03 Julai 2009

Kembang KaSih

Kembang kasih yang mekar dihati..
Sentiasa mengingati pada yang menanti..
Yang menanti telah mengetuk pintu hati..

Kembang kaSih dialas budi..
Termetri janji dalam sanubari..
Kan sentiasa diingati..
Sumpah setia berpadu janji..
Kembang kasih selaut pekerti..

~ Anggerik Desa ~

02 Julai 2009

Berakhir di Pulau Hijrah

Pada tanggal 1 oktober..
Sembilan puluh delapan..
Kami mula melangkah..
Meninggalkan Pulau lama..
Bersama kenangan pahit manis..
Suka duka..
Rakan rakan seperjuangan dulu..

Dititik permulaan ini..
Kami mengorak langkah..
Dari Pulau lama ke pulau baru..
Dengan ikrar dan azam jitu..

Mampukah ...mampukah..
Kami membentuk..
Satu Organisasi..
Yang sekata..?
hanya dengan kata kata ..BOLEH,BOLEH,BOLEH DAN BOLEH..
Tidak ..sesekali tidak...
Segala langkah akan lemah lesu..
Segala langkah terpaku mati..
Dengan tanpa mendukung IKRAR yang kami laungkan..

Kepada rakan rakan yang telah meninggalkan kami..
Yang bakal meninggalkan kami..
Yang terpaksa meninggalkan kami..
Moga pasrah keadaan waktu..

Hadapi usia gemilang mu..
Dengan rela dan tabah..
Hanya sekalung doa mengiringi perpisahan..
Dengar..rangkuman kata kata ..
Yang mampu kami ucapkan
'' JASA MU DIKENANG "

** Telah dideklimasi kan oleh..aries/donkala/abohFizi/Yaya dan Tengku Azman
di malam JASA MU DIKENANG peringkat zon Timur di Bendera Resort Mentakab Pahang..

10 Jun 2009

` TiNta `

Bila tinta mula menari..
Ikut rentak jari jemari..
Tercoret luahan suka dan duka..
Yang suka terlepas dihati..
Yang duka termaktub disanubari..
Tajam tinta melorek cerita..
Mula tercarik hamparan usang..
Kini riwayat suka dan duka..
Duka terlakar diblog maya..
Sejauh mana curang yang empunya tinta..
Pelawat mula mentafsir..

~ the legend ~

15 November 2008

zue@rompin221


MADAH BICARA UTK SAHABAT DAN DJ2 PAHANGFM

Berdiam bukan bermakna merajuk..
menghilang bukan bermakna terluka..
namun, kadangkala masa membataskan kta utk bermesra seperti dahulu..
Mungkin, yang kini berbeza dari yang terdahulu..
sebab itu aku lebih selesa menjadi pemerhati..

Kehidupan penuh dgn coraknya..
setiap hari pasti ada episod baru..
tapi, tak bermakna yang lama itu di biar dalam kealpaan..

Rindu sememangnya beraja di hati..
kasih selalu nya bertakhta di sanubari..
dan... ingatan seharusnya ada di fikiran..
kerana... tanpa kalian tak mungkin ada nya aku di sini..

SALAM INGATAN DAN KEMESRAAN BUAT SEMUA..

nukilan... zue@rompin221
P/S GAMBAR ZUE DAN WIDURI..

Untuk dj Sue ( kini di RMTFM )

KU UKIR NAMA MU SUE

Ku ukir nama mu bersama adunan tinta rasa..
Ditugu kenangan ini yang berdiri manis DIVA bicara malam..
Tanpa gundah hatinya..

Sue..kau setia dipentasmu..mengawal emosi kami..
Lantas kau olah dalam jiwamu..
Walau disaat kami tidak mengerti perasaanmu..

Kau kesinambungan antara dua hati..
Dan perasaan yang terpisah..
Pelerai kekusutan antara dua wajah..
Kau pendamai hati yang bertelagah..
Hingga bertaut kasih yang megah..

Sue..ku iringi permergianmu dengan sekalong doa..
yang menantimu disana satu harapan..
Kami yang kau tinggalkan dengan kenangan yang terlakar indah..

Selamat dan terima kasih Sue..kami akan merindui suaramu..

~ Karya :- ManPucuk ( Maran ) ~
~ Pendeklimasi : - Relevan ( Jerantut ) ~


SATU NAMA TETAP DI HATI..
(madah bicara buat suhaila)
SUHAILA..satu nama yang tidak asing lagi,seorg yang cukup petah bila berbicara,pandai bila berkata-kata..
SUHAILA..peRtemuan hnya di udara,akhirnya kita bertemu juga dlm realiti,dgn pertemuan pertama itu kita terus akrab..
SUHAILA..namamu sering meniti di bibir pendengar,ramai yg suka dgn tiap bicaramu,lenggok tutur mu sering mendapat perhatian..
SUHAILA..ketika kamu mendapat tempat di hati pendengar,tiba-tiba berita mengejutkan hati semua,kamu ditakdir "berpisah" jua..
SUHAILA,biarpun kini kamu dilain destinasi,namun tak pernah rasa berjauhan,
~ zue @ rompin221 ~

aWeK '' Jengka

SAYANG ...... Aku mengapai se olah apa yang ku capai tidak tercapai..
SAYANG ....... Aku merindu se olah apa yang ku rindu tidak kan ke temu..
SAYANG ...... Aku mengharap se olah apa yang ku harap tidak tergarap..
SAYANG ...... Aku berpesan se olah apa yang ku pesan tidak berkesan..
...... Dan kini aku tersedar rupa nya aku hanyut di udara...

~ aWek` JengKa ~

13 November 2008

aYu`jeliTa

CINTA

Cinta itu terlalu indah kata dunia..Lalu aku menulis tentang nya..Tentang kemabukan raSa walau aku tak pernah merasai nya..Tentang keindahan rupa se sungguh nya aku tidak kenal..Tentang kerinduan yang terbina amat pahit..Tentang liku liku di jalanan bila menghadapi kehancuran..Fahami dulu erti CINTA sebelum berkaSih sayang..

Nukilan raSa : - '' aYu`jelita 2007 "


ILMU

Ilmu itu di dapati dari lidah yang suka bertanya dan akal yang sentiasa berfikir..Jadi berbicara lah mengenai ilmu yang membawa faedah dan lempar kan pemikiran yang memberi manafaat..

Nukilan raSa : - " aYu`jelita 2008 "

08 November 2008

kelompen 1332

TERIMA KASIH
Aku susunkan terimakasih ini..
kerana aku seorang lelaki..
bukan seekor rama rama..
bukan seekor labah labah.
aku susunkan terimakasih ini..
kerana engkau seorang perempuan..
bukan lebah atau kelkatu..
bukan juga sekuntum bunga.
aku panjangkan..
terimakasih ini..
buat kita menganyam rindu.

kelompen 1332
pahangfm
Hidup adalah tenunan yg bersambung2.. kita menganyamnyamenjadi hamparan.. dengan warna ketentuanNYA..hidup ini perjalanan jauh.. atur tapak sebelum berdiri.bertatih sebelum berlari..agar jatuh nanti tidak tersungkur.
~ kelompen ~

31 Oktober 2008

kaSih ` KekaSih

Biar berkali kali putus kaSih jangan sekali kali putus harapan..Jadi lah seperti KASIH yang tak pernah berhenti memburu untuk mandapat kan K.E.K.A.S.I.H..

~ kaSih kekaSih ~

cePumas 2026


Adik ku sayang..
Tersimpul sebuah perSahabatan..bertunjang kan kejujuran..berakar kan keikhlasan..bertaut kan kemesraan..Walau terpisah antara dua daerah..Namum SMS dan suara mu..bersama suara hati tetap setia..Hari hari berlalu..Pertemuan kita pengubat rindu..Menghitung waktu..Hari hari berlalu aku meSra bila di sisi mu..

Setiap langkan mu saban hari..Aku lah diari mu..tak jemu jemu..Dari pagi hingga diri mu di ulit mimpi..Kau cerita kan segala nya pada ku..yang kau lalui suka duka..jejak jejak langkah mu seperti aku di sisi mu..berSama menemani mu...

MaSa berlalu dan hari berganti..Adik ku sayang..Andai nya diri mu menyepi..akan sepi lah abang mu di sini..Dalam perjalanan yang maSih jauh..Peredaran maSa yang begitu pantas..Aku tak rela kehilangan mu adik ku...

Aku tahu diri mu milik semua..sahabat sahabat..malam malam yang pekat..Sepi hujan malam ku rakam salam rindu..sepi ku andai tanpa mu buat mu adik ku SAYANG...

Nukilan Pena : - CepuMas 2026 ( Jerantut Pahang )

Port Mak Ngah Skodeng !