28 Mac 2013

Mutiara Kata


  1.  Dalam hidup ,kamu harus berani mengambil keputusan tentang apa yang pantas di perjuangkan dan apa yang tak pantas di perbaiki.
  2. .Jangan pernah kehilangan dirimu sendiri hanya untuk  bertahan pada seseorang yang bahkan tak peduli jika dia kehilanganmu.
  3. .Emas di uji dengan api.wanita di uji dengan emas dan lelaki di uji dengan wanita
  4. ..Seekor burung di tangan lebih baik dari sepuluh ekor di pohon.
  5. .Kecemerlangan adalah hasil daripada sikap yang ingin sentiasa melakukan yang terbaik
  6. .Reaksi emosi jangan di turuti kerana implikasinya tidak seperti yang di imaginasikan.
  7. .Rahsia kejayaan hidup adalah persediaan manusia untuk menyambut kesempatan yang menjelma.
  8. .Sehaluan tapi tidak sejalan,lebih baik dari sejalan tetapi tidak sehaluan.
  9. .Berfikir secara rasional tanpa di pengaruhi oleh naluri atau emosi merupakan satu cara menyelesaikan masalah yang paling berkesan.
  10. .Kemarau yang melanda di hati lebih dahsyat daripada kemarau yang menimpa di musim panas..

Hukum Karma

Helaian hari ku selak lagi..Ada titisan bening basah di pipi.Ada sesalan menghukum diri.
Tuhan selalu menjauh..
malang sering bertandang.
Jiwa telah sarat duka..
lemas dan cemas mencengkam rasa..
Aku berpaut di dahan rapuh..
Berpijak di tebing nan runtuh..
Sayang..
hulurkan tangan ehsanmu..
pinjamkan aku belas kasihmu..
izinkan aku berteduh di balik bayanganmu..
sedekahkan ku secebis kasih sayangmu.
Moga menjadi bekal untukku meneruskan sisa hidup ini..
Sayangku..
bersabarlah denganku seketika lagi kerana titik penamat hampir pasti..
Dan aku tak mampu bertahan lebih lama lagi di sini....

Kasih Sayang Abadi

Sayangku...
sesungguhnya aku rasa bertuah kerana dapat memiliki seorang insan yang amat aku sayangi.
Ketahuilah sayangku bahawa diriku amat mencintai dan merinduimu sepenuh hati.
Tiada yang lain selain sayangku yang bertakhta di hati.
Aku bahagia berada di sampingmu.
Aku tahu aku selalu menyakiti hatimu tapi percayalah cintaku hanya untukmu
.Selama bersama denganmu tak sanggup berpisah walau hanya seketika kerana aku terlalu menyintaimu.Kau istimewa dalam hidupku.
Aku berharap agar cinta kita akan kekal hingga ke akhir hayat.
Tiada apa yang dapat ku berikan padamu hanyalah selautan kesetiaan dan segunung cinta dariku.
Tak akan ku benarkan sesiapun memilikimu kerana kau yang berhak hanya untukku.
Walau apa pun yang akan terjadi kau tetap terpahat di hatiku...Hanya kau suamiku...
Love n miss u 4ever..

Rasa hati sebuah komputer

Dalam kesejukkan malam kau muncul dalam bayangan.
Kau datang membawa sedikit cahaya..
tapi cukup untuk menerangi kamarku yang kegelapan ini yang dulunya sepi tanpa penghuni.
Rasa terpanggil untukku menemanimu kerana rindu yang terasa amat perit.
Pada malam yang kian sepi`kita di pertemukan lagi..tanpa wajah tanpa suara..cukup sekadar luahan rasa yang terpapar di skrin komputer.
.cukup buat penghilang rindu yang mendatang..
Dan di sini segalanya tercipta.Kehadiran tanpa di duga mengheretku antara detik dan kesepian malam yang dingin.
Tapi tetap hangat dengan hembusan nafasku dan kau masih bersamaku meredah suasana malam yang begitu menyenangkan..
Kerana di sini kita mula bertemu dalam satu ikatan kemesraan.
Antara rindu dan ceria..
Antara resah gelisah.
Antara senyum dan tangis.
Kau sentiasa menemaniku pada malam kegelapan dan subuh kedinginan.Tak pernah ku keseorangan...

Sepi Malam

Malam sepi ku menangis tersedu.

Ingatkan kisah kasih nan syahdu.


Kala ku sandarkan diri di bahumu.

Hanya rintik hujan menemani diamku.


Tiada lagi hangatmu temani dinginku.

Ku merangkul sendu dalam hati.


Inginkan kau hadir kembali.

Ingatkah kau..saat kita bersama..

Bersama berlari gapai cahaya masa depan.


Walau arahmu ke barat dan aku ke timur..


Ingatkah kau senyum lebar kita...

Selalu kaburkan kesepian kita.

Tepiskan tangisan penyesalan..

Jauhkan rasa ketakmampuan ruang hati.

Rangkulan tanganmu redakan amarahku..

Andai dapat ku putarkan waktu akan ku pastikan kau menjadi milikku abadi.

Masa akan menentukan segalanya..

Apa itu cinta

Cinta itu Hadir setiap saat.
Cinta itu Terasa dalam tindakan.
Cinta itu Terucap dalam senyuman.
Cinta itu Bersinar dalam tatapan.
Cinta itu Hangat dalam dakapan.
Cinta itu Menyengat lewat belaian.

Rindu Abah

Abah...
Ketika ini aku mengingatimu.Saat ini aku merinduimu.Tak mampu ku menahan titisan jernih membasahi pipiku...
Abah..
.kau adalah satu-satunya lelaki agung dalam hidupku.Tak akan ada lelaki lain yang boleh menggantikan tarafmu wahai abah..
Tapi takdir telah menentukan segalanya..Kau pergi meninggalkan ku dan semua yang tersayang.Kau pergi di saat aku amat memerlukanmu.
Kini kau tiada di sisi untuk memberikan ku senyuman yang terindah.Dan menjadi pendorong semangat ku yang kian luntur...Namun semua itu sekadar khayalan ku sahaja...
Kini kau sudah tiada..Kau telah pergi buat selama-lamanya..
Abah..
aku masih perlukanmu..masih mendambakan kasih sayangmu..Aku masih dan akan tetap merinduimu...Abah..
walaupun kau sudah tiada di sisi namun namamu masih tersemat di hati ini..
Abah...
walaupun jasadmu sudah di kandung tanah...aku akan tetap mengingatimu,menyayangimu sepertimana kau masih ada.Malah rindu dan sayangku masih menebal..
Abah..
Pertama kali dalam hidup aku bersyukur memiliki abah sehebatmu..Semoga kita akan di pertemukan pada hayat yang akan datang..
Hayat yang kekal buat selama-lamanya...Moga kau Aman diSana...Amiiinn...

03 Mac 2013

Pengilat kuku baru boleh dibawa solat

As'salam.. Mak Ngah nak kongsi berita yang dipetik dari BH ini..'' tentu siap berwarna warni kuku nanti..

Syarikat Poland bantu Muslimah berdandan 

Pengilat kuku O2M adalah yang pertama membenarkan udara dan lembapan kena kuku. - Foto AGENSI

London: Bagi wanita Islam seperti Zaida Saleh yang menghayati kehendak agama, merapi kuku atau 'manicure' memberi masalah. 

Dia melakukan solat lima kali sehari dan sebelum menunaikannya, dia perlu mengambil wuduk sedangkan pengilat kuku menghalang air mengenai kuku. 


Bagi mengatasi dilema ini, sebuah syarikat Poland, Inglot, memperkenal sejenis pengilat kuku baru yang membenarkan air kena pada kuku. 

Patuhi syariah 

Syarikat dan orang Islam tertentu berkata, pengilat itu adalah yang pertama membenarkan udara dan lembapan melalui kuku. 

Produk itu dicari wanita Islam sejak beberapa bulan kebelakangan ini selepas seorang ulama di Amerika Syarikat yang menguji kadar resapan, menerbitkan satu artikel mengatakan mengikut pandangannya, ia mematuhi ketetapan syariah. 
Berita mengenai pengilat kuku itu sejak beberapa bulan kebelakangan ini tersebar dengan cepat di internet dan meningkatkan jualan produk, digelar O2M, untuk oksigen dan lembapan. 

Pengilat kuku itu kini berada dalam senarai satu daripada pencapaian sepanjang hayat terakhir buat Wojciech Inglot, ahli kimia Poland dan usahawan yang membangunkannya. 

Ia dianggap sebagai alternatif lebih sihat berbanding enamel kuku tradisional, yang menghalang laluan lembapan dan oksigen ke dalam kuku. 

Terima anugerah 

Beliau meninggal dunia secara tiba-tiba Sabtu lalu pada usia 57 tahun selepas mengalami pendarahan dalaman dan disemadikan di tempat asalnya di Przemysl. 

Inglot menjadi penerima beberapa anugerah kepemimpinan perniagaan selepas mengambil alih satu perniagaan yang dimulakannya pada 1983 apabila Poland masih berada dalam pemerintahan komunis dan menukarnya hingga berjaya di peringkat antarabangsa. 

Satu anugerah dari Poland yang diterimanya tahun lalu memujinya kerana ‘membuktikan bahawa Poland adalah sebuah negara yang mana teknologi inovatif disesuaikan dengan kecantikan.’ 


- AGENSI

Port Mak Ngah Skodeng !