18 Julai 2009

Kasih rindu yang kebas ( pena)

Apakah terpesong sudah rindu serta sayang ku padamu..
Ternyata kehadiran yang baru..
Membuat ku keliru..
Rindu yang kian lama terpasak makin longgar..

Apakah ku telah membuat nistanya cinta..?
Adakah ku terjerat didalam jaga..?
Atau ini untuk menduga..
Kini ku mula terasa sengal dilembah tandus..

Bersama skrip melodi yang semakin lesu..
Ku mula mencari rentak irama..
Yang semakin hilang tempo..

Kasih rindu telah menjadi kebas..
Se akan ku hilang identiti..
sekian lama terperap dalam halunisasi..
Rasa ngeri mula menyelinap dalam diri..

~ pEnA ~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Port Mak Ngah Skodeng !