27 Februari 2014
Atasi alahan dengan makan gula-gula
KANAK-kanak lelaki yang mengalami alahan melampau ini hanya boleh mengambil gula-gula Glacier Mints sebagai makanan hariannya.
Keadaan itu disebabkan oleh penyakit eosinophilic enterocolitis dialami Finley Ranson, 3, yang menyebabkan dia tidak boleh menjamah sebarang makanan.
Menurut ibunya, Rhys, 27, anaknya akan mengalami pendarahan dalaman jika dia termakan makanan pejal kerana tubuh Ranson melawan objek di dalam sistem pencernaannya seperti virus.
Bagaimanapun, kanak-kanak tersebut diberikan nutrien sebanyak enam kali sehari melalui tiub khas yang disambungkan terus ke perutnya.
"Sejak lahir, Ranson menjalani 10 pembedahan untuk merawat penyakit gangguan makan tersebut," katanya.
Pada setiap tahun, sebanyak 3,650 gula-gula perlu diambil sebagai pengganti makanan pejal, laporan dipetik dari DailyMail.
Sumber
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan