12 Januari 2010

Aku bicara tentang rindu kasih dua hati

Ku lalui rona rona kehidupan yang sukar..
Antara memilih kasih dua hati..
Tidak kan terlerai dua jiwa yang berpadu..
Sesahnya merindu yang sering bertamu..
Dihati ini..

Takkala malam mendatang..
Takkala dinihari dibalut sepi..
Takkala pagi membuka tirai..

Ku dakap rindu yang teramat..
Takkan terabai rindu yang memaksa..
Takkan gundah hati yang luka..
Namun rindu kasih dua hati ku semakin erat..

Ku titip rindu semalam yang bungkam..
Agar segar dihari ini untuk menjadi semekar rindu yang mencengkam..

Tika rindu manjadi pilu..lesu dan sepi..
Ku asuh erat rindu kasih dua hati..
Agar...
Ku fahami betapa sukar untuk ku lerai...
Setelah ku dakap kasih dua hati..

09 Januari 2010

Bila kasih tidak setara

Bila kasih tidak setara..
Ada hati yang sengsara..
Dipanah duka berolah cerca beralas nestapa..

Kini kasih mula mencari sedikit tawa gembira..
Dalam dunia yang semakin tua..

~ 09/01/2010 ~ biCara malam

06 Januari 2010

Sepi Sang Suami

Suram malam waktu pungguk menjadi kalut..
Sepi Sang suami mula menjenguk hiba..
Belaian si isteri menghambar rasa..

Lantas Sang Suami mencari jalinan pesanan ringkas..
Sang Suami sanggup menjadi teman sepi untuk si dara..
Sanggup merawat segala duka si Janda..

Si isteri mula dapat meneka..
Ada maksud yang tercela..

Tercetus hubungan ilusi..
Yang bisa meruntuh sanubari..

Terfikir Sang Suami siapakah yang bersalah..
Si isteri si dara atau si Janda..

Si isteri mula mencari apa yang tidak setara..
Sang Suami terus berdegil untuk memburu,melawat dan menjadi pelawat..

11/08/2007

03 Januari 2010

Semalam yang kalut

Dalam meniti hari hari yang mendatang..
Teringat semalam yang ku tinggalkan..
Bersama kenangan hambar..
Bersama ingatan pudar..

Semua cerita semalam ku tinggalkan..
Cuma secebis kisah ku simpan dalam lipatan memori..

Yang pasti..
Semalam dah berlalu..
Esok belum tentu..
yang ada cuma sekarang

~ Sis Garlic ~

01 Januari 2010

Edaran zaman ( selamat tahun baru )

Usah dipasak..masa terus jua beredar..
Di bentak..masa berlalu jua..

Andai ada mesin masa itu pasti angan yang bakal hilang kuasa..
Berbilang tahun muncul..azam berlumat..
Helaian daunan luruh gugur helai demi helai..
Masa terus berlagu dan berlalu..

Selamat tahun baru 2010

30 Disember 2009

Rindu tak kan kalis

Kini gerhana dihatiku tiada lagi..
Setelah hasad ku lontar disebalik tabir keinsafan..
Dulu aku rebah..sempat ku capai dahan pepohonan yang kukuh..

Kebahagiaan yang ku garap bakal menjelma..
Takkala ada hati yang mengerti dan memahami..
Ada hati yang mengharap..ada cinta yang berpanjangan..
Antara sebalik tirai rindu yang punya ketelusan..
Ku berjanji moga rindu itu tidak mengalami kepupusan..
Agar bersemi kasih sayang..lantas menjadi bunga mewangi..
Sementara roh masih bersama jasad..yang belum terpisah..

Ternyata kehebatan cinta mu..rindu mu..kasih sayang mu..
Temetri didalam jiwa ku..
Tidak kan cinta menjadi kalis..
Tidak kan jua rindu membeku..
Kerana semua ini telah menunjang didalam hati ku..

~ peNa ~

29 Disember 2009

Memo untuk kekasih

Kepada :- Yang dirindu
Daripada :- Yang merindu
Salinan kepada :- Bicara malam
Tarikh :- 06hb Disember 2006

Perkara :- RINDU KU SEMAKIN MENDALAM

Adalah dimaklumkan..ingin ku nyatakan kerinduan ini..

Bersama memo ini ku nyatakan..ku terlalu merindui mu..

Takkala neon dinyala..rindukan semakin mendalam..ketara antara celahan rindu terselit kesyahduan..adakala menjadi sebak..

Sayang..betapa sesahnya bila ku berada dikemelut rindu ini..Terlalu sesak untuk ku nyatakan rindu ini..Kertepaksaan ku langsungkan bersama memo ini..

Sekian Terima Kasih


Yang merindu



( Perindu malam )

24 Disember 2009

Sayang

SAYANG ......
Aku mengapai se olah apa yang ku capai tidak tercapai

SAYANG ......
Aku merindu se olah apa yang ku rindu tidak kan ke temu

SAYANG ......
Aku mengharap se olah apa yang ku harap tidak tergarap

SAYANG ......
Aku berpesan se olah apa yang ku pesan tidak berkesan

..Dan kini aku tersedar rupa nya aku hanyut di udara...

~ peNa ~ 2008

20 Disember 2009

Rindu bersama Pingu` Alaska

Sayang...

Ku kutip rindu rindu yang masih berbaki..
Kan ku himpun bersama memori..
Dan kusimpan jauh disudut hati..

Sayang..

Aku lah perindu sepi yang masih berlabuh..
Di pelabuhan ini sambil menunggu hujan teduh..

Sayang..

Aku ingin berlayar lagi bersama Camar menghiasi dada laut..
Dan akan ku tebar jala jala rindu disepanjang perlayaran ku..
Buat mu kekasih..

~ Pingu Alaska ~ Jerantut Pahang

19 Disember 2009

Baby kriStaL

Ku renung Lautan luas terbentang..
Ombak berkejaran menghempas pantai..
Meninggalkan kesan hakisan perasaan..
Ku susuri denai denai luka dipersisiran pantai derita..
Ada bayu berbisik hiba..
Menceritakan hati nan luka..

Sedang Sang Unggas berlagu pilu..
Mendendangkan resah sendu yang terbuku dikalbu..
Membuatkan hati ku semakin sayu..

Pepohon melambai lesu..
Membiarkan diri dibawa angin kesana kesini sesuka hati..
Seisi pantai meratap merintih..
Menatap keindahan yang kian terhakis..

~ Baby Kristal ~ Keratong Pahang

Port Mak Ngah Skodeng !