As'Salam.. hari ni Mak Ngah nak kongsi berita di petik dari suratkhabar online .. mStar
Apa nak jadi yer.. mungkin kerana terlalu taksub dengan halaman Sosial..
KUALA LUMPUR: Seorang bapa mendakwa anak gadisnya yang berumur 16 tahun dilarikan oleh seorang lelaki yang dikenali melalui laman sosial Facebook sejak seminggu lepas.
Roslan Ahmad Hadzrawi, 39, dari Wangsa Maju di sini mendakwa anaknya Nur Hidayah hilang sejak 1 Dis lalu dipercayai dilarikan oleh seorang lelaki yang hanya dikenali sebagai Mat, 19, selepas keluar makan bersama lelaki itu di sebuah pusat membeli belah di Wangsa Maju.
Roslan juga mendakwa anaknya yang lebih mesra dipanggil Dayah turut ditipu kira-kira RM1,200 ekoran kerap mengeluarkan wang dari akaunnya bagi menanggung perbelanjaan sewa rumah dan baik pulih motosikal milik Mat.
"Saya mendapat tahu Dayah sering memberi wang kepada Mat selepas membaca mesej berbaur pujukan oleh Mat kepada Dayah di dalam akaun Facebook Dayah," katanya kepada pemberita di sini, Jumaat.
Roslan berkata beliau yakin Dayah bukan melarikan diri kerana dokumen peribadinya termasuk kad pengenalan dan kad Mesin Pengeluar Wang Automatik (ATM)tidak dibawa dan anaknya itu hanya membawa wang poket RM100.LAGIGADIS-HILANG 2 (AKHIR) KUALA LUMPUR "Pada hari Dayah dilarikan, anak sulung saya ada menerima satu sistem pesanan ringkas (SMS) dari Dayah kira-kira pukul 5 petang yang berbunyi 'Rol aku kat rumah ibu sakit. Aku ok nanti apa-apa aku call'.
"Saya percaya SMS tersebut bukan ditulis oleh Dayah tetapi lelaki itu kerana Dayah tidak pernah memanggil abangnya dengan nama Rol," katanya.
Namun Roslan berkata sehingga lewat malam anaknya masih tidak pulang dan gagal dihubungi menyebabkan isterinya Zarina Zubir, 40, runsing dan bimbang.
Beliau berkata selepas usaha mengesan anaknya di sekitar Kuala Lumpur gagal, Roslan membuat laporan polis di Balai Polis Wangsa Maju Isnin lepas.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Sentul Supritendan Othman Abu Bakar berkata pihaknya menerima laporan berhubung kes berkenaan dan kes diklasifikasikan sebagai orang hilang. -BERNAMA