Memaparkan catatan dengan label Kesihatan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kesihatan. Papar semua catatan

27 Februari 2014

Atasi alahan dengan makan gula-gula


KANAK-kanak lelaki yang mengalami alahan melampau ini hanya boleh mengambil gula-gula Glacier Mints sebagai makanan hariannya.

Keadaan itu disebabkan oleh penyakit eosinophilic enterocolitis dialami Finley Ranson, 3, yang menyebabkan dia tidak boleh menjamah sebarang makanan.

Menurut ibunya, Rhys, 27, anaknya akan mengalami pendarahan dalaman jika dia termakan makanan pejal kerana tubuh Ranson melawan objek di dalam sistem pencernaannya seperti virus.

Bagaimanapun, kanak-kanak tersebut diberikan nutrien sebanyak enam kali sehari melalui tiub khas  yang disambungkan terus ke perutnya.

"Sejak lahir, Ranson menjalani 10 pembedahan untuk merawat penyakit gangguan  makan tersebut," katanya.

Pada setiap tahun, sebanyak 3,650 gula-gula  perlu diambil sebagai pengganti makanan pejal, laporan dipetik dari DailyMail.

Sumber

13 Februari 2014

Liyana Jasmy takut bersalin ?

Liyana Jasmy
PETALING JAYA: Pelakon dan penyanyi Liyana Jasmay mengakui semakin berdebar dan takut untuk melalui hari kelahiran cahaya mata pertama yang dijadualkan Mei depan.
Liyana, 26, berkata, dia sering melakukan senaman yoga dan menonton video yang dapat membantu memudahkan proses melahirkan bayi.
"Perasaan semakin berdebar dan semakin takut kerana kalau boleh saya ingin melahirkan bayi ini dengan cara normal.
"Pada usia kandungan yang sudah mencapai tujuh bulan ini, saya sering buat senaman yoga bagi mendapatkan pernafasan yang betul dan ada juga menonton YouTube tentang cara-cara orang bersalin," katanya ketika ditemui pada sidang media pelancaran single nyanyiannya bersama Shaheizy di Talent Lounge, Damansara Perdana, di sini, Rabu.
Single berjudul Bangun itu dihasilkan untuk kempen Nescafe On Sam.
Dalam pada itu, Liyana bersyukur proses kandungannya berjalan lancar dan tidak menerima sebarang alahan yang teruk.
Tambahnya, segala persiapan untuk menyambut kelahiran bayi tersebut sudah dilakukan.
"Barang-barang bayi semua sudah ada, malah mungkin terlebih dari cukup sebab saya sering membeli secara online.
"Baju dan barang-barang bayi sama mahalnya dengan barang orang dewasa tapi sekarang saya sudah tidak fikir belanja untuk diri sendiri sebaliknya banyak untuk anak yang bakal lahir ini," katanya yang enggan berkongsi jantina bayi tersebut.
Tambah Liyana, dia akan mengadakan kenduri doa selamat sebelum bersalin.
Sementara itu, bercakap tentang kerjaya, Liyana berkata, dia akan kembali aktif dalam bidang lakonan dan nyanyian selepas bersalin kelak.
"Selepas bersalin saya akan kembali berlakon dan sibuk dengan promosi dua filem yang akan keluar iaitu Sindiket dan Isyarat Cinta, yang mana masa untuk menghabiskan kerja yang tertangguh sepanjang mengandung ini.
"Selepas semuanya selesai barulah saya berehat untuk seketika bagi memberi perhatian sepenuhnya kepada bayi untuk membolehkan dia membesar dahulu," katanya.
Liyana berkata, suaminya, Fathuddin Mazlan tidak pernah menghalang apa juga keputusannya terhadap kerjayanya.
mStar Online

12 Februari 2014

Mudah gemuk jika ada kereta, komputer

Washington: Orang yang memiliki kereta, televisyen dan komputer di rumah tetapi tinggal di negara berpendapatan rendah mempunyai kemungkinan lebih besar untuk menjadi gemuk berbanding mereka yang tidak memiliki kemudahan berkenaan, kata penyelidik.

Makan lebih banyak, duduk tanpa melakukan senaman dan selalu memandu adalah punca mengapa mereka ini menambah berat badan dan menyebabkan terdedah kepada risiko kencing manis, kata penyelidik. 


Hasil kajian 

Hasil kajian dalam Jurnal Perubatan Kanada itu menyatakan rakyat di negara yang meniru gaya hidup Barat perlu berhati-hati bagi mengelak bahaya kesihatan.

“Dengan meningkatnya kemudahan di zaman moden ini seperti televisyen, kereta dan komputer, kadar obesiti dan kencing manis juga semakin meningkat di negara berpendapatan rendah dan sederhana sama seperti di negara berpendapatan tinggi,” kata penulis Scott Lear dari Universiti Simon Fraser. 

“Ini boleh membawa kepada potensi masalah kesihatan yang besar di negara ini.”


 -AFP

10 Februari 2014

Dihalau kerana hodoh

Seluruh tubuh Sarotin dipenuhi ketumbuhan tidak berbahaya digelar neurofibromatosis.

JAKARTA - INDONESIA. Gara-gara seluruh tubuh dan sebahagian wajahnya dipenuhi tumor, penduduk sebuah kampung di Bandung sanggup bertindak kejam mengusir ibu tunggal kepada empat anak ini selepas mangsa dibuang keluarganya.

Sarotin, 46, dipercayai mengalami penyakit genetik, neurofibromatosis yang menyebabkan ketumbuhan tidak terkawal di seluruh saraf tubuh.

Menurut wanita tersebut, dia menderita penyakit tumor tidak berbahaya itu sejak tiga tahun lalu.

"Saya tidak mampu untuk menjalani rawatan kerana kos perubatannya agak tinggi," katanya.

Difahamkan, laporan dipetik dari DailyMail, kira-kira 50 peratus individu yang mengalami mutasi gen ketika dalam kandungan ibu berisiko menghidap penyakit ini walaupun ia adalah penyakit bawaan genetik.

sinarharian

Isteri Black Hanafiah Hidap Demam Denggi


Black dan isterinya, Naquia ketika menghadiri majlis resepsi perkahwinan penyanyi Farawahida minggu lalu.
PETALING JAYA: Penyanyi Black Hanafiah tidak menyangka keadaan isterinya, Naquia Yasirah yang mengalami demam panas dan muntah-muntah sejak beberapa hari lalu adalah disebabkan demam denggi sehingga terpaksa ditahan di Columbia Asia Hospital, Setapak, dekat sini sejak Sabtu lalu.
Black atau nama sebenarnya, Hanifah Hanafiah, 27, berkata, pada mulanya dia menyangka keadaan yang dialami isterinya itu adalah simptom wanita mengandung selepas disahkan doktor ketika membuat pemeriksaan kehamilan di sebuah klinik.
"Pada mulanya saya sangka isteri mengandung kerana sebelum itu doktor memberitahu terdapat simptom Naquia hamil tetapi kami perlu tunggu sebulan lagi untuk mendapatkan kepastian.
"Bagaimanapun keadaannya semakin buruk sejak dua hari lalu apabila demamnya tidak kebah dan sentiasa muntah-muntah membuatkan saya cemas dan membawanya ke hospital," katanya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini pada Isnin.
Tambah Black, dia bernasib baik kerana bertindak cepat untuk mendapatkan rawatan apabila diberitahu isterinya itu menghidap dengki, iaitu penyakit yang boleh membawa maut.
Gambar Naquia yang mendapat rawatan di hospital.
Dalam pada itu, Black berkata, keadaan isterinya kini tidak membimbangkan malah pihak hospital membenarkan Naquia untuk berehat di rumah.
"Doktor membenarkan di keluar tetapi saya minta dia berehat di hospital bagi memastikan dia betul-betul sihat tambahan pula dalam masa dua hari ini dia perlu hadir untuk membuat pemeriksaan susulan," katanya.
Black dan Naquia bernikah pada 13 September 2013.
Sementara itu, menurut laporan Bernama pada 6 Februari lalu, sebanyak 17 kes kematian akibat denggi dilaporkan di seluruh negara bagi tempoh Januari hingga 2 Februari tahun ini, meningkat 240 peratus atau 12 kematian berbanding hanya lima kes untuk tempoh sama tahun lepas.
Sepanjang tempoh itu juga sebanyak 9,453 kes demam denggi dilaporkan di seluruh negara, meningkat 269 peratus atau 6,894 kes, berbanding 2,559 bagi tempoh sama tahun lalu.
mStar Online

05 Februari 2014

INFO KESIHATAN,SAKIT TAPAK KAKI – PUNCA DAN CARA ATASI

INFO KESIHATAN

SAKIT TAPAK KAKI – PUNCA dan CARA ATASI


Anda seorang kaki ‘shopping’ dan mampu berdiri dan berjalan berjam-jam lamanya? Jika ya, sememangnya kaki anda merupakan anugerah yang paling berharga. Namun begitu, lama-kelamaan kaki anda akan hilang kekuatannya,sama ada dimamah usia atau tidak dijaga kesihatannya. Berapa jauh danlamanya kita berdiri dan berjalan boleh juga memberikan kesan terhadap kesihatan kaki kita terutama jika kita telah mempunyai sejarah kesakitan kaki
sebelum ini seperti pernah terseliuh atau patah.

Anda boleh mengalami kesakitan kaki di bahagian tapak kaki belakang atau dikenali plantar fasciitis, di bahagian depan kaki (metatarsalgia) atau sakit kaki yang menjalar hingga ke bahagian betis atau kaki hadapan anda atau dikenali shin splint.

Tapak kaki kita mempunyai saraf yang menghubungkan dengan organ-organ tertentu di badan kita. Urutan refleksologi adalah salah satu rawatan berkesan untuk mengubati masalah sakit tapak kaki.

FAKTOR SAKIT TAPAK KAKI

Banyak faktor-faktor yang boleh menyebabkan anda mengalami sakit kaki seperti :

* Bentuk kaki yang leper dan rendah lengkungan bahagian dalam kaki atau dikenali Pes Planus

* Bentuk kaki yang mempunyai lengkungan dalam yang tinggi yang dikenali sebagai Pes Cavus

* Pemilihan kasut yang tidak betul seperti tiada penyokong lengkungan tapak kaki atau bertumit tinggi

* Selepas kecederaan seperti patah atau terseliuh

* Berat badan yang berlebihan seperti mempunyai Indeks Jisim Tubuh (BMI) melebihi 30 kilogram meter persegi (kg/m2) 

* Melakukan aktiviti di tempat yang keras tanpa kasut yang sesuai seperti melakukan joging di jalan berturap tar dengan memakai kasut sukan taekwando.

CARA MENGATASI SAKIT TAPAK KAKI

Bagi mengatasi sakit kaki, anda perlu mengetahui faktor-faktor penyebab sakit kaki terlebih dahulu dan cara bagaimana anda dapat mengatasinya dengan :

# Kekalkan berat badan dengan pemantauan BMI normal sekitar 18.5 hingga 25 kg/m2

# Tidak memakai kasut bertumit tinggi atau sekurang-kurangnya tumit kasut tidak melebihi 1 inci

# Memilih kasut yang sesuai mengikut aktiviti fizikal anda seperti lembut dan fleksibel pada tapak kasut serta mempunyai penyokong di bahagian lengkungan dalam dan lengkungan lintang di hadapan kaki

# Anda perlu memiliki sepasang tapak kasut atau insole yang mempunyai ciri-ciri sokongan tapak

kaki yang boleh digunapakai pada semua kasut anda jika sekiranya anda telah mempunyai
banyak kasut dan tidak ingin membazir dengan membeli kasut lain.

# Lakukan senaman kaki mengikut panduan ahli fisioterapi anda dengan senaman regangan plantar fascia dan senaman kekuatan otot kaki.

Sumber

29 Januari 2014

Zamir Juara Masterchef Malaysia All Star

Zamir
PETALING JAYA: Peluang kedua yang diberikan tidak disia-siakan oleh peserta paling muda iaitu Zamir apabila diumumkan sebagai juara Masterchef Malaysia All Star sekaligus menumpaskan pesaingnya, pengacara Celina Khor.
Kemenangan itu melayakkan Zamir atau nama sebenarnya, Arshad Zamir Mohd Azmi, 21, menerima wang tunai bernilai RM55,000 yang akan disumbangkan kepada badan kebajikan Rumah Teduhan Kasih.
Zamir sebelum ini pernah menyertai Masterchef Malaysia musim pertama pada 2012 dan menjadi peserta empat terbaik.
Hadiah disampaikan Pengurus Saluran Astro Ria, Raqim Ahmad Ramli selepas Majlis Tayangan Episod Kemuncak MasterChef Selebriti Malaysia yang diadakan di First Avenue, Bandar Utama di sini.
Ia turut disiarkan secara langsung menerusi saluran Astro Ria dan Astro Maya HD pada malam Selasa.
Zamir ketika ditemui berkata, tidak menyangka kemenangan tersebut namun ia adalah antara pengalaman manis sepanjang kariernya dalam bidang kulinari.
Malah katanya, dia sebenarnya berasa gementar perlu berhadapan dengan Celina yang disifatkan sebagai tukang masak berbakat.
“Alhamdulillah, saya tidak menyangka kemenangan ini kerana tidak menjangka yang dapat pergi sejauh ini.
"Saya banyak belajar mengenai dunia masakan dalam pertandingan ini,” katanya pada sidang media di sini sebaik selesai siaran tersebut.
Dalam pertandingan tersebut Zamir tampil dengan tiga jenis sajian iaitu pembuka selera, hidangan utama dan pemanis mulut.
Pada episod terakhir itu, Zamir memilih untuk menghidangkan Sup Cendawan sebagai pembuka selera, Sea Bass Gone Wild (hidangan utama) dan Kek Angle (pencuci mulut).
Manakala Celina menghidangkan Fiesta Makanan Laut (pembuka selera), Dua Benua (hidangan utama) dan Kek Coklat Lava (pencuci mulut).
Barisan juri yang mengadili hidangan kedua-dua peserta itu adalah Chef Johari Edrus, Chef Zubir Md Zain dan Chef Adu Amran.
Program sebanyak 40 episod itu disertai 20 peserta daripada musimterdahulu termasuk Masterchef Selebriti Malaysia.
Barisan peserta yang menyertai pertandingan itu ialah Azwan Ali, Soo Wincci, Raja Azmi, Kenchana Dewi, Celina Khor, Sharifah Shahora, Micheal Ang, Syanie, Enot, Brian, Imelda, dan Zamir.
Turut serta adalah Che Lah, Ah Hong, Along, Azlina, Azni, Ary Malik dan Shahirah.
Kredit mStar Online

27 Januari 2014

Remaja bunuh diri untuk selamatkan abang


Hongui menerima rawatan lanjut di hospital selepas selamat menjalani pembedahan buah pinggang dan kini dijaga oleh ayahnya. - AGENSI

LONDON 26Jan. - Seorang remaja lelaki di China yang menghidap penyakit uremia atau kegagalan buah pinggang, sanggup 'mengorbankan dirinya' sendiri, semata-mata mahu membantu keluarganya mengumpulkan duit bagi menyelamatkan nyawa abangnya yang menghidap penyakit sama.


Dua beradik itu, Honghui, 20, dan Hongtao, 18, menghidap penyakit tersebut sejak 2010 dan tidak mempunyai masa yang lama untuk terus hidup.

Disebabkan masalah kos perubatan yang tinggi, ibu bapa mereka Chuanyou dan Zheng Tingxia hampir menjual semua harta mereka untuk membeli buah pinggang yang sesuai untuk kedua-dua anak mereka yang menghidap penyakit itu.

Sebelum 2010, kehidupan mereka sekeluarga sangat baik dengan kecemerlangan Honghui dan Hongtao dalam akademik dan berjaya membeli sebuah rumah baharu di Funan, wilayah Anhui.

Bagaimanapun tidak lama kemudian, keluarga itu menerima berita buruk apabila Honghui disahkan menghidap uremia dan hanya melalui pembedahan buah pinggang sahaja boleh menyelamatkannya.

Lebih malang lagi, Hongtao turut disahkan mengalami simptom yang sama, sekali gus memaksa ibu bapa mereka menjual hampir kesemua harta mereka, termasuk rumah baharu mereka dan mengemis di jalanan untuk menanggung kos perubatan anak mereka.

Malah derma yang dikutip oleh pihak sekolah dan rakan-rakan berjumlah 101,171 yuan (RM55,367) juga masih belum mencukupi untuk membiayai kos rawatan bagi menyelamatkan nyawa kedua beradik itu.

Disebabkan masa yang semakin suntuk, Hongtao mengambil tindakan membunuh diri pada Julai 2011 dengan mengurungkan dirinya dalam bilik dan minum racun bagi mengurangkan beban yang ditanggung oleh ibu bapanya.

Kematian Hongtao amat memilukan, lebih-lebih lagi dengan penemuan nota yang ditulis Hongtao berbunyi:, "Abang, jika kamu sudah sembuh, tolong beritahu saya dan ia sudah cukup memadai buat saya."

"Penyakit kami berdua menyusahkan kamu (ayah dan ibu). Saya berharap kamu boleh menumpukan perhatian untuk menyelamatkan abang.

"Apabila dia terselamat.. dan saya tahu dia akan selamat, saya mahu dia beritahu saya yang dia telah berjaya dan saya akan berpuas hati," tulis Hongtao dalam nota itu.

Kisah pengorbanan Hongtao itu mendapat liputan meluas di seluruh China, sekali gus meningkatkan jumlah derma untuk menyelamatkan Honghui.

Selepas dua tahun setengah pencarian, Chuanyou dan Zheng Tingxia berjaya menemukan buah pinggang yang sesuai untuk anak sulung mereka.

Honghui kini yang berusia 23 tahun, selamat menjalani pembedahan pada hujung bulan lalu dan kini dalam proses pemulihan.

 - AGENSI(Utusan)

25 Januari 2014

Yana Samsudin Minta Perubahan Wajahnya Tidak Dijadikan Isu

Yana menafikan dia melakukan pembedahan plastik untuk memcantikkan wajahnya.
PETALING JAYA: Pelakon Yana Samsudin menjelaskan perubahan fizikalnya terutama pada bahagian muka bukan kerana dia melakukan pembedahan sebaliknya mengalami penurunan berat badan secara mendadak.
Yana, 30, berkata, cakap-cakap yang mengatakan dia melakukan pembedahan untuk mengubah rupa parasnya sama sekali tidak masuk akal dan berharap ia tidak lagi dijadikan isu.
"Apa yang anda lihat bukan kerana saya menjalani pembedahan muka atau hidung seperti didakwa dan belum pernah lagi terlintas di fikiran saya untuk buat begitu.
"Perubahan ini disebabkan penurunan berat badan saya agak mendadak sejak akhir-akhir ini sehingga menyebabkan raut wajah saya kelihatan berbeza," katanya kepada mStar Online.
Yana menjawab spekulasi yang mendakwa dia melakukan pembedahan plastik pada bahagian hidung dan wajahnya pada akhir tahun lalu.
Sementara itu, Yana secara terbuka mengakui sudah tiba masanya dia mula memikirkan soal perkahwinan secara serius sejajar dengan peningkatan usianya sekarang.
Jelas Yana, dia bersedia untuk mengakhiri zaman solonya pada tahun ini sekiranya bertemu jodoh yang sesuai.
"Usia saya bukan semakin muda tetapi semakin meningkat dan sudah tiba masanya soal perkahwinan menjadi agenda penting untuk saya pada tahun ini," katanya.
Pelakon itu sebelum ini pernah mengakui berkawan rapat dengan adik kepada aktor Farid Kamil iaitu Fadzil Zahari.
Dalam pada itu, mengulas mengenai pencalonannya dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2013 (ABPBH 2013), Yana berkata, dia terkejut sekali lagi terpilih untuk dicalonkan dalam kategori Pelakon Filem Wanita Popular.
Bagaimanapun, dia amat berterima kasih kepada para peminatnya yang tidak jemu-jemu memberi sokongan dan mengundinya sehingga dicalonkan dalam peringat 'Top 5'.
"Soal menang atau kalah tidak menjadi perkara penting kerana dapat pencalonan pun sudah membuatkan saya berbesar hati," katanya yang membawa pulang trofi kategori sama pada ABPBH tahun lalu.
Kredit : mStar Online

19 Januari 2014

INFO KESIHATAN : KENALI PENYAKIT ANDA DARI PERUBAHAN KUKU

KENALI PENYAKIT ANDA DARI PERUBAHAN KUKU 

* Sumber : relevan Sokmo
Kuku adalah bahagian dari tubuh yang dapat membantu mengetahui keadaaan kesihatan seseorang. Kuku yang sihat biasanya berwarna merah jambu dengan permukaan mengkilat.

Anda perlu waspada jika muncul perubahan-perubahan seperti bercakbercak putih atau warna kekuningan, kerana ia menjadi pertanda adanya gangguan kesihatan.

Perubahan lain seperti warna kuku yang pucat, memutih, kebiruan atau bentuk kuku yang bergelombang juga menunjukkan wujudnya masalah di dalam tubuh. Sejumlah penyakit yang menyerang hati, paru-paru,dan jantung juga dapat terlihat dari perubahan pada kuku.

Berikut ini adalah beberapa tanda pada kuku yang perlu diketahui :

1-Kuku Pucat
Keadaan ini adalah normal apabila usia meningkat. Walaubagaimanapun, kadang kala kuku yang pucat juga merupakansimptom kepada penyakit berikut anemia, “congestive heart failure”,diabetes, kegagalan hati dan kekurangan zat makanan.

2. Kuku Berwarna Putih
Hampir keseluruhan kuku berwarna putih dengan bingkai kuku lebih gelap menandakan masalah hati seperti hepatitis. Dalam gambar ini jari menjadi 'jaundiced' atau kekuningandisebabkan masalah hati.

3– Kuku Kekuningan
Antara penyebab kuku menjadi kuning ialah jangkitan fungus. Dalam keadaan di mana jangkitan sudah menjadi teruk, lapisan kuku mungkin tertarik (retracted), kuku semakin menebal, pecah serta hancur.
Dalam kes terpencil pula, kuku menjadi kuning merupakan tanda kepada keadaan keadaan serius seperti penyakit berkaitan thyroid yang teruk atau psoriasis (penyakit autoimmune pada kulit dan joint)

4– Kuku Kebiru-biruan
Keadaan kuku yang kebiru- biruan menunjukkan tubuh tidak mendapat oksigen yang cukup.Keadaan ini boleh berlaku oleh pelbagai sebab seperti jangkitan paru- paru atau pneumonia.Sebab tubuh tidak mendapat oksigen yang cukup adalah terlalu luas dan untuk memastikannya hendaklah berjumpa doktor.

5-Kuku Berkedut atau seakan- akan berombak.

Keadaan ini merupakan tanda- tanda awal psoriasis(penyakit autoimmune pada kulit dan joint) atau inflammatory arthritis.

6-Kuku Retak atau Merekah
Keadaan ini dikaitkan dengan masalah thyroid. Kombinasi kuku merekah dan kekuninganpula menunjukkan terdapatnya jangkitan kuman. 

7-Bengkak pada lipatan atau kawasan sekeliling kuku.
Kulit sekeliling kuku kelihatan merah dan bengkak dikenali sebagai inflamasi atau keradangan 'nail fold'. Keadaan ini berlaku disebabkan penyakit lupus atau masalah pada tisu kognetif yang lain.

8-Garis hitam di bawah kuku
Keadaan ini perlu diperiksa oleh doktor secepat mungkin kerana ia mungkin disebabkan oleh melanoma; sejenis kanser kulit yang berbahaya

9-Kesan kerekahan atau gigitan pada kuku
Menggigit kuku mungkin merupakan tabiat biasa seseorang namun dalam sesetengah kes ia merupakan petunjuk kepada persistent anxiety atau gelabah/kebimbangan yang berterusan.Tabiat menggigit kuku juga boleh dikaitkan dengan Obsessive compulsive disorder; sejenisa bnormaliti pada minda yang berkaitan dengan rasa gementar dan gelabah yang mendorong kepada melakukan suatu tabiat (seperti menggigit kuku) bagi mengurangkan rasa gelabahtersebut. Sekiranya pesakit tidak boleh berhenti dari tabiat ini, anda dinasihatkan supaya mendapat-kan rawatan.

.:. Keadaan kuku merupakan cuma sebahagian dari petanda keadaan kesihatan kita.Walaupun perubahan pada keadaan normal kuku boleh menjadi simtom atau petunjuk kepada pelbagai penyakit , namun ia jarang hadir sebagai first sign atau tanda awal. Kebanyakan ketidaknormalan kuku juga boleh jadi tidak berbahaya; tidak semestinya orang yang kukunya berwarna putih mengidap hepatitis . Namun, langkah berjaga- jaga perlu diambil. Sekiranya anda mendapati kuku anda bermasalah, sila berjumpa doktor untuk mendapatkan kepastian.

SEKIAN

17 Januari 2014

Petua,Hilangkan bau durian di dalam kereta


Cara murah dan mudah untuk kita menghilangkan bau durian di dalam kereta adalah mengikut petua orang-orang tua seperti di bawah. Anda boleh cuba dulu, tapi bau itu memang tak akan hilang dengan serta-merta.

1. Balut buah durian itu dengan daun ubi kayu atau betik atau apa-apa daun yang kelebarannya boleh menutupi kelebaran buah durian.

2. Cuba letak separuh buah nenas yang telah dipotong. Bau durian itu akan diserap oleh nenas.

3. Cuba letak daun pandan, terus hilang bau.

4. Letakkan beberapa keping roti (semua jenis roti boleh) tutup kesemua pintu dan tingkap, biarkan beberapa jam, bau durian akan hilang.

5. Letakkan beberapa ketulan kayu arang di kawasan yang berbau durian. Arang akan menyerap kesemua bauan tersebut.

6. Serbuk kopi (tak kisah cap apa pun) juga boleh menyerap bauan tak sedap. Bungkus serbuk kopi dalam kain atau masukkan dalam bekas kemudian letak di dalam kereta.

7. Letakkan semangkuk serbuk penaik (baking soda) di dalam kawasan yang berbau kurang enak. Bau durian itu juga akan hilang diserap.

8. Letakkan bekas cuka di dalam kawasan yang berbau kurang enak. Cuka akan mengurangkan bau tersebut.

9. Masukkan semua durian dalam bungkusan beg plastik dua atau tiga lapis kemudian ikat ketat-ketat sebelum letak di dalam bonet keret. Selepas itu buka semua tingkap kereta semasa memandu, jangan pasang pendingin hawa. Biarkan udara memasuki kereta anda itu.

20 Januari 2013

Info Kesihatan : Punca Cepat Lapar



As Salam.. Mak Ngah nak kongsi satu Info Kesihatan ni ..

Pasti anda pernah mengalami situasi di mana walaupun anda baru sahaja selepas makan, anda amat cepat untuk berasa lapar kembali.Ini akan membuatkan anda untuk makan banyak kali. Ia tidak baikuntuk penjagaan kesihatan. Jadi, apakah punca yang menyebabkanmasalah ini?

(1) Minum terlalu banyak minuman manis- Hasil daripada kajianoleh University of California di San Fransisco mendapatibahawa kandungan gula boleh 'menipu' otak terhadap keinginan untuk makan lebih banyak. Ia menghalang hormon leptindaripada memberitahu otak bahawa anda telah mendapatkan makanan yang secukupnya.

(2) Makan makanan bertin- Makanan di dalam tin terdedah kepada bahan kimia seperti bisphonel-A atau BPA, yang turut mempengaruhi hormon leptin seseorang. Ia akan menyebabkan seseorang untuk makan banyak kali dan juga dikatakan sebagaipunca terhadap masalah obesiti.

(3) Sarapan pagi yang tidak mencukupi- Hasil kajian terhadap 6746 orang selama empat (4) tahun mendapati bahawa seseorangyang mengambil 300 kalori pada sarapan pagi akanmeningkatkan pertambahan berat badan sebanyak dua (2) kaliganda berbanding orang yang mengambil 500 kalori. Ini kerana sarapan pagi yang tidak mencukupi akan menyebabkanseseorang untuk makan banyak kali sepanjang hari.

(4) Tidak makan sayur-sayuran- Khasiat di dalam sayur-sayuran boleh membantu untuk,seseorang berasa kenyang lebih lama dan ini dapat mengelakkan anda daripada makanbanyak kali.

(5) Tidak minum teh kurang gula- Hasil daripada kajian mendapati bahawa seseorang yangminum teh kurang gula selepas makan akan membuatkan mereka berasa lebih kenyangdan secara tidak langsung dapat mengelakkan anda daripada makan banyak kali.

(6) Kurang minum air masak- Tubuh badan yang kurang air akan menyebabkan seseoranguntuk makan lebih banyak kerana ia meningkatkan tahap kelaparan seseorang.Sebaiknya, sebelum makan anda perlu minum air masak terlebih dahulu.

(7) Kebosanan- Hasil daripada kajian penyelidik Flinders University, Australia mendapatibahawa kebosanan akan meningkatkan keinginan seseorang untuk makan lebih banyak.


SEKIAN



Port Mak Ngah Skodeng !