Laporan Sinar Harian 5 Mac lalu.
Pemangku Ketua Polis Daerah Besut, Deputi Superintendan Noorzainy Mohd Noor berkata, suspek berusia 27 tahun dari Kampung Keluang, di sini itu ditahan di hospital tersebut selama sebulan untuk pemeriksaan lanjut.
Menurutnya, keputusan untuk mendakwa suspek yang dipercayai membaling naskhah al-Quran di Masjid Limbongan dan Masjid Nasaruddin Shah, Kampung Raja itu bergantung kepada pemeriksaan pakar perubatan psikiatri nanti.
Suspek yang bertindak membaling naskhah al-Quran dan Yasin di dua masjid di Kampung Raja, Besut.
“Suspek yang sebelum itu ditahan di sini selepas diberkas pada 4 Mac lalu didakwa mengalami masalah mental dan pernah mendapat rawatan sebagai pesakit mental sebelum kejadian itu,” katanya.
Dia yang bertugas sebagai pengawal keselamatan di sebuah institusi pendidikan di daerah ini itu dikatakan bertindak sedemikian pada awal pagi tarikh berkenaan.
Sinar Harian keluaran 5 Mac lalu menyiarkan penduduk di Kampung Limbongan dan Kampung Raja gempar apabila masjid mereka dicerobohi dan beratus-ratus naskhah al-Quran serta kitab dirosakkan selain dicampak di merata tempat.
Sinar Harian
Tiada ulasan:
Catat Ulasan