13 Januari 2014

Lana Nordin Nafi Bercinta Dengan Jejaka Bergelar Doktor

Lana menafikan dia sudah menemui pengganti Johan As'ari.
PETALING JAYA: Pelakon Lana Nordin menafikan dia sedang menjalinkan hubungan dengan seorang lelaki bergelar doktor selepas hubungannya dengan aktor Johan As'ari putus.
Lana atau nama sebenarnya Mazlina Hasan Nordin, 34, berkata, laporan berkenaan tidak benar sama sekali dan menegaskan dia kini masih belum mempunyai pengganti Johan.
"Laporan itu tidak benar. Saya masih single and available," ujarnya menerusi mesej yang dikirimkan melalui aplikasi sosial WhatsApp kepada mStar Online, Ahad.
Sebuah akhbar mingguan melaporkan Lana sedang menjalinkan hubungan cinta dengan lelaki kacukan Pakistan dan Inggeris itu yang juga rakan lamanya.
Malah lelaki berkenaan didakwa telah menghantar 50 tangkai bunga mawar kepada Lana dan dia sendiri telah pun memuat naik jambangan bunga berkenaan di laman Instagram miliknya.
Cinta Lana dan Johan hanya bercinta selama sebulan.
Lana bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu.
Johan sebelum ini telah melamar Lana untuk dijadikan sebagai isterinya selepas tiga hari berjumpa.
Pasangan itu bertemu ketika menjayakan sebuah program pada 18 Oktober 2013 lalu dan tiga hari kemudian, Johan terus meluahkan isi hati dan hasrat beliau untuk memperisterikan aktres seksi itu kerana percaya Lana adalah jodohnya yang dimohon ketika mengerjakan umrah pada April lalu.
Bagaimanapun Johan menerusi kenyataannya di sebuah akhbar pada akhir Disember lalu mengumumkan perpisahan cinta mereka selepas sebulan berkasih berikutan tidak direstui keluarga Johan.
mStar Online

12 Januari 2014

Serina Redzuawan Tidak Minta Pandangan Bapa (Chef Wan) Buka Restoran

Serina Redzuawan
PETALING JAYA: Pelakon Serina Redzuawan mengakui tidak meminta pandangan daripada bapanya iaitu chef terkenal Chef selebriti Datuk Mohd Redzuawan Ismail (Chef Wan) untuk membuka restoran yang diberi nama Char Kuey Teow Simply Delicious Penang Mai.
Serina, 31, berkata, sejak daripada kecil dia lebih selesa berdikari dan membuat keputusan sendiri tanpa campur tangan bapanya itu.
"Saya baru sahaja membuka restoran iaitu Char Kuey Teow Simply Delicious Penang Mai di The Strange, Kota Damansara beberapa bulan lalu, ia merupakan restoran yang menghidangkan Char Kuey Teow yang popular di Pulau Pinang.
"Saya buka sendiri dan tanpa meminta pandangan daripada bapa kerana jika ada campur tangan dia, ianya akan menjadi rumit kerana dia terlalu cerewet dan hanya inginkan barisan chef yang hebat belaka, sedangkan saya mahu makanan yang mudah dan digemari ramai" katanya kepada mStar Online.
Chef Wan
Bagaimanapun, kata Serina, selepas restoran tersebut siap untuk beroperasi barulah dia menjemput bapanya untuk merasai hidangan yang ditawarkan di restoran tersebut.
Jelasnya, dia tidak bermaksud untuk membelakangkan bapanya, namun lebih gemar berdikari sendiri tampa bergantung kepada keluarga.
"Saya seorang yang berdikari sejak daripada kecil lagi dan kalau boleh tidak mahu bantuan daripada keluarga.
"Dia (Chef Wan) memang marah dengan tindakan saya ini, namun dia memahaminya," katanya.
Tambah Serina, bapanya juga sering menghubungi bertanya tentang restoran tersebut dan menawarkan bantuan jika diperlukan.
Dalam pada itu, Serina turut memiliki pusat kecantikan dan farmasi serta syarikat produksi yang dikongsi bersama Yusof Kelana.
Jelasnya, cabaran mengendalikan empat buah perniagaan membuatkannya memilih untuk mengenepikan bidang lakonan dan pengacaraan.
"Tipu jika saya katakan tidak rindu kepada bidang pengacaraan serta berlakon, namun banyak perkara yang perlu saya utamakan seperti suami dan anak-anak. Masa yang suntuk membataskan saya untuk kembali aktif," katanya.
Kredit : mStar Online

Betul ke Facebook mula ditinggalkan ?


Golongan remaja kini dikatakan semakin melupakan Facebook (FB) dan beralih menggunakan laman sosial lain seperti Instagram, Twitter serta WhatsApp. 

Kajian Global Social Media menunjukkan hasil yang tidak begitu menggembirakan bagi Facebook. Populariti jejaring sosial terbesar dunia itu mulai mengalami penurunan. 


Menurunnya populariti Facebook dalam kalangan remaja kerana mereka tidak mahu diawasi lagi terutamanya oleh keluarga. Kajian juga mendapati remaja merasa kurang selesa menggunakan FB kerana boleh dipantau dan dijadikan rakan secara bebas. 

Kajian membabitkan remaja berusia 16 hingga 18 tahun di lapan negara Eropah ini mendapati remaja enggan menggunakan FB dan beralih ke jejaring sosial lain seperti Twitter, Instagram, WhatsApp ataupun SnapChat. 

Fenomena ini tidak hanya menunjukkan penurunan populariti FB, bahkan boleh dikatakan FB sudah tidak relevan dan tidak mampu bersaing dengan laman sosial yang lain.


BH

11 Januari 2014

Intan Ladyana Serik Dapat 'PA' Kaki Penipu

Intan Ladyana (kanan) bersama kakaknya Intan Riyana menunjukkan produk kesihatan Lamera.
PETALING JAYA: Pelakon Intan Ladyana sudah serik untuk menggunakan khidmat pembantu peribadi (PA) selepas kejadian ditipu oleh individu yang dipercayainya itu.
Intan,33, berkata, sejak kejadian itu, dia lebih selesa untuk melakukan segala urusan berkaitan kerja secara sendirian kerana ingin mengelak timbulnya pelbagai masalah kemudian hari. "Buat masa ini biarlah saya uruskan sendiri kerjaya saya kerana sekarang saya masih lagi trauma dengan kejadian apabila pembantu peribadi saya sering menipu.
"Selama setahun pelbagai kejadian telah berlaku melibatkan wang tunai dan dia turut mengaitkan nama saya dalam pelbagai hal," katanya ketika ditemui pada pelancaran produk Lamera, di restoran Bonjour Garden, Kota Damansara, di sini, Jumaat.
Intan berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kejadian di mana beberapa artis termasuk Julia Ziegler dan Rita Rudaini yang ditipu oleh individu berkenaan baru-baru ini.
Intan (tiga dari kiri) bersama ahli keluarganya.
Intan berkata, dia juga menanggung malu apabila reputasinya sebagai artis terjejas apabila mangsa-mangsa yang ditipu oleh wanita itu akan mencari dan turut mengaitkan namanya.
"Selepas pelbagai kejadian penipuan yang melibatkan wang tunai berjumlah ribuan ringgit, saya terus menamatkan perkhidmatannya iaitu kira-kira September tahun lalu.
"Selepas itu, saya terkejut apabila ramai yang cuba hubungi saya untuk bertanyakan beberapa perkara berkaitan wang tunai termasuk beberapa mangsa artis lain iaitu Julia Ziegler dan Rita Rudaini menghubungi saya bertanyakan hal itu," katanya.
Tambah Intan, dia kini lebih berhati-hati dalam memberi kepercayaan kepada seseorang terutamanya hal-hal yang berkaitan wang tunai.
Sementara itu, Intan yang melancarkan produk kesihatan miliknya Lamera menganggap ia sebagai salah satu langkahnya menceburi bidang perniagaan.
Katanya, produk minuman kesihatan itu merupakan bisnes perkongsian bersama kakaknya iaitu Intan Riyana dan ibu mereka, Wan Zurina.
"Produk ini merupakan salah satu langkah saya mengembangkan kerjaya dan pelaburan untuk masa hadapan.
"Kami sudah melakukan proses kajian selama setahun dan hasilnya sangat memuaskan," katanya.
Produk Lamera boleh didapati di stokis-stokis dan butik yang dilantik dengan harga RM149.

09 Mei 2013

Kenapa Dan Mengapa

Ingin aku menangis tak berairmata.

Ingin aku menjerit telah kehilangan suara.

Hanya yang ada sebuah harapan penyesalan dari sebuah mimpi indah pada dahan tempat bergantung yang hampir-hampir rapuh...

Mengapa begini akhirnya..

Begitu mudah kau menyerah pada dugaan yang mendatang...kerananya bisa menghanyutkan sebuah istana yang begitu lama terbina.

Mungkinkah di salahkan takdir..

Ingatlah..

ALLAH tidak zalim kepada hambanya..

Di mana kasih sayang...

Usah kau menyerah dan usah kau berikan hatimu hanyut di lautan penyesalan..yang bakal kau rasai akhirnya...

Kerana kau mendustai janji setia antara kita berdua...

Kenapa semua ini terjadi antara kita...

Mengapa dan kenapa??????.

08 Mei 2013

Senandung Ombak





Bersama deruan ombak memukul di pantai,mengusik di 
sanubariku dalam kesendirian ku cuba bersenandung.



Mengusir rindu yang tiada bertepi bersama sebuah harapan yang tak pasti.

Bersama bayangmu menghias mimpi malam ku.

Ku korbankan rindu ini...kadangkala rindu ini menjerat diri..

Menjadi pohon-pohon rindu yang tidak kesampaian...

Menjadi ubat pengubat lara...

Menanti kesudahannya yang tak pastinya entah bila...  

04 Mei 2013

Ketua Laksana Payung

Payung di gunakan untuk melindungi daripada hujan dan panas.

Dengan menjulangnya ke atas maka orang lain dapat berteduh di bawah naungannya.

Ertinya ketua mesti berada di hadapan bagi melindungi anak-anak buahnya daripada sebarang kesusahan,kejahilan,kesengsaraan,kelaparan dan sebagainya.

Sebagai payung...ketua mestilah bersedia untuk lebih susah daripada orang-orang  di bawahnya.

Walaupun hujan batu yang turun,dialah yang mula merasainya.

Dia mestilah rela berbasah dan berpanas dahulu demi mengelak orang lain daripada basah dan kepanasan.

Payung perlu rapi menjaga dirinya supaya jangan koyak.

Bila bocor keyakinan orang lain terhadapnya akan pudar dan akhirnya ramai yang lari meninggalkannya.

Payung yang teguh akan terus kekal di guna untuk perlindungan yang selamat dan sejahtera...



03 Mei 2013

Kemelut Kasih

Di saat hati di himpit rasa yang mencengkam jiwa.


Di saat itulah kita belajar untuk terus bersabar dan redha.

Biarpun di saat di terjah dengan berbagai kemelut yang menyinggah..semakin di henyak semakin kuat untuk kita mengelak.

Terkadang di saat kasih sayang berada di puncak berbagai kemelut hadir menerpa.

Sehingga kita lelah dan lemah serta hampir-hampir rebah.

Segalanya ku tepis dan terus setia menguntai kasih tanpa ada penghujungnya.

Hidup ini susah hendak di duga.

Kekadang kita rasa dekat dengan seseorang tetapi sebaliknya...mungkin kekadang kita dapat tengok dia ketawa tapi tak tau apa makna di sebalik senyumannya.

Ku tinggalkan kedukaan semalam.

Ku gapai bahagia tanpa curiga.

Ku yakin antara kita masih ada ruang untuk bersama.

Terucap kata terungkap bicara.

Membelai rasa di tabir duka.

Menguntai bahagia menganyam ceria.

Biarlah kita terus menyayangi biarpun di saat kebencian menghantui.

Kerana kasih itu anugerah yang harus di pertahankan...dalam apa jua situasi dan keadaan...



20 April 2013

Gapai Bahagia


Di saat hati di himpit rasa yang mencengkam jiwa.

Di saat itulah kita belajar untuk terus bersabar dan redha..

Biarpun di saat di terjah dengan berbagai kemelut yang menyinggah..

Semakin di henyak semakin kuat untuk kita mengelak...

Terkadang di saat kasih sayang berada di puncak bahagia...

Berbagai kemelut hadir menerpa.

Sehingga kita lelah dan lemah jua hampir-hampir rebah..

Segalanya ku tepis dan terus setia menguntai kasih tanpa ada penghujungnya..

Hidup ini susah hendak di duga.

Kekadang kita rasa dekat dengan seseorang tapi di sebaliknya ada sesuatu yang menjauhkan kita..

Mungkin kekadang kita dapat tengok dia ketawa tapi tak tau apa makna di sebalik senyuman dan tawanya.

Ku tinggalkan kedukaan semalam.

Ku gapai bahagia tanpa curiga..

 Ku yakin antara kita masih ada ruang untuk bersama..

Terungkap kata terucap bicara.

Membelai rasa di tabir duka.

Menguntai bahagia  menganyam ceria...

Biarlah kita terus menyayangi biarpun di saat kebencian menghantui.

Kerana kasih itu anugerah yang harus di pertahankan...dalam apa jua situasi dan keadaan....



16 April 2013

Tips Mengekalkan Sebuah Persahabatan’


1-Saling memberi kebebasan
Persahabatan memberi kita ruang untuk berkongsi suka duka bersama dan bukannya untuk saling menyakiti dan membenci di antara satu sama lain. Tetapi menjadi sahabat baik juga tidak bermakna kamu harus memiliki seluruh ruang hidupnya. Misalnya, melarang temanmu membuat itu dan ini. Malah kamu juga sibuk mengatur perjalanan hidupnya. Ini jelas menunjukkan kamu terlalu mementingkan perasaan sendiri tanpa mempedulikan perasaan orang lain. Apalah salahnya jika kamu saling menghormati hak kebebasan dirinya. Dan apa yang penting, si dia jujur pada persahabatannya.


2-Saling menahan rasa cemburu
 Tetapi cemburu yang membabi buta boleh menjejaskan hubungan. Ada baiknya sebelum api cemburumu memuncak, cuba selidiki dahulu kebenarannya. Jika ada yang tak kena, tanyalah temanmu itu dengan baik tanpa bersikap marah dan menuduh. Usahakan untuk berbicara dengan fikiran yang matang dan tenang. Sebenarnya perasaan cemburu ini tidak perlu terlalu ditonjolkan kerana ini boleh membuatkan temanmu itu naik tocang. Dia akan mempergunakan kelemahan kamu itu untuk membuat kamu berasa cemburu dengan berulang kali. Tentu menyakitkan


3-Saling memahami
Untuk menjadi sahabat yang baik kamu harus berusaha memahami dan mengenali diri sendiri serta permasalahannya dengan lebih mendalam. Misalnya temanmu itu menolak ajakanmu untuk keluar menonton wayang bersama, kamu tidak boleh membuat tanggapan yang bukan-bukan tentang dirinya. Mungkin dia mempunyai urusan yang mesti diselesaikan terlebih dahulu. Adalah lebih baik kamu mencari hiburan sendiri lagipun esok masih ada masa untuk kamu bertemu dia.


4-Saling mengalah
Demi menyelamatkan hubungan, tidak ada ruginya sekali sekala kamu bersikap mengalah. Kamu dan si dia sering bercanggah pendapat. Seperti menonton wayang, kamu sukakan filem romantik tetapi dia pula suka filem aksi. Oleh kerana sayangkan tali persahabatan yang telah terbina sekian lama maka si dia sentiasa menuruti segala kemahuanmu semata-mata mahu menjaga hati dan perasaanmu. Tetapi bila difikirkan semula, apalah salahnya sekali sekala kamu pula yang beralah dan cuba belajar memahami minatnya. Situasi ini tentu akan membuat si dia berasa bahagia dan lebih menyayangi dirimu.


5-Saling memberi kemaafan
Memaafkan perlu tetapi tidak mudah selagi perasaan kesal dan kecewa menguasai diri. Tetapi sebagai insan biasa, kita tidak dapat lari daripada melakukan kesalahan dan kesilapan. Lagipun, sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula kita sesama sendiri. Belajar menjadi seorang teman yang sudi memberi kemaafan kepada orang lain biarpun kamu sendiri tahu perkara itu bukanlah berpunca dari kesalahan atau kesilapan dirimu.

6-Ikhlas
Berkawan dengan ikhlas dan bukanya bertujuan untuk mendapatkan sesuatu.

7-Hormat satu sama lain
Hormati pendapat dan pendirian masing-masing,,berbincang dan bolehlah memberi kata putus.

8-Jauhi sikap hasad dengki  atau memburukkan sahabat
Jauhi sifat-sifat mazmumah ini kerana ia akan menjadi racun dalam persahabatan.Tak guna memburukkan sahabat sebab dia tak rugi apa-apa malah menambahkan dosa lagi ada ler.

Port Mak Ngah Skodeng !