15 November 2008

zue@rompin221


MADAH BICARA UTK SAHABAT DAN DJ2 PAHANGFM

Berdiam bukan bermakna merajuk..
menghilang bukan bermakna terluka..
namun, kadangkala masa membataskan kta utk bermesra seperti dahulu..
Mungkin, yang kini berbeza dari yang terdahulu..
sebab itu aku lebih selesa menjadi pemerhati..

Kehidupan penuh dgn coraknya..
setiap hari pasti ada episod baru..
tapi, tak bermakna yang lama itu di biar dalam kealpaan..

Rindu sememangnya beraja di hati..
kasih selalu nya bertakhta di sanubari..
dan... ingatan seharusnya ada di fikiran..
kerana... tanpa kalian tak mungkin ada nya aku di sini..

SALAM INGATAN DAN KEMESRAAN BUAT SEMUA..

nukilan... zue@rompin221
P/S GAMBAR ZUE DAN WIDURI..

Untuk dj Sue ( kini di RMTFM )

KU UKIR NAMA MU SUE

Ku ukir nama mu bersama adunan tinta rasa..
Ditugu kenangan ini yang berdiri manis DIVA bicara malam..
Tanpa gundah hatinya..

Sue..kau setia dipentasmu..mengawal emosi kami..
Lantas kau olah dalam jiwamu..
Walau disaat kami tidak mengerti perasaanmu..

Kau kesinambungan antara dua hati..
Dan perasaan yang terpisah..
Pelerai kekusutan antara dua wajah..
Kau pendamai hati yang bertelagah..
Hingga bertaut kasih yang megah..

Sue..ku iringi permergianmu dengan sekalong doa..
yang menantimu disana satu harapan..
Kami yang kau tinggalkan dengan kenangan yang terlakar indah..

Selamat dan terima kasih Sue..kami akan merindui suaramu..

~ Karya :- ManPucuk ( Maran ) ~
~ Pendeklimasi : - Relevan ( Jerantut ) ~


SATU NAMA TETAP DI HATI..
(madah bicara buat suhaila)
SUHAILA..satu nama yang tidak asing lagi,seorg yang cukup petah bila berbicara,pandai bila berkata-kata..
SUHAILA..peRtemuan hnya di udara,akhirnya kita bertemu juga dlm realiti,dgn pertemuan pertama itu kita terus akrab..
SUHAILA..namamu sering meniti di bibir pendengar,ramai yg suka dgn tiap bicaramu,lenggok tutur mu sering mendapat perhatian..
SUHAILA..ketika kamu mendapat tempat di hati pendengar,tiba-tiba berita mengejutkan hati semua,kamu ditakdir "berpisah" jua..
SUHAILA,biarpun kini kamu dilain destinasi,namun tak pernah rasa berjauhan,
~ zue @ rompin221 ~

aWeK '' Jengka

SAYANG ...... Aku mengapai se olah apa yang ku capai tidak tercapai..
SAYANG ....... Aku merindu se olah apa yang ku rindu tidak kan ke temu..
SAYANG ...... Aku mengharap se olah apa yang ku harap tidak tergarap..
SAYANG ...... Aku berpesan se olah apa yang ku pesan tidak berkesan..
...... Dan kini aku tersedar rupa nya aku hanyut di udara...

~ aWek` JengKa ~

13 November 2008

aYu`jeliTa

CINTA

Cinta itu terlalu indah kata dunia..Lalu aku menulis tentang nya..Tentang kemabukan raSa walau aku tak pernah merasai nya..Tentang keindahan rupa se sungguh nya aku tidak kenal..Tentang kerinduan yang terbina amat pahit..Tentang liku liku di jalanan bila menghadapi kehancuran..Fahami dulu erti CINTA sebelum berkaSih sayang..

Nukilan raSa : - '' aYu`jelita 2007 "


ILMU

Ilmu itu di dapati dari lidah yang suka bertanya dan akal yang sentiasa berfikir..Jadi berbicara lah mengenai ilmu yang membawa faedah dan lempar kan pemikiran yang memberi manafaat..

Nukilan raSa : - " aYu`jelita 2008 "

08 November 2008

kelompen 1332

TERIMA KASIH
Aku susunkan terimakasih ini..
kerana aku seorang lelaki..
bukan seekor rama rama..
bukan seekor labah labah.
aku susunkan terimakasih ini..
kerana engkau seorang perempuan..
bukan lebah atau kelkatu..
bukan juga sekuntum bunga.
aku panjangkan..
terimakasih ini..
buat kita menganyam rindu.

kelompen 1332
pahangfm
Hidup adalah tenunan yg bersambung2.. kita menganyamnyamenjadi hamparan.. dengan warna ketentuanNYA..hidup ini perjalanan jauh.. atur tapak sebelum berdiri.bertatih sebelum berlari..agar jatuh nanti tidak tersungkur.
~ kelompen ~

31 Oktober 2008

kaSih ` KekaSih

Biar berkali kali putus kaSih jangan sekali kali putus harapan..Jadi lah seperti KASIH yang tak pernah berhenti memburu untuk mandapat kan K.E.K.A.S.I.H..

~ kaSih kekaSih ~

cePumas 2026


Adik ku sayang..
Tersimpul sebuah perSahabatan..bertunjang kan kejujuran..berakar kan keikhlasan..bertaut kan kemesraan..Walau terpisah antara dua daerah..Namum SMS dan suara mu..bersama suara hati tetap setia..Hari hari berlalu..Pertemuan kita pengubat rindu..Menghitung waktu..Hari hari berlalu aku meSra bila di sisi mu..

Setiap langkan mu saban hari..Aku lah diari mu..tak jemu jemu..Dari pagi hingga diri mu di ulit mimpi..Kau cerita kan segala nya pada ku..yang kau lalui suka duka..jejak jejak langkah mu seperti aku di sisi mu..berSama menemani mu...

MaSa berlalu dan hari berganti..Adik ku sayang..Andai nya diri mu menyepi..akan sepi lah abang mu di sini..Dalam perjalanan yang maSih jauh..Peredaran maSa yang begitu pantas..Aku tak rela kehilangan mu adik ku...

Aku tahu diri mu milik semua..sahabat sahabat..malam malam yang pekat..Sepi hujan malam ku rakam salam rindu..sepi ku andai tanpa mu buat mu adik ku SAYANG...

Nukilan Pena : - CepuMas 2026 ( Jerantut Pahang )

28 Oktober 2008

JordanPasarKuantan 13234


Kita tak harus bertemu agar tiada hati terluka..tiada jiwa yang merana tiada air mata berlagu duka..dan tiada kenangan yang tercipta..Tapi apa yang berlaku hari ini esok dan lusa bukan lah di tangan kita..kita tetap di pertemu kan oleh Dia Yang Maha Esa..untuk merasa nikmat nya Cinta..

Sesungguh nya apa yang berlaku di belakang tabir kehidupan ini tidak pernah menjanji kan apa apa..kalau hari ini kita ketawa esok kita mungkin kita menangis hiba..dan air mata itu gugur di antara jari jari yang sedang menadah tangan memohon kekuatan memohon ketabahan dari Yang Maha Esa yang telah mengatur setiap pertemuan..

~ JordanPaSarKuantan 13234 ~

25 Oktober 2008

hAnA`LipiS

Hidup tanpa Teman umpama hidup di padang pasir..Usang Gersang kering Sepi..Oleh itu sayangi lah teman..Gembira kan hati nya walau hati sendiri berada dalam kesepian..dan sayangi lah teman teman..walau wajah teman teman tak pernah terpamer di depan mata..

~ hAnA `LiPis ~

21 Oktober 2008

aCikMahDamanSara 1029


"Jika HATI di penuhi dengan HASAD DENGKI..bersihkan lah dengan ZIKIR..JIKA DIRI DIJAUHI..MUHASABAH lah diri..jika HATI RESAH GELISAH..sujud lah pada yang maha ESA..jika hati penuh dengan perasaan AMARAH..sejuk kan ia dengan air WUDUK..jika HATI raSa BERNASIB MALANG..ketahui lah ia ada INSAN yang lebih SUSAH dan MALANG dari KITA''...
~ aCdM 1029 ~
Sahabat..Tak perlu yang bijak bermadah..tetapi kata kata nya bernas..Meredakan kan jiwa yang gundah..menyejuk kan api kemarahansahabat yang lain..Menceria kan hati yang berduka..Sahabat..Bukan sekadar di uCapan..bukan jua sekadar khayalandengan berbagai gelaran..Persahabatan amat indah jika ia nya REALITI..bukan FANTASI..Menjernih kan yang keruh..merapat kan yang renggang..Mendekat kan yang jauh..Memahami erti batas batas sebagai sahabat..
~ aCdM 1029 ~

11 Oktober 2008

Sis Garlic 15882

Ingin ku kucup mu dengan rindu yang membara..Agar segala kerinduan ku terlerai berSama deruan Cinta ku..Gemersik ombak menjadi saksi bahawa nama mu sentiasa ku sebut..Cebisan gambar mu ku renungi dalam keresahan gelora yang melanda hati..Ia memburu ku hingga jauh ke puncak kaSih mu..Percaya lah aku sangat mencintai diri mu..Kau lah pertama dan terakhir dalam hidup ku..Sayang setiap detik itu ada lah rindu ku dan setiap waktu ada lah sayang ku pada mu..Percaya lah aku tetap menyayangi mu..

~ Sis Garlic ~

18 September 2008

Teratai''Sepi 2131

''Cinta sesama inSan ada kala nya membuat hati terluka dan sakit jiwa..
tapi Cinta kepada ALLAH membuat hati bersinar dengan rahmat dan kaSih sayang Nya..

- Teratai''Sepi ~

PenCinta''sKyMoOn 22767



Telah ku luah kan segala yang terpendam buat mu insan yang bernama sahabat..Bukan untuk ku menagihsimpati..Tapi sekadar untuk kau mengerti..Mengerti lah sahabat ku yang hati ini tak ingin di lukai lagi..

Hargai lah persahabatan yang tulus suci semoga ia akan kekal dan abadi....

~ PenCinta''sKyMoOn ~

09 Jun 2008

SiHitamManisKembali


Sahabat bukan sementara..tapi selama nya..bukan di musuhi tapi di sayangi..bukan di lupai tapi di ingati..bukan setakat ini..tapi hingga ke hujung nyawa..sahabat ingat jika terlupa..sahabat mengubat jika terluka..sahabat nasihat jika terleka..sahabat suka duka sentiasa bersama..sahabat yang baik ingat selama lamanya..
~ SiHitamManisKembali ~

08 Mei 2008

zue@rompin 221

ERTI SEBUAH S.A.Y.A.N.G

S = Semua berpendapat bhwa cinta itu adalah benar
A = Akan tetapi kadang-kadang cinta yg indah itu melukakan hati
Y = Yang kuat akan menang yang lemah akan kecewa
A = Andai cinta yg terbina kecundang akhrnya
N = namun begitulah sebuah hakikat kerana cinta tak semestinya bersatu
G = gugurnya bunga cinta itu mungkin telah ditakdirkan bahawa cinta itu bukan lah hak milik kekal


~ coretan pena : zue @ rompin 221 ~

05 Mei 2008

Mekanik Cinta 642

Usia..
Itu bukan alasan..untuk aku tidak menCintai mu..
Cinta ku pada mu bukan kerana uSia..bukan juga kerana rupa..
bukan juga kerana harta..Cinta ku suci pada pandang pertama..
Aku terpaut pada wajah keibuan mu..
Aku yakin kan diri ini..pilihan ku ini adalah tepat..
Biar ku bawa mu berSama ku ke alam Fana Cinta ku..
Kau paSti kan bahagia bersama ku..
Siti..ku ikhlas pada mu..

~ Mekanik Cinta ~

01 Mei 2008

Shamsul aGoGo 2461

Teman..
Kau lah penyeri hidup ku..di kala kesepian melanda jiwa..
Air jernih menitis laju..Di bahu mu eSakan tangis ku..
Teman..
Kau lah penawar kau lah penyeri..ku gembira berada di sampingmu..
Tak mungkin ku jumpa inSan sebaik mu..
Kau teman sehidup semati ku..
Teman..
Andai kata kita terpiSah tak akan berjumpa..kenangi lah aku sahabat yang setia..
Selagi hayat maSih ada..

~ Shamsul aGoGo ~

29 April 2008

BidaSari 5245

Hidup ini gelap kecuali ada kemahuan untuk hidup..
Kemahuan itu bisu kecuali ada ilmu..
Ilmu itu hampa tanpa ada kerja..
Kerja itu berat kecuali ada Cinta..
Cinta itu buta tanpa iman dan..
Iman itu Khayal bila tanpa zikir dan sedar..

~ BidaSari ~

28 April 2008

ComotMaran 27014

Panglima Gagah pergi memburu..
Pergi memburu si Harimau Putih..
Diri mu jauh sentiasa ku Rindu..
Tanda nya hati bertambah kaSih..

~ ComotMaran ~

AbangNgahMaran 5857

Hari berlalu di rempuh rindu tanpa kau di sisi bagai hilang nya haruman
sejambak mawar di pangkuan..Sayang..
Aku rindu gelora sausana gelora romantik di puncak bahagia bersama
rebah nya rindu ku dalam dakapan..
Sayang..alangkah indah dan bahagia nya percintaan ini dengan di sulami
kaSih dan sayang antara kita yang saling merindu..Sayang..
Bukti kan lah kejujuran dan keikhlasan mu..moga hati kita tidak terguris
dan terluka walau seribu rintangan mendatang..hingga berderai air mata..
semoga cinta suci kita di rahmati dan menegoh kan lagi ikatan kaSih buat selama nya..

~ AbangNgahMaran ~

SayangKuRoSalinda 17568

Sahabat...
Indah nya perSahabatan jika bersulam kan keikhlasan..
Molek nya ikatan andai kejujuran di pertaruh kan..
Selagi Mentari beredar..Selagi bintang bernafas di dada langit..
Selagi itu kau terpahat di hati ku Sahabat..
Andai dapat ku bisikan kan pada angin..
Akan ku peSan kan agar kau selalu di ingatan ku sahabat..
Agar perSahabatan yang terjalin ini akan kekal berpanjangan..
Hingga ke hujung nyawa...

~ SayangKuRosalinda ~

26 April 2008

KriStal Amira 17161

Sahabat kau bagai Cahaya Suria..terbit tika bersua..
Antara suka dan ceria..Sahabat kau bagai sebutir mutiara..
antara di ingini dan di miliki..
Sahabat Cahaya mu menjamah satu jaSad..
Di nilai dengan hubungan antara rapat dan erat..
Sahabat tanpa mu hidup menjadi sebu..dunia se akan mati..
Hadir mu sahabat terlekat di sanubari..

~ kristal amira ~

Cinta memang sakit..namun tiada sengSara kerana Cinta..
Cinta memang indah..namun tiada gembira kerana Cinta..
Se kuat ikatan janji..jangan di robek dengan kepalsuan hati..
Se bening kaSih murni..jangan di rakus dengan keegoan diri..
Cinta bak Mutiara tak ternilai harga nya..
Cinta di ibarat selembut bayu..se akan di belai manja..
Cinta wujud di setiap hati yang menginginkan..
Cinta juga perlu pengorbanan..
Berkorban demi Cinta itu lah Cinta yang setia...


~ Kristal amira ~

Man Pucuk 12243

Kemahuan adalah cita cita dalam kehidupan..
Tetapi dalam kehidupan belum pasti kita dapat mengejar cita cita..
Andai kemahuan di luar kemampuan yang di cita..
Kemahuan dan cita cita umpama langit dan bumi..
Kelihatan dekat tapi sukar untuk di capai..

~ Man Pucuk ~

CendoL 4650

Mandi di Sungai terjun pacak..
Silap pacak terminum air..
Siapa kata relevan tak kacak..
Mak we melihat pasti cair.. heh heh

~ CendoL ~

Madah bicara hati sahabat sahabat pahangFM

Bertujuan mengumpul seberapa banyak madah puiSi Sajak Pantun dan apa jua kata kata untuk renungan berSama daripada sahabat sahabat PahangFM..
Sesiapa jua atau mana mana sahabat yang nak meletak kan madah di dalam blog ini boleh lah SMS kepada ADMINISTRATOR blog ini..

Tanpa mengira madah yang pernah tersiar di PahangFM atau pun tak pernah tersiar..
Ada kala kita terasa sayang dengan haSil karya kita ini..jika mendapat sambutan blog madah ini akan di kekal kan..

ADMIN perlu kan komen komen dari sahabat semua..

Terima Kasih

Port Mak Ngah Skodeng !