Seorang peniaga warga Bahrain berusia 46 tahun membunuh seorang rakyat Arab Saudi selepas mangsa kencing pada pakaian dijualnya di tepi jalan di bandar raya ini.
Defendan berkata, dia meletakkan pakaian terpakai yang dijualnya berhampiran sebuah hotel apabila pemuda Saudi berusia 21 tahun itu kencing di atasnya.
Dia memarahi pemuda berkenaan, tetapi mangsa bertindak balas dengan memakinya.
Pertengkaran terjadi sebelum mereka bertumbuk. Pemuda Saudi itu kemudian mengeluarkan pisau dan cuba menikam defendan.
“Saya memukulnya dengan kayu, merampas pisau itu dan menikamnya berulang kali. Saya hanya mempertahankan diri,” katanya.
Bagaimanapun, akhbar tempatan melaporkan, seorang saksi melihat lelaki itu yang mengeluarkan pisau dari sakunya dan menikam pemuda Saudi berkenaan.
- Agensi