalah kaedah pencegahan atau berpantang. Buah-buahan yang sifatnya mudah terurai mungkin memberi mudarat bagi mereka yang baru sembuh.
Ketika baru pulih daripada sakit, perut belum cukup kuat kerana ia sibuk bekerja menghakis sisa penyakit dari dalam perut dan badan.
Sebaliknya, Rasulullah menggalakkan Ali mengambil masakan daripada gandum kerana air daripada gandum itu dapat menguatkan tubuh.
Namun, baginda membenarkan pengambilan makanan yang tidak sesuai, tetapi dalam kuantiti sedikit sekadar menghilangkan keinginan.
Perkara menarik mengenai kaedah makanan seimbang yang diajarkan Rasulullah ialah baginda tidak membataskan pada satu jenis makanan saja. Contohnya, baginda menyeimbangkan makanan bersifat panas dengan sejuk.
Dari segi komposisi makanan, baginda tidak pernah mengambil susu dan ikan atau susu dan telur atau daging dan susu atau antara makanan yang kedua-duanya mempunyai sifat panas atau sifat dingin serentak.
Baginda juga tidak mengambil dua jenis makanan yang mempunyai sifat cepat dicernakan dan lambat dicernakan, serentak.
Rasulullah tidak mengambil makanan yang masih dalam keadaan panas atau makanan yang disimpan semalaman, makanan awet atau diasinkan seperti acar kerana semua itu memudaratkan kesihatan.
Kita juga patut mengelak mengambil makanan segera dan minuman berkarbonat, walaupun sedap, tetapi memudaratkan apatah lagi mengandungi perasa tiruan dan sintetik.
Rasulullah gemar makanan yang mengandungi unsur manis semula jadi dan madu malah baginda suka mengambil buah-buahan sebagai makanan tambahan.
Mengenai madu, Nabi mempunyai disiplin pengambilan madu yang baik untuk dicontohi, iaitu mengambilnya pada waktu pagi sebelum sarapan.
Madu dicampurkan dengan air dingin sebelum diminum. Ini bertujuan mencairkan lendir dan membersihkan sistem pencernaan.
Selain jenis dan kuantiti makanan, satu aspek lain penjagaan kesihatan Rasulullah s.a.w ialah cara baginda duduk ketika makan, iaitu dalam posisi ‘mutawarikan’, iaitu meletakkan pinggul pada kedua-dua tumit dan menempatkan telapak kaki kiri di atas punggung kaki kanan.
Postur badan penting dalam menentukan kebaikan ketika pengambilan makanan. Contohnya, baginda melarang
makan sambil bersandar sebagaimana sabdanya bermaksud: “Saya tidak makan sambil bersandar.”
Baginda juga melarang minum sambil berdiri, kecuali jika dalam keadaan terpaksa. Baginda mempunyai disiplin khusus dari segi minuman.
Berdasarkan petunjuk Nabi s.a.w, makruh minum selepas melakukan olahraga atau sebaik selesai melakukan sesuatu kerja berat atau sebaik habis makan atau sebelum makan. Semua itu tidak baik untuk kesihatan. Sebaliknya, biarkan beberapa detik berlalu apabila selesai aktiviti berat atau makan, kemudian minum.
Rasulullah s.a.w mempunyai petua unik ketika minum. Dalam satu hadis dari Anas bin Malik bermaksud: “Rasulullah minum dengan tiga kali nafas. Baginda berkata: Hal itu lebih melegakan dan lebih menyihatkan.”
Maksud bernafas tiga kali ketika minum ialah dengan menjauhkan bekas atau cawan dari mulut, lalu bernafas atau seolah-olah menghisap air yang sedang diminum. Larangan bernafas di dalam gelas ketika minum ditemui dalam hadis bermaksud:
“Jika seseorang di antara kalian minum maka janganlah bernafas di dalam gelas minuman, tetapi hendaklah direnggangkannya dari bibir.”
Dan, pasti yang paling penting dan mungkin dilupakan kita apabila makan atau minum ialah membaca ‘basmalah’ (membaca Bismillah) dan mengucapkan ‘hamdalah’ (Alhamdulillah) apabila selesai. Ia banyak keberkatan dari segi kesihatan.
Rahsia besar Rasulullah s.a.w yang patut menjadi teladan ialah baginda tidak pernah mencela makanan yang tidak disukainya atau kurang enak. Ini terkandung di dalam hadis bermaksud:
“Anas berkata: Rasulullah tidak pernah mencela makanan. Jika berselera dimakannya, dan jika tidak maka ditinggalkannya.”
Justeru, semua orang tidak wajar menunggu hari tua atau berusia lewat 40-an untuk memulakan amalan pemakanan sihat. Mulakanlah sekarang!
Kepentingan menjaga pemakanan dapat difahami daripada hadis Nabi saw yang diriwayatkan at-Turmudzi dari Abdullah al-Ashory, Rasulullah saw bersabda bermaksud:
“Sesiapa dalam keadaan badan sihat, aman dalam penghidupan dan ia memiliki makanan sehari-hari yang cukup, maka seolah-olah dunia ini miliknya.” al-A’raf, ayat 31).

11 Makanan Pembangkit Mood

1.Ikan salmon-kaya dengan lemak omega 3 dan vitamin D.

2. Bayam-kaya dengan asid folik dan serat.

3.Susu tanpa lemak-mengandungi serat dan asid folik .

4. Buah beri hitam-kaya dengan fiber dan asid folik.

5. Telur yang di perkaya dengan omega3-kaya dengan lemak omega 3,vitamin D dan B12.

6. Sardin-kaya dengan lemak omega3 dan vitamin D.

7. Kacang soya-kaya dengan fiber,asid folik dan omega 3.

8. Kacang-kaya dengan fiber dan asid folik.

9. Kubis brussels-kaya dengan fiber dan asid folik.

10. Biji bunga matahari-kaya dengan fiber dan asid folik..   


Sumber dari pakar nutrisi Amerika..Joy Bauer...

13 April 2013

Tafsiran Cinta

Cinta...

Terlalu payah untuk di ucapkan.

Namun dalam cinta pasti akan merasai kekecewaan dan di kecewakan.

Walaupun bukan itu matlamat dalam percintaan.

Kata orang Cinta tak boleh di paksa dan Cinta juga bukan datang sekelip mata.

Cinta bagaikan bintang di langit...

Terlalu banyak yang bercahaya...indah tapi cuma satu bintang yang akan menjadi igauan sang pemujanya..

Bintang itu adalah bintang hatiku... 

Bayangan Semalam

Mungkin aku tidak sendiri.

Bayanganmu sentiasa menemaniku..

Hiasi malam sepiku..

Saat-saat manis terkadang berlalu pergi begitu sahaja.

Biarpun kau tetap di jendela kenanganku.

Sedangkan saat-saat berduka sentiasa melekat di hatiku.

Sukar untuk aku melupakannya.

Biarpun bertahun sudah berlalu..

Andai dapat ku undurkan masa...ingin ku ulangi saat-saat indah tika bersamamu.

Mahu ku ciptakan bahagia buat selama-lamanya..

Namun sudah ketentuan dariNYA..

Aku terpaksa melalui jalan-jalan duka yang akhirnya aku kesepian sendirian...


12 April 2013

Memori Terindah (Buat Arwah Ibuku)

Ibu...

Keringat tuamu menitis lagi membanting tulang menyara aku adik beradik setelah ayah tercinta pergi mengadap Ilahi.

Ibu...

Wajahmu sejernih embun sedamai malam..

Biarpun garis tua menjalari usia...

Aku kagum...

Ia kagum dengan kematanganmu...

Aku sedar kita hanya menumpang belas namun kita juga insan yang berhak di atas muka bumi Allah ini.

Aku bangga mempunyai ibu sepertimu...

Biarpun tidak di limpahi dengan wang ringgit..

Aku cukup kaya dengan kasih sayangmu..

Ibu kau cerapkan aku dengan nilai-nilai ketimuran yang penuh santun.Kau mampan dadaku dengan ilmu akhirat...

Dan kau tiupkan semangat ukhwah dalam jiwaku...

Ibu...

Kau insan yang penuh pengertian dan kelembutan.Tutur katamu,bicara halusmu,peribadimu menjadi idolaku.

Belaian dan kasihmu masih segar hingga kini...

Ibu...

Tiada kata yang dapat ku ungkapkan.Tiada madah yang dapat ku ukirkan.

Betapa agungnya kasih Ibu...

Segunung intan,selaut permata,selangit bintang...tidak terbanding kasihmu Ibu.

Engkaulah Ratu Hatiku.

Engkaulah kemegahan dan Engkaulah segala-galanya bagiku...

Kini Engkau tiada di dunia fana ini...

Doaku moga Engkau di tempatkan di kalangan orang-orang beriman...Amiiinn

11 April 2013

Sepi Tanpa Ayah

Ayah..
Kini ku rasakan hidup tanpamu
Aku sepi hidup tanpa mu
Namun ini harus ku jalani
Walau terasa sangat berat ku jalani

Ayah...
Terima kasih atas semuanya
Semua kasih sayang yang kau curahkan
Semua pengorbanan yang kau lakukan

Ayah...
Kini aku merindukanmu
Merindukan saat-saat bersamamu
Merindukan kasih sayang darimu

Ayah...
Ingin rasanya aku berjumpa denganmu
Walau hanya dalam mimpiku
Walau hanya memandang wajahmu

Saat ku perlukan ayah
Saat ku rindu ayah
Hanya selembar foto peninggalan mu
Yang dapat mengubati rasa rinduku

Tuhan..
Sungguh aku tak pernah rela kehilangan dia
Namun aku sedar semua ini milikimu
Dan akan kembali kepadamu

Tuhan...
Jagalah dia selalu
Bahagiakan dia di sisimu
Kerana dia adalah ayah terbaikku.....buat arwah abah...

Firman Allah

FIRMAN Allah bermaksud:

“Wahai orang yang berselimut, bangunlah 


sembahyang tahajud pada waktu malam,

 selain dari sedikit masa (yang tak dapat 

tidak untuk berehat). Iaitu separuh dari 

waktu malam, atau kurangkan sedikit 

daripada separuh itu. Ataupun lebihkan 

(sedikit) daripadanya: dan bacalah al-Quran 

dengan ‘Tartil’ (perlahan-lahan). 

Sesungguhnya Kami akan menurunkan 

kepadamu perkataan yang berat (wahyu 

yang mengandungi perintah yang berat). 

Sesungguhnya sembahyang dan ibadat 

malam lebih kuat kesannya (kepada jiwa),

 dan lebih tetap betul bacaannya”.

 (Surah Al-Muzzammil, ayat 1-6)

Ibu

Ibu…

Aku merindukanmu...

Aku tak mampu mengantar kepergianmu...



Langit mendung turut berduka...



Orang-orang riuh rendah becerita...


Tentang segala amal kebaikanmu...



Aku datang kepadamu ibu...



Semilir di bawah kemboja dan nisanmu...



Aku menangis dan berdoa...



Mengenang segala salah dan dosaku kepadamu...




Kepergianmu seketika mendewasakan aku...



Mengajarkan aku betapa penting erti hidup....



Untuk menjadi insan berguna bagi sesama...



Kepergianmu mengajarku...



Bagaimana harus mencintai dan menyayangi...



Bagaimana harus tulus berkorban dan bersabar....



Bagaimana harus berjuang demi anak-anak...



Hingga saat terakhir hayatmu...



Engkau terus berdoa demi kebahagiaan anak-anakmu....

Memori Bersama Ibu

Hari – hari yang aku lalui memang jauh darinya,


Disaat jauh seperti saat inilah .


.Seperti terasa hilang saat aku bersamanya ..


Saat matanya menatapku,



Saat telapaknya menyentuhku,



Aku merasakan kedamaian yang tak akan terbayar oleh apapun ..



Aku merasa rindu yang teramat padanya ..


Beliau terlalu indah untukku 


Beliau adalah malaikat terbaik yang dikirimkan Tuhan untuk menjaga hidupku 



Ibu..

 semoga engkau damai di Alam Sana...

Rindu Ibu Dan Ayah(Kalian sentiasa dalam ingatanku)

Ibu,


Ingin saat ini ku kucup dahimu,


Ingin rasanya aku peluk erat tubuhmu


Ayah,

Aku Pelukan yang dapat 


menenangkan hati ini.

cium tanganmu,

Tangan yang berhempas pulas


 mencari rezeki
,


Aku rindu kata-katamu,




Kata-kata yang jarang kau ucap

 namun dapat menaikkan

semula diriku.




Ibu, Ayah,


Aku rindu menatap wajahmu,


Aku rindu masakanmu,


Aku rindu nasihatmu,


Aku rindu gelak tawamu.



Mengalirkan air mata dalam pelukanmu,


Terima kasih cintaku, ibu dan ayah,



Aku bangga jadi anak kalian.


Pelukan yang dapat menenangkan hati ini.



Port Mak Ngah Skodeng !