05 Februari 2014

Wan Sakinah: Bukan mahu 'show off'

Wan Sakinah

SUSULAN memuat naik gambar 'baby bump'nya di akaun Instagram sehingga mendapat pelbagai negatif reaksi masyarakat, isteri pelakon Ashraf Muslim, Wan Sakinah tampil menjernihkan keadaan.

Menerusi akaun Instagramnya, Wan Sakinah menafikan dirinya mahu “show off” atau menunjuk-nunjuk kepada masyarakat tentang kehamilannya itu.

Sebaliknya Wan Sakinah menjelaskan bahawa beliau hanya sekadar berkongsi rasa teruja dengan kehamilan pertamanya itu.

"Salam untuk sahabat, stalkers dan haters. Maaf pasal gambar yang menayangkan gambar perut saya itu. Terlalu teruja tengok perut boyot, itu yang membuatkan saya memuat naik gambar tersebut.

"Bukan niat untuk show off bagai. Saya tahu orang lain pun mengandung juga, tapi sebelum ini pantang naik perut sikit terus pergi gim, joging la dan sebagainya.

"Tapi sekarang rasa lain, apabila dah mengandung dan lihat perut membesar perasaan teruja sangat. Masa makan pun tak kira, asal lapar makan. Lagipun sebelum ini orang kata perut saya kecil, jadi bila hampir tujuh bulan dah besar dan dalam gambar lagi besar. Disebabkan itu saya muat naik," katanya.

Mengakui salah dalam hal ini, Wan Sakinah bagaimanapun memberitahu beliau tidak berniat untuk menyakiti hati sesiapa mengenai kehamilannya itu.

"Saya mengaku salah, tapi tak ada niat pun untuk sakitkan hati sesiapa. Apa pun, terima kasih atas teguran. Saya dah padam gambar itu.  

"InsyaAllah tak akan berlaku lagi memuat naik gambar bukan-bukan. Saya harap anda semua doakanlah kebahagian kami bertiga (Dayana, Ashraf & Sakinah). Doa anak yang bakal dilahirkn nanti jadi anak soleh dan solehah, yang sihat tubuh badan, cergas akal fikirannya," jelasnya lagi.

Untuk rekod, Wan Sakinah telah berkahwin dengan Ashraf di Thailand pada 7 Julai tahun lalu.


Sinarharian

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Port Mak Ngah Skodeng !