21 Januari 2014

Hanis Zalikha tolak pilihan keluarga?

Hanis Zalikha

BIARPUN masih baru, nama Hanis Zalikha bukanlah asing lagi dalam industri seni. Bermula sebagai model, nama gadis berusia 24 tahun ini menyerlah tatkala menjadi penulis blog.

Kini, Hanis juga antara pelakon dan pengacara yang sedang meningkat naik.

Biarpun jarang dihimpit kontroversi, namun sama seperti artis lain kehidupan peribadi Hanis juga turut menjadi perhatian ramai termasuklah hubungan rapatnya dengan aktor, Hairul Azreen.

Namun tatkala di tebak soal perkahwinan, Hanis berkata sekiranya dia mahu berkahwin, calon suaminya itu bukanlah dari pilihan keluarga.
Bagaimanapun tegas pengacara program Mad Markets ini, dia tetap akan mendapatkan restu ibu bapa dan keluarga terlebih dahulu sebelum mendirikan rumah tangga.

“Restu ibu bapa sangat penting. Dan kalau dalam sejarah keluarga saya, restu memang perkara nombor satu. Tapi tidaklah sampai keluarga yang kena pilihkan calon suami saya. Saya lebih suka pilih sendiri,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Di usik mengenai perkembangan hubungannya dengan Hairul, pemilik nama sebenar, Hanis Zalikha Zainal Rashid ini berkata, seperti biasa dia dan Hairul hanya berkawan.

“Saya tak nafikan dia lelaki yang rapat dengan saya sekarang. Saya selesa berkawan dengan dia kerana kami sekepala. Malah kami juga suka lakukan aktiviti lasak.

“Tapi buat masa ini saya belum bawa dia berjumpa keluarga lagi, namun ibu mengetahui saya berkawan dengan dia. Masih terlalu awal untuk bercakap lebih serius mengenai hubungan ini,” jelasnya.

Permulaan baik

Dalam pada itu, Hanis bakal mengendalikan acara karpet merah Anugerah Meletop Era (AME) yang akan berlangsung pada 8 Februari depan. Pada acara berkenaan, Hanis berganding bersama Aril.

Mengakui dia banyak menerima tawaran berlakon dan mengacara pada awal tahun ini, Hanis berharap ia akan menjadi permulaan yang baik buatnya.

"Alhamdulillah selepas Anugerah Blockbuster, saya sekali lagi di beri kepercayaan untuk mengendalikan karpet merah. Walaupun ada yang menganggap acara karpet merah hanya selingan, namun bagi saya ia tetap satu tanggungjawab yang besar.

"Lagipun AME julung kali diadakan. Acara karpet merah ini pula adalah permulaan kepada acara, jadi kalau mood karpet merah tu nampak suram, mesti penonton pun akan rasa tak minat nak nantikan acara sebenar.

"Selain itu, saya juga bakal terlibat dengan beberapa penggambaran drama dan televisyen. Alhamdulillah, permulaan tahun baru yang baik buat saya," ujarnya.

Hanis berkata, dia akan memasuki set penggambaran drama bersiri, Jodoh 2 yang akan menjalani penggambaran tidak lama lagi.

Lucunya ujar Hanis, dalam drama tersebut dia memegang watak sebagai Zara, seorang selebriti blogger yang mencari calon kekasih untuk dijadikan suami.

“Dalam drama tu karakter Zara sebenarnya tak jauh beza dengan karakter sebenar saya. Zara seorang blogger dan saya memang seorang blogger. Tapi saya akan cuba lari dari diri saya sendiri.

“Saya akan bawakan yang Zara ni seorang yang lebih lemah lembut berbanding dengan diri saya yang sebenar, seorang yang gila-gila," katanya yang baru sahaja selesai menjalani penggambaran telefilem arahan Michael Ang berjudul Patung.

Kredit : sinarharian

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Port Mak Ngah Skodeng !