04 Ogos 2014
Gambar SELFIE tentera Russia cetus kontroversi
Moscow: Beberapa gambar yang dirakamkan seorang askar Russia mencetuskan kontroversi apabila didapati ia mungkin diambil di Ukraine, walaupun Moscow menafikan bahawa tenteranya campur tangan di kawasan konflik sempadan negara itu.
Alexander Sotkin, 24, seorang askar Russia dan biasa berkongsi gambar di Instagram barubaru ini memuat naik satu siri imej ‘selfie’ beliau yang berpakaian seragam tentera.
Ketika gambar terbabit tidak menunjukkan apaapa, data geolokasi aplikasi menunjukkan bahawa sebilangan gambar terbabit diambil di Ukraine.
Gambar yang dikongsi di Instagram boleh dikesan menerusi geotag di mana lokasi gambar dirakamkan akan disiarkan bersama gambar terbabit.
Satu siri imej terdahulu menunjukkan lokasi Sotkin adalah di kampung Voloshino, selatan Russia tempat tentera itu berpangkalan. Tetapi dua gambar yang dikirimkan pada 5 dan 6 Julai menunjukkan ia adalah 10 kilometer dari sempadan Ukraine.
Pertama kali dilaporkan halaman berita Amerika Syarikat, BuzzFeed, dua ‘selfie’ terbabit menunjukkan bukti bahawa tentera Russia itu merentasi sempadan Ukraine walaupun ia dinafikan oleh Kremlin.
BH
Serang kakak kerana perli isteri
KUALA TERENGGANU - Dek kerana terlalu sayangkan isteri, seorang lelaki tergamak menyerang kakak kandungnya menggunakan sebatang paip besi hanya kerana bengang mangsa dikatakan memerli isterinya, dalam satu kejadian di Bandar Permaisuri, Setiu, Rabu lalu.
Dalam kejadian dipercayai kira-kira jam 1.45 petang itu, mangsa yang berusia 32 tahun dikatakan sedang berehat di rumah ibu mereka di kampung berkenaan sebelum berlaku pertengkaran mulut dengan adik lelakinya yang berusia 20-an.
Menurut sumber, sebelum kejadian, dua beradik berkenaan dikatakan berbual kosong dan secara tiba-tiba suspek naik marah menyebabkan berlaku pertengkaran mulut di antara mereka.
“Suspek yang gagal mengawal amarahnya tiba-tiba bertindak agresif apabila mula menolak kakaknya hingga terjatuh. Tidak cukup dengan itu, suspek turut menampar pipi mangsa.
“Difahamkan, suspek bertindak sedemikian kerana tidak berpuas hati dengan kakaknya yang dikatakan ada mengeluarkan perkataan memerli isterinya sebelum kejadian itu,” katanya.
Jelas sumber, kemarahan suspek tidak berakhir di situ apabila bertindak semakin ganas dengan cuba untuk memukul mangsa menggunakan sebatang paip besi yang secara kebetulan ada berhampiran lokasi kejadian.
Bagaimanapun, mangsa bernasib baik apabila bapa mereka yang turut ada di rumah berkenaan masuk campur dan sempat menghalang serta meleraikan pergaduhan itu.
“Walaupun hanya cedera ringan, mangsa membuat laporan di Balai Polis Sungai Tong kerana bimbang keselamatan dirinya dan keluarga pada masa akan datang,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Setiu Deputi Superintendan Ab Rahman Raja Mohamed ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu.
Sinar Harian
03 Ogos 2014
Alahan,Maut jika makan roti
ALAHAN dialami Evan.
Baltimore (Amerika Syarikat): Kebanyakan kanak-kanak tidak akan berfikir dua kali sebelum menerima manisan serta gula-gula. Namun bagi Evan Grimes ia boleh membawa maut.
Kanak-kanak malang berusia 18 bulan ini mempunyai terlalu banyak alahan sehingga hanya mampu makan 11 jenis makanan selain terpaksa sering memakai sarung tangan untuk menghalangnya menggaru badannya sehingga berdarah disebabkan ruam yang sentiasa memenuhi tubuhnya.
Asid sitrik bahan yang biasa ditemui dalam minuman ringan, gula-gula dan roti boleh mengakibatkannya menjadi buta atau maut jika EpiPen (pen suntikan Epinefrin) tidak digunakan segera.
Jadi untuk mengelak nyawanya diletakkan dalam bahaya, ibunya Toya, 28, berjaya menyenaraikan hanya 11 makanan ‘selamat’ untuk anaknya itu.
Jadi untuk mengelak nyawanya diletakkan dalam bahaya, ibunya Toya, 28, berjaya menyenaraikan hanya 11 makanan ‘selamat’ untuk anaknya itu.
Toya pertama kali merasakan sesuatu tidak kena dengan anaknya ketika Evan baru berusia dua bulan selepas kulit di sekitar matanya melepuh akibat jangkitan kuman.
Bayi itu diberikan steroid untuk meredakan kesakitannya, namun Evan terus mengalami masalah kulit teruk yang menyakitkannya sehingga kulit wajahnya nampak seperti melecur dan nipis.
“Ketika mula melihat tanda-tanda alahan padanya saya memakaikan sarung tangan bayi untuk menghalangnya daripada menggaru.
“Namun disebabkan terlalu gatal dia menggosok wajahnya menggunakan tangannya yang bersarung sehingga semakin melarat.

TOYA bersama anak kesayangannya Evan.
“Saya begitu risau dan tidak tahu apa punca alahannya menyebabkan dia sering gatal-gatal dan melepuh. Katil bayinya sentiasa dipenuhi darah,” katanya.
Menurutnya, seorang pakar dermatologi mencadangkan kemungkinan Evan alah terhadap asid sitrik berdasarkan pemerhatian terhadap pemakanannya.
Namun doktor enggan membuat ujian alahan terhadap Evan kerana mendakwa usianya terlalu muda.
“Saya merayu mereka membuat ujian kerana jelas anak saya merana. Dia menangis dan badannya berlumuran berdarah hampir setiap hari namun mereka enggan melayan permintaan itu,” katanya.
“Saya rasa tidak berdaya, kasihan melihat anak menderita seperti itu,” katanya.
Namun keadaan menjadi lebih baik selepas seorang pakar kulit yang tidak sampai hati melihat keadaan Evan bersetuju membuat ujian alahan ketika bayi itu berusia 15 bulan.
“Dia menangis apabila melihat keadaan Evan dan terus mengarahkan ujian darah dibuat,” katanya.
Hasilnya, Evan didapati mempunyai 46 alahan termasuk terhadap asid sitrik, kentang, kekacang, produk tenusu dan gandum seterusnya dia dirujuk kepada pakar dermatologi dan pakar pemakanan.
Kini Toya berjaya menyenaraikan 11 makanan ‘selamat’ untuk anaknya itu yang antaranya termasuk ayam belanda, kacang panjang, lobak merah, epal, anggur, pear dan sayuran hijau.

- Agensi
02 Ogos 2014
Bayi 18 bulan terkunci sejam dalam kereta
Anggota Bomba dan Penyelamat bertungkus lumus menyelamat Marisa Mohd Hashim (gambar kecil) yang terperangkap dalam kereta ibunya apabila pintu kereta tiba-tiba terkunci.
Seorang doktor melalui detik cemas apabila anak kecilnya berusia 18 bulan terperangkap hampir satu setengah jam di dalam kereta miliknya yang tiba-tiba terkunci dari dalam ketika sedang memasukkan barangan dibeli di sebuah pasar raya, di sini, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi itu, Marisa Mohd Hashim berada di tempat duduk bahagian depan kereta, sebelum tibatiba semua pintu kereta terkunci ketika ibunya memasukkan barangan dibeli, ke dalam kereta.
Zaleha Mohd Zahid, 47 berkata,kejadian itu dipercayai berpunca daripada Marisa yang bermain kunci automatik kenderaan itu menyebabkan pintu kereta terkunci. Beliau kemudian cuba membuka pintu tetapi gagal dan terpaksa meminta bantuan Jabatan Bomba dan Penyelamat dari Balai Bomba Jertih untuk membuka pintu.
Tebuk cermin sisi
“Alhamdulillah, syukur anak kecil saya dapat diselamatkan selepas hampir satu setengah jam terperangkap dalam kereta.
“Hanya Allah yang tahu berdebarnya hati saya memikirkan keselamatan dan keadaannya sepanjang terperangkap itu,” katanya.

01 Ogos 2014
Tidur lama ganggu ingatan
NEW YORK 31 Julai Saintis menyatakan, individu yang tidur lebih daripada lapan jam sehari boleh mengalami gangguan tahap ingatan dan gagal membuat keputusan dengan baik.
Seorang profesor dari Universiti Phoenix Arizona, Shawn Youngstedt berkata, tempoh yang cukup untuk seseorang tidur adalah sebanyak tujuh jam.
Satu penyelidikan yang diterbitkan dalam Journal of Clinical Sleep Medicine menyatakan, manusia tidak perlu masa tidur yang lama seperti yang mereka sangkakan.
"Kebanyakan orang sekarang tidur lebih lama daripada yang diperlukan kerana menyangka mereka tidak cukup tidur," kata Profesor neurosaintis dari Universiti Longhborough, Jim Horne.
Horne berkata, kehidupan zaman moden lebih selesa berbanding berpuluh-puluh tahun sebelum ini, sekali gus membuatkan manusia tidak perlu tidur lebih lama.
"Berbanding seorang pekerja kira-kira 150 tahun lalu yang bekerja 14 jam sehari, enam kali seminggu dan pulang ke rumah yang sesak serta katil yang penuh dengan pijat, kebanyakan kita pada zaman sekarang mempunyai tidur yang cukup," katanya.
Satu kajian yang dijalankan ke atas hampir 9,000 orang berumur antara 50 hingga 64 tahun yang tidur kurang enam jam atau lebih lapan jam sehari didapati mempunyai daya ingatan yang merosot dan sering membuat keputusan yang teruk.
Sumber
31 Julai 2014
Haram 'selfie' di kubur
IPOH – Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria menyelar tindakan segelintir umat Islam yang bergambar atau lebih popular dengan gelaran ‘selfie’ di tanah perkuburan sempena sambutan Aidilfitri.
Katanya, perbuatan sedemikian tidak sewajarnya dilakukan dan boleh dikategorikan haram jika ia dilakukan dengan niat untuk berseronok.
“Tindakan sebegini sangat tidak wajar dilakukan, apatah lagi di tanah perkuburan. Sewajaranya ketika menziarahi kubur, ianya dijadikan iktibar dan bukannya untuk berseronok-seronok.
“Budak-budak sekarang ni tak faham dengan amalan ziarah kubur ini, malah amalan ini juga boleh jadi haram sekiranya terlalu ramai lelaki dan wanita bukan mahram bercampur gaul di tanah perkuburan itu,” katanya kepada Sinar Harian.
Beliau berkata demikian ketika mengulas tindakan sesetengah individu yang ber'selfie' di tanah perkuburan sempena Aidilfitri tanpa mengetahui tujuan sebenarnya ziarah ke tanah perkuburan.
Harussani berkata, masyarakat perlu memahami sedalam-dalamnya mengenai amalan atau tradisi menziarahi kubur pada setiap kali musim sambutan Hari Raya Aidilfitri atau Aidiladha.
Tan Sri Harussani Zakaria
Beliau berkata, tidak ada sebarang nas yang mewajibkan amalan serta tradisi berkenaan sempena sambutan hari raya kerana ianya boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja.
Malah menurutnya, amalan serta tradisi ziarah-menziarahi saudara mara serta rakan-rakan yang masih hidup adalah jauh lebih afdal dilaksanakan sempena sambutan hari raya.
“Hari raya adalah kemuncak ibadah dan sangat-sangat dianjurkan oleh Islam untuk kita saling ziarah-menziarahi satu sama lain dengan tujuan bermaaf-maafan dan menghubungkan silaturrahim sesama kita.
“Sebab itu kita juga digalakkan untuk berjalan kaki ke masjid menggunakan jalan lain dan balik pula menggunakan jalan lain; dengan tujuan agar kita boleh bertemu dengan lebih ramai orang sambil saling mengucap tahniah dan sebagainya,” katanya.
Bagaimanapun tambah Harussani, amalan berkenaan tidaklah menjadi satu kesalahan yang boleh menjadikan ianya haram dilakukan jika mengikut adab yang ditetapkan.
Sinar Harian
29 Julai 2014
Suka sama suka akhirnya cerai
KEBANYAKAN pasangan yang ingin bercerai merupakan perkahwinan atas dasar suka sama suka. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR – Percaya atau tidak kebanyakan perkahwinan zaman sekarang hanya mampu bertahan dalam tempoh kurang tiga tahun sahaja.
Dalam tempoh tiga tahun pertama merupakan jangka masa paling mencabar dalam perkahwinan tetapi ramai pasangan baharu mengambil keputusan singkat untuk bercerai sebagai jalan terbaik.
Dalam data Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia menunjukkan jumlah pasangan Islam yang mendaftar perceraian bawah usia perkahwinan tiga tahun pertama dari tahun 2008 hingga 2013 adalah 7,358 pasangan.
KOSMO!28 Julai 2014
Reka baju guna kondom sebagai kempen kesedaran AIDS
BERTINI membetulkan pakaian rekaannya yang diperbuat daripada beratus-ratus kondom.
Seorang pereka fesyen, Adriana Bertini telah mereka beberapa pakaian yang diperbuat daripada kondom sebagai kempen kesedaran AIDS.
Pakaian tersebut yang menggunakan beratus-ratus kondom dipamerkan dalam satu acara pertunjukan fesyen di Persidangan Antarabangsa AIDS di sini baru-baru ini dan dijual pada harga £170,000 (RM919,000).
Rekaan itu dihasilkan sempena dengan kempen kesedaran mengenai seks selamat dalam kalangan golongan muda yang ditampilkan dalam bentuk kreatif.
Rekaan itu bagaimanapun telah mendapat beberapa kritikan masyarakat yang menganggap ciptaan pakaian menggunakan kondom merupakan suatu yang menjijikkan. - Agensi
26 Julai 2014
Tak beraya di Kampung demi kucing
KHIRUL (kanan), bersama isteri, Yong mengusahakan kedai kucing.
Shah Alam: Atas dasar kasih terhadap kucing, sepasang suami isteri sanggup berkorban untuk tidak pulang beraya di kampung halaman sejak empat tahun lalu semata-mata mahu menjaga kucing yang dihantar ke pusat jagaan mereka ketika tuannya pulang ke kampung untuk menyambut Aidilfitri.
Yong Seluwati Alias, 39, dan suaminya, Khirul Ahmad Salfa, 32, menganggap kucing seperti anak mereka sendiri.
Yong Seluwati yang juga peguam berkata, idea untuk membuka pusat penjagaan kucing tercetus ketika Aidilfitri 2010.
“Pada ketika itu, saya mempunyai lebih 20 ekor kucing dan setiap kali balik kampung di Perak untuk perayaan, saya membelanjakan sekurang-kurangnya RM2,000 untuk ditinggalkan di pusat penjagaan kucing.

“Semakin hari, saya fikir kos akan meningkat jika kucing saya bertambah, jadi saya terfikir untuk membuka pusat penjagaan kucing,” katanya.
Yong Seluwati kemudian berbincang dengan suaminya untuk membuka pusat penjagaan kucing di Pusat Perdagangan Subang Permai iaitu Erul Catscare Place.
“Pada awal 2009, berbekalkan RM14,000 sebagai modal permulaan, secara rasminya pusat ini ditubuhkan dengan menyewa kedai dua tingkat RM2,800 sebulan.
“Di samping itu, kami juga menjual makanan, sangkar, kucing dan perkara berkaitan,” katanya.

Harian Metro
22 Julai 2014
Tidak berpuasa berjudi pula
ANGGOTA polis merampas ayam sabung.
Gombak: Lapan lelaki beragama Islam bukan hanya tidak berpuasa malah ditahan polis ketika leka bertaruh judi sabung ayam di kawasan Hutan Simpan Kampung Tengah Tambahan di sini.
Semua lelaki terbabit dikepung sebelum diberkas sepasukan polis daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak dalam serbuan mengejut jam 4 petang semalam.
Sumber polis berkata, kumpulan kaki judi itu dikesan sengaja mengikat pisau kecil pada taji ayam bagi memastikan seekor ayam yang bertarung mati akibat cedera.
Menurutnya, lapan lelaki membabitkan empat lelaki warga tempatan dan empat warga Indonesia berusia 27 hingga 48 tahun ditahan ketika sedang leka bertaruh sabung ayam.
Menurutnya, lapan lelaki membabitkan empat lelaki warga tempatan dan empat warga Indonesia berusia 27 hingga 48 tahun ditahan ketika sedang leka bertaruh sabung ayam.
“Setiap mereka datang ke lokasi itu dengan ayam sabung masing-masing. Pihak polis turut berjaya merampas lapan ekor ayam yang dijadikan modal pertaruhan.
myMetro
Langgan:
Catatan (Atom)