11 April 2013

Memori Bersama Ibu

Hari – hari yang aku lalui memang jauh darinya,


Disaat jauh seperti saat inilah .


.Seperti terasa hilang saat aku bersamanya ..


Saat matanya menatapku,



Saat telapaknya menyentuhku,



Aku merasakan kedamaian yang tak akan terbayar oleh apapun ..



Aku merasa rindu yang teramat padanya ..


Beliau terlalu indah untukku 


Beliau adalah malaikat terbaik yang dikirimkan Tuhan untuk menjaga hidupku 



Ibu..

 semoga engkau damai di Alam Sana...

Rindu Ibu Dan Ayah(Kalian sentiasa dalam ingatanku)

Ibu,


Ingin saat ini ku kucup dahimu,


Ingin rasanya aku peluk erat tubuhmu


Ayah,

Aku Pelukan yang dapat 


menenangkan hati ini.

cium tanganmu,

Tangan yang berhempas pulas


 mencari rezeki
,


Aku rindu kata-katamu,




Kata-kata yang jarang kau ucap

 namun dapat menaikkan

semula diriku.




Ibu, Ayah,


Aku rindu menatap wajahmu,


Aku rindu masakanmu,


Aku rindu nasihatmu,


Aku rindu gelak tawamu.



Mengalirkan air mata dalam pelukanmu,


Terima kasih cintaku, ibu dan ayah,



Aku bangga jadi anak kalian.


Pelukan yang dapat menenangkan hati ini.



Rindu Ayah Dan Ibu

ayah….ibu..

mungkin di dunia ini kalian telah tiada


tapi di dalam hatiku kalian tak akan pernah sirna



walaupun kalian telah meninggalkanku


tapi semangat dan doa kalian masih saja aku rasakan



ayah….ibu...



jangan pernah merasa kesepian




doaku kan selalu menemani kalian


selamat jalan ayah dan ibu...


semoga kalian tenang di alam sana..


bersama doa -doa kami disini....



rindunya kat kalian berdua..



.Semoga kalian di tempatkan di kalangan orang-orang 
beriman..




Amiiinn...

Rindu Yang Usang

Kamar sepi di puncak rindu yang sepi ...
sesepi hatiku di kala ini.

Aku tak berdaya melawan arus kerinduan selama ini.

Merinduimu bersama bayangan di sisiku.

Walaupun realiti..

Kau bukan milikku...

Namun deruan rindu berlagu jua menyapa bebunga hati..bersama wajahmu menabir di ingatan dengan gemersik merdu dari bacaan Ayat Suci serta Ghazal Solatmu.

Bersama seloka indah budi bahasamu serta tarian indah sopan santunmu.

Padamu Nur Keimanan ceria tersuluh.

Sayangku...

Setiap kali ku renungi gambarmu terusik jua hati dan perasaan ini bersama deruan rindu yang datang.

Janganlah kau seksa hati ini dengan sebuah penantian yang kau sendiri tidak pasti di mana penghujungnya.

Percayalah aku amat merinduimu..

03 April 2013

Kau Yang Teristimewa

Sayang..


Antara kini dan semalam..

Aku masih seperti dulu..

Masih ada harga diri...

Aku sebenarnya bimbang untuk menyatakan hasrat hasrat hati ini..Setelah sekian lama lenaku bermimpikanmu..

Tawamu menjadi ingatanku..

Senyuman manismu menggetar di hatiku...

Sayang..

Renungan matamu dan panahan sinarmu menusuk jiwaku sayang...

Namun siapalah aku..

Insan tanpa rupa..

Tanpa harta...

Namun malu ku lontarkan jauh...

Di sudut paling dalam..

Kerana aku bimbang kehilanganmu...

Sayang...salahkah aku..

Berdosakah aku mencintaimu sayang...

Sayang..

Dengarlah rintihanku..

Bukalah pintu hatimu..

Untuk ku isi wangian cintaku..

Sayang..datanglah padaku...

Pada cintamu..

Biarlah di kau mengerti..

Kau teristimewa untukku .Untuk selamanya di hati ini....

01 April 2013

Bisikan Rindu Ungkapan Cinta



Saat kau bisikkan rindu hatiku berbunga indah ingin memelukmu erat.
Saat kau ungkapkan cinta ingin ku belai indah hatimu.

Tika kau lafazkan kalimah kasih ingin sekali ku dakap hatimu...


Di saat kau laungkan sayang..
percayalah  aku ingin hidup bersamamu hingga ke akhirnya.

Saat mengenal cinta aku pernah tewas pada rasa lantas aku lupa pada situasi keliling.




Pada langit yang pernah ku renung indah..

menghayati titis-titis hujan dan mengira bilangan bintang pada malam langit cerah tidak berawan.

Kita pernah bersama menyulam cinta
menyemai manisnya kasih sayang 
namun takdir telah menetukan betapa sakitnya saat rindu terlerai..


Beri aku semangat untuk terus melangkah ke depan
Moga masih dapat aku langkahkan kaki penuh indah dalam peritnya sejarah yang buatku lelah.






Indahnya langit..

redup tak tergambarkan..




Mentari terselindung di balik awan namun bahangnya tertebar bagai sapaan hangat selimut rindu.

Cinta menciptakan segala kemungkinan.... 


.












Janji Kata Setia

Bersama hari-hari semalam yang penuh luka...

Ku lalui penuh derita dan sengsara.


Hari semalam telah mengenalkanku erti sebuah derita percintaan.


Bukan ku pinta pertemuan jika akhirnya perpisahan yang mendatang.


Bukan ku rayu diriku untuk di cintai jika akhirnya aku di tinggalkan.


Benarkah kata janji itu hanya manis di mulut tetapi menjadi racun berbisa jika tidak di kotakan atau aku yang terlalu berharap untuk memiliki hatimu sedangkan  kau hanya ingin mainkan perasaanku.


.Butakah cinta atau aku yang bersalah kerana terlalu mengharapkan mu untuk mengisi bunga-bunga cinta di setiap ruang hatiku..


.Terimakasih atas kelukaan itu.

Akan ku rawat ia walaupun amat sukar untuk aku melakukannya...  



28 Mac 2013

Mutiara Kata


  1.  Dalam hidup ,kamu harus berani mengambil keputusan tentang apa yang pantas di perjuangkan dan apa yang tak pantas di perbaiki.
  2. .Jangan pernah kehilangan dirimu sendiri hanya untuk  bertahan pada seseorang yang bahkan tak peduli jika dia kehilanganmu.
  3. .Emas di uji dengan api.wanita di uji dengan emas dan lelaki di uji dengan wanita
  4. ..Seekor burung di tangan lebih baik dari sepuluh ekor di pohon.
  5. .Kecemerlangan adalah hasil daripada sikap yang ingin sentiasa melakukan yang terbaik
  6. .Reaksi emosi jangan di turuti kerana implikasinya tidak seperti yang di imaginasikan.
  7. .Rahsia kejayaan hidup adalah persediaan manusia untuk menyambut kesempatan yang menjelma.
  8. .Sehaluan tapi tidak sejalan,lebih baik dari sejalan tetapi tidak sehaluan.
  9. .Berfikir secara rasional tanpa di pengaruhi oleh naluri atau emosi merupakan satu cara menyelesaikan masalah yang paling berkesan.
  10. .Kemarau yang melanda di hati lebih dahsyat daripada kemarau yang menimpa di musim panas..

Hukum Karma

Helaian hari ku selak lagi..Ada titisan bening basah di pipi.Ada sesalan menghukum diri.
Tuhan selalu menjauh..
malang sering bertandang.
Jiwa telah sarat duka..
lemas dan cemas mencengkam rasa..
Aku berpaut di dahan rapuh..
Berpijak di tebing nan runtuh..
Sayang..
hulurkan tangan ehsanmu..
pinjamkan aku belas kasihmu..
izinkan aku berteduh di balik bayanganmu..
sedekahkan ku secebis kasih sayangmu.
Moga menjadi bekal untukku meneruskan sisa hidup ini..
Sayangku..
bersabarlah denganku seketika lagi kerana titik penamat hampir pasti..
Dan aku tak mampu bertahan lebih lama lagi di sini....

Kasih Sayang Abadi

Sayangku...
sesungguhnya aku rasa bertuah kerana dapat memiliki seorang insan yang amat aku sayangi.
Ketahuilah sayangku bahawa diriku amat mencintai dan merinduimu sepenuh hati.
Tiada yang lain selain sayangku yang bertakhta di hati.
Aku bahagia berada di sampingmu.
Aku tahu aku selalu menyakiti hatimu tapi percayalah cintaku hanya untukmu
.Selama bersama denganmu tak sanggup berpisah walau hanya seketika kerana aku terlalu menyintaimu.Kau istimewa dalam hidupku.
Aku berharap agar cinta kita akan kekal hingga ke akhir hayat.
Tiada apa yang dapat ku berikan padamu hanyalah selautan kesetiaan dan segunung cinta dariku.
Tak akan ku benarkan sesiapun memilikimu kerana kau yang berhak hanya untukku.
Walau apa pun yang akan terjadi kau tetap terpahat di hatiku...Hanya kau suamiku...
Love n miss u 4ever..

Port Mak Ngah Skodeng !