14 Februari 2014

Kini Nabila Huda Mahu Hidup Tenang Tanpa Glamor

Nabila Huda
PETALING JAYA: Pelakon Nabila Huda mengakui populariti bukan lagi perkara penting dalam karier seninya ketika ini tetapi dan ingin menjalani kehidupan normal serta hidup lebih tenang seperti orang lain.
Nabila atau nama sebenarnya Nabila Huda Suhaimi, 30, bagaimanapun berkata, dia tidak pernah berniat untuk meninggalkan dunia lakonan kerana bidang itu adalah minatnya sejak dahulu lagi.
"Sejak kecil saya sudah hidup dalam dunia glamor kerana pengaruh bapa dan kini ia bukan lagi tumpuan saya kerana saya ingin menjalani kehidupan normal seperti orang lain tanpa sebarang gangguan," katanya kepada mStar Online.
Pun begitu, Nabila mengakui, kehidupannya kini lebih tenang dan bahagia di samping anaknya, Keisha Laila yang kini berusia empat tahun.
Dalam pada itu, Nabil berkata, dia mengambil keputusan untuk tidak lagi bercakap mengenai soal peribadi dan cinta secara terbuka seperti mana sebelum ini.
Dia bukan serik untuk berbicara soal tersebut tetapi sudag letih untuk menjawab segala pertanyaan soal cinta selain bimbang ia mungkin akan disalah erti oleh sesetengah pihak.
"Pada tahap ini saya sudah letih untuk berkongsi cerita peribadi terutama soal cinta kerana ia tiada kena mengena dengan kerjaya saya sebagai pelakon.
"Kadang-kadang jika kita terlalu berfikiran terbuka juga ia mungkin menyebabkan sesetengah pihak akan memandang serong dengan kenyataan yang diberikan," katanya.
Dalam perkembangan lain, Nabila berkata, dia kini sedang sibuk dengan penggambaran drama arahan Erma Fatimah berjudul Kau Laksana Bulan dan Di Atas Kertas.
mStar Online

Bayi di negeri Mexico dilarang diberi nama Robocop

SALAH satu adegan yang menunjukkan pelakon Joel Kinnaman memakai kostum Robocop dalam filem terbaharu Robocop.

BANDAR RAYA MEXICO - Ibu bapa di negeri Sonora, barat laut Mexico tidak dibenarkan untuk menamakan anak mereka dengan nama Robocop, Twitter, Yahoo, James Bond, Terminator dan Rambo.

Robocop, Terminator dan Rambo merupakan nama watak yang terkenal dalam filem keluaran Hollywood.
Turut diharamkan ialah nama bahagian yang terdapat dalam kemaluan lelaki iaitu scrotum.
Anak-anak di negeri itu juga dilarang menggunakan nama Facebook, US Navy, Virgin, Hitler, Harry Potter, Email, Burger King, Chrismas dan band rock terkenal, Rolling Stone.
Nama-nama itu terkandung dalam senarai 61 nama yang tidak boleh diberikan kepada kanak-kanak.
"Ia bertujuan untuk melindungi kanak-kanak," kata Pengarah Pejabat Pendaftaran Awam Sonora, Cristina Ramirez. 
- Reuters(KOSMO!)


Fizo Omar Larang Isteri Berlakon

Fizo Omar dan isterinya Mawar
PETALING JAYA: Pelakon Fizo Omar mengakui memberi galakan kepada isterinya Mawar Abdul Karim, 25, untuk menceburi bidang penyiaran sebagai seorang pengacara.
Fizo atau nama sebenarnya Wan Hafizol Wan Omar, 29, berkata, penglibatan tersebut secara tidak langsung dapat membantu mempromosikan lagi perniagaan tudung milik isterinya iaitu jenama Fareeda.
"Kami ditawarkan jadi pengacara selepas berkahwin untuk sebuah program kesihatan berjudul Cergas Jelita di RTM yang akan bersiaran tidak lama lagi.
"Saya menggalakkan dia menceburi bidang ini kerana ia satu bonus untuk dia mempromosikan perniagaan tudungnya. Dia juga ada mendapat beberapa tawaran pengacara di sebuah stesen televisyen," katanya kepada mStar Online.
Tambah Fizo, Mawar juga ada mengambil kelas untuk mempelajari bidang pengacaraan secara profesional.
Bagaimanapun, Fizo berkata, dia tidak membenarkan isterinya itu menceburi bidang lakonan.
"Kalau jadi pengacara sahaja saya galakkan kerana ada kepentingan tetapi berlakon mungkin tidak.
"Mawar sendiri sibuk dengan perniagaannya dan tidak mempunyai masa untuk berlakon. Dia setuju untuk jadi pengacara pun kerana dipujuk," katanya.
Sementara itu, mengulas tentang kehidupan berumah tangga, Fizo berkata sejak bergelar suami hidupnya lebih bahagia dan terurus.
Namun, pasangan ini mengakui masih lagi menunggu rezeki untuk mendapatkan cahaya mata.
"Alhamdulillah, rezeki selepas berkahwin perniagaan kami semakin berkembang dan Hot Burger saya sudah bertambah cawangan, begitu juga tudung Fareeda.
"Cuma buat masa ini belum lagi ada rezeki untuk menambah ahli keluarga baru sahaja," ujarnya.
Fizo berkahwin dengan anak kepada pengasas tudung jenama Fareeda itu pada 10 November tahun lalu.
mStar Online

13 Februari 2014

Padah bapa rakam anak tengah mandi

Tertuduh melarikan diri bagi mengelakkan gambarnya dirakam media.

AYER KEROH - Padah merakam adegan anak perempuannya sedang mandi, seorang pekerja kilang dijatuhi hukuman penjara enam hari dan denda RM1,400 oleh Mahkamah Majistret di sini, semalam atas pertuduhan memiliki rakaman video lucah.

Hukuman itu diputuskan Majistret Syajaratudur Abd Rahman terhadap tertuduh yang berusia 40 tahun selepas mengangguk faham dan mengaku bersalah pertuduhan kes yang dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nabilah Nizam.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didapati memiliki sebuah telefon bimbit jenis Sony Ericson W5801 yang mengandungi rakaman video lucah di sebuah rumah di Jalan Pulau Gadong, Klebang Besar kira-kira jam 2.30 pagi pada 24 Januari lalu.

Mengikut fakta kes, pada hari kejadian, isteri tertuduh mengambil telefon bimbit milik tertuduh daripada anak lelaki mereka berusia empat tahun, kemudian mendapati terdapat rakaman video anak perempuan mereka berusia 12 tahun sedang berkemban sambil menggosok gigi untuk mandi.

Sebelum ini, isterinya juga pernah melihat rakaman anak perempuan mereka itu sedang tidur tetapi dipadam tertuduh, bimbang perkara lebih buruk berlaku wanita berkenaan membuat laporan polis.

Peguam Ishak Kari yang mewakili tertuduh ketika rayuan memohon mahkamah supaya menjatuhkan hukuman ringan terhadap anak guamnya yang telah insaf.

“Tertuduh hanya bekerja kilang dengan pendapatan kurang RM1,000 dan perlu menanggung anak serta ibu bapa, saya memohon supaya mahkamah menjatuhkan hukuman rendah terhadapnya,” katanya.

Bagaimanapun, Nabilah meminta mahkamah memberikan hukuman setimpal sebagai pengajaran selain mengambil kira faktor tindakan tidak bermoral dilakukan tertuduh terhadap anak sendiri.

Selepas mendengar rayuan dan hujah pihak pembelaan dan pendakwaan, Syajaratudur kemudian memerintahkan tertuduh dipenjara selama enam hari dari tarikh ditangkap pada 5 Februari lalu dan denda RM1,400 atau tiga bulan penjara jika gagal membayar denda.


Sinar Harian

Liyana Jasmy takut bersalin ?

Liyana Jasmy
PETALING JAYA: Pelakon dan penyanyi Liyana Jasmay mengakui semakin berdebar dan takut untuk melalui hari kelahiran cahaya mata pertama yang dijadualkan Mei depan.
Liyana, 26, berkata, dia sering melakukan senaman yoga dan menonton video yang dapat membantu memudahkan proses melahirkan bayi.
"Perasaan semakin berdebar dan semakin takut kerana kalau boleh saya ingin melahirkan bayi ini dengan cara normal.
"Pada usia kandungan yang sudah mencapai tujuh bulan ini, saya sering buat senaman yoga bagi mendapatkan pernafasan yang betul dan ada juga menonton YouTube tentang cara-cara orang bersalin," katanya ketika ditemui pada sidang media pelancaran single nyanyiannya bersama Shaheizy di Talent Lounge, Damansara Perdana, di sini, Rabu.
Single berjudul Bangun itu dihasilkan untuk kempen Nescafe On Sam.
Dalam pada itu, Liyana bersyukur proses kandungannya berjalan lancar dan tidak menerima sebarang alahan yang teruk.
Tambahnya, segala persiapan untuk menyambut kelahiran bayi tersebut sudah dilakukan.
"Barang-barang bayi semua sudah ada, malah mungkin terlebih dari cukup sebab saya sering membeli secara online.
"Baju dan barang-barang bayi sama mahalnya dengan barang orang dewasa tapi sekarang saya sudah tidak fikir belanja untuk diri sendiri sebaliknya banyak untuk anak yang bakal lahir ini," katanya yang enggan berkongsi jantina bayi tersebut.
Tambah Liyana, dia akan mengadakan kenduri doa selamat sebelum bersalin.
Sementara itu, bercakap tentang kerjaya, Liyana berkata, dia akan kembali aktif dalam bidang lakonan dan nyanyian selepas bersalin kelak.
"Selepas bersalin saya akan kembali berlakon dan sibuk dengan promosi dua filem yang akan keluar iaitu Sindiket dan Isyarat Cinta, yang mana masa untuk menghabiskan kerja yang tertangguh sepanjang mengandung ini.
"Selepas semuanya selesai barulah saya berehat untuk seketika bagi memberi perhatian sepenuhnya kepada bayi untuk membolehkan dia membesar dahulu," katanya.
Liyana berkata, suaminya, Fathuddin Mazlan tidak pernah menghalang apa juga keputusannya terhadap kerjayanya.
mStar Online

12 Februari 2014

Kes Nirmala Bonat "Saya cuba melawan ketika seterika diletak pada payudara" - Nirmala

Nirmala Bonat 

KUALA LUMPUR 11 Feb. - Pembantu rumah warga Indonesia, Nirmala Bonat memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa dia cuba melawan apabila majikannya, Yim Pek Ha meletakkan seterika panas pada payudaranya, 10 tahun lepas.

Nirmala, 29, berkata demikian ketika disoal peguam Chan Vy Sing, yang mewakili Yim dan suaminya, Hii Ik Tiing dalam perbicaraan hari kedua kes saman yang difailkan terhadap mereka kerana mendera dan mencederakannya dengan seterika dan air panas.

Nirmala berkata, dia juga sempat memegang tangan suri rumah itu dan tindakannya menyebabkan kedua-dua belah tangannya turut terkena pada seterika berkenaan, namun dia tidak cuba mengambil seterika itu daripada tangan Yim.

Jawapan ibu kepada dua orang anak lelaki itu dipertikai peguam Chan kerana di prosiding terdahulu di Mahkamah Sesyen di sini, Nirmala menyatakan dia hanya berdiri dan mengikut arahan serta tidak melawan ketika Yim meletakkan seterika pada payudaranya.

Nirmala juga tidak bersetuju apabila Chan menyatakan apa yang diceritakannya pada mahkamah hari ini adalah bercanggah dengan apa yang diceritakan lapan tahun lepas ketika prosiding di Mahkamah Sesyen.

Wanita itu juga tidak dapat mengingati sama ada dia ada memberitahu pihak polis mengenai kecederaan pada tangannya, selain tidak dapat mengingati sama ada luka itu dimaklumkan kepada dua orang doktor yang pernah menemubualnya.

Chan: "Saya cadangkan kamu menganggap luka pada tangan akibat terkena seterika adalah tidak penting dan disebabkan itu kamu tidak memaklumkan perkara ini dalam laporan polis yang dibuat pada 2004?"
Nirmala: "Saya tidak bersetuju."

Chan: "Saya cadangkan jawapan yang diberikan oleh kamu dalam pernyataan saksi di mahkamah hari ini bahawa kamu cuba menghalang Yim daripada meletakkan seterika panas dengan kedua-dua belah tangan hanyalah rekaan bagi menuntut ganti rugi dalam kes saman kamu?"

Nirmala: "Saya tidak bersetuju."

Wanita Indonesia itu juga tidak bersetuju dengan Chan apabila peguam itu berkata, dia (Nirmala) pernah memberitahu majikan bahawa luka pada tangan itu berlaku akibat tidak disengajakan olehnya.


Pada 28 Januari 2010, Nirmala memfailkan saman terhadap Yim, 46, dan Hii, 48, selepas mendakwa didera dan dicederakan beberapa kali oleh Yim, antaranya dengan menggunakan seterika panas yang dilekapkan pada badannya pada Jan 2004.


Wanita itu, yang diambil bekerja sebagai pembantu rumah kepada pasangan terbabit yang tinggal di Villa Putera, Jalan Tun Dr Ismail di sini pada Sept 2003, mendakwa Hii pula telah gagal menghalang isterinya daripada mencederakannya serta gagal memberikannya rawatan perubatan yang sewajarnya.


Nirmala menuntut ganti rugi am bagi kesakitan dan penderitaan yang dialaminya serta ganti rugi khas lebih RM40,000 bagi kehilangan pendapatan, perbelanjaan perubatan dan perbelanjaan lain yang akan ditaksirkan oleh mahkamah.


Pada 1 Oktober 2012, Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang menjatuhi hukuman penjara 12 tahun terhadap Yim, yang didapati bersalah atas tiga pertuduhan mencederakan Nirmala.


Perbicaraan di hadapan Hakim Siti Khadijah S.Hassan Badjenid bersambung esok.

 - BERNAMA(Utusan)

Keguguran Tidak Buat Dira Serik Untuk Mengandung

Dira Abu Zahar
PETALING JAYA: Pelakon Dira Abu Zahar menyifatkan kandungannya gugur pada November tahun lalu sebagai pengajaran untuk dia lebih berhati-hati pada masa hadapan.
Dira atau nama sebenarnya Khaidhirah Abu Zahar, 30, berkata, dia juga tidak serik untuk melalui proses sebagai wanita mengandung semula kerana terlalu menginginkan anak bersama suaminya Mohd Helmi Mohd Yusof.
"Saya memang dah berniat mahu anak pada tahun ini. Wanita mana yang tak kecewa apabila terpaksa melalui proses keguguran.
"Tetapi saya tak serik kerana ia mengajar saya untuk lebih berhati-hati mengenai perubahan yang dialami," katanya kepada mStar Online.
November tahun lalu, Dira disahkan keguguran di mana dia sendiri tidak sedar mengalami masalah itu memandangkan proses kitaran haidnya berjalan seperti biasa setiap bulan.
Kejadian berlaku ketika Dira menjalani penggambaran program Terengganu ku bersama Zizan Razak.
Tambah Dira, dia juga menambah bilangan anak kerana berasa puteri sulungnya iaitu Anggun, 7, yang merupakan anak hasil perkahwinan terdahulunya dengan Tengku Shafiz-Rullah Tengku Mohd Shahid (bercerai pada 8 April 2010) sudah perlu mempunyai seorang adik sebagai peneman.
"Saya lihat Anggun makin selesa sendiri dan itu sangat merisaukan saya kerana dia tidak suka berkongsi.
"Malah apabila ditanya adakah dia mahukan seorang adik, dia langsung tidak berminat. Keadaan itu membuatkan saya lagi mahukan anak agar Anggun dapat belajar erti berkongsi tidak kira dalam segala hal," ujarnya.
Dira bernikah dengan Mohd. Helmi yang juga pengarah fotografi pada11 November 2011 di Merlimau, Melaka.
Sementara itu, mengenai perkembangan terbaharu, Dira bersama peminatnya, Azura akan tampil menerusi program Fear Factor Malaysia bersama 15 pasangan peserta lain.
Rancangan itu akan mula bersiaran pada setiap Sabtu, pukul 9 malam bermula 15 Februari ini menerusi saluran Astro Ria (104).
mStar Online

Mudah gemuk jika ada kereta, komputer

Washington: Orang yang memiliki kereta, televisyen dan komputer di rumah tetapi tinggal di negara berpendapatan rendah mempunyai kemungkinan lebih besar untuk menjadi gemuk berbanding mereka yang tidak memiliki kemudahan berkenaan, kata penyelidik.

Makan lebih banyak, duduk tanpa melakukan senaman dan selalu memandu adalah punca mengapa mereka ini menambah berat badan dan menyebabkan terdedah kepada risiko kencing manis, kata penyelidik. 


Hasil kajian 

Hasil kajian dalam Jurnal Perubatan Kanada itu menyatakan rakyat di negara yang meniru gaya hidup Barat perlu berhati-hati bagi mengelak bahaya kesihatan.

“Dengan meningkatnya kemudahan di zaman moden ini seperti televisyen, kereta dan komputer, kadar obesiti dan kencing manis juga semakin meningkat di negara berpendapatan rendah dan sederhana sama seperti di negara berpendapatan tinggi,” kata penulis Scott Lear dari Universiti Simon Fraser. 

“Ini boleh membawa kepada potensi masalah kesihatan yang besar di negara ini.”


 -AFP

11 Februari 2014

Isteri Muda Ashraf Muslim,Wan Sakinah jelas isu tayang perut

Wan Sakinah

AWAL minggu lalu, isu tayang perut atau ‘baby bump’ oleh isteri kedua pelakon Ashraf Muslim telah menarik perhatian ramai.

Tindakan Wan Sakinah memuat naik sekeping gambar ‘baby bump’ itu ke laman Instagram milikinya, nyata mengundang pelbagai reaksi daripada orang ramai.

Lebih mengejutkan ada di kalangan mereka menyifatkan tindakan Sakinah itu keterlaluan kerana gambar perut yang ditayangkan itu agak kurang manis dan mungkin menyinggung perasaan madunya, Dayana.

Melihatkan keadaan itu, Sakinah tidak berdiam diri malah tampil menjelaskan perkara yang sebenar di mana bukanlah niatnya untuk menayang sebaliknya sekadar berkongsi rasa teruja dengan kehamilannya itu.

“Salam untuk sahabat, stalkers & haters. Maaf pasal gambar 'tayang perut' saya ini.

Terlalu teruja tengok perut boyot sebab itu upload.

"Bukannya nak show off kerana orang lain juga mengandung.

"Sebelum ini, pantang perut buncit saya akan ke gym, jogging, senaman.

"Tapi sekarang rasa lain, bila tahu hamil seronok tengok perut membesar," antara katakatanya menerusi laman sosial tersebut.

Sebagai insan biasa, kita seharusnya mendoakan kebahagiaan mereka dan bukannya meruntuhkan masjid yang telah terbina.

Senang cerita, buang yang keruh dan ambil yang jernih.

sinarharian

Pasangan Malaysia Di Sweden Didakwa Pukul Anak

Azizul (kanan) bersama isterinya, Shalwati.

PETALING JAYA: Pendakwaan kes terhadap pasangan Malaysia, pegawai Tourism Malaysia, Azizul Raheem Awalludin dan guru Shalwati Norshal, yang dituduh memukul anak mereka, telah difailkan di mahkamah di Stockholm, lapor laman web berita Sweden berbahasa Inggeris.

The Local melaporkan pada Isnin bahawa pendakwa kes, Anna Arnell telah memfailkan pendakwaan itu atas serangan dan pencabulan integriti anak pasangan itu.

"Dalam penghakiman saya, maklumat yang diberikan oleh anak-anak mereka menerusi soal siasat secara rakaman video boleh dipercayai," kata Arnell dalam satu kenyataan.

"Bersama-sama dengan bukti lain yang disertakan, seperti saksi dan barang-barang yang telah disita dari rumah mereka, terdapat alasan yang munasabah untuk pendakwaan ini," katanya.

Perbicaraan ditetapkan bermula pada 18 Februari depan dan dijangka berlangsung selama 10 hari.

Peguam bela kepada ibu kesemua empat beradik itu memberitahu laman web berita dalam talian tersebut bahawa Shalwati berasa lega apabila pihak pendakwaan akhirnya membawa pendakwaan yang dia kini akan dapat membuktikan dia tidak bersalah.

"Dia telah menunggu masa yang lama untuk saat ini, ia adalah satu masa yang sukar baginya di dalam penjara, tetapi dia kini percaya segala yang berlaku ini akan berakhir," kata peguam Shalwati itu, Kristofer Stahre yang dipetik sebagai berkata.

"Adalah sukar untuk membuat spekulasi atas apa yang akan berlaku, tetapi sudah tentu saya berharap anak guam saya akan dibebaskan. Dia tidak melakukan apa-apa pun seperti yang didakwa," tambah Stahre.

mStar Online

Port Mak Ngah Skodeng !