Dalam kesejukkan malam kau muncul dalam bayangan.
Kau datang membawa sedikit cahaya..
tapi cukup untuk menerangi kamarku yang kegelapan ini yang dulunya sepi tanpa penghuni.
Rasa terpanggil untukku menemanimu kerana rindu yang terasa amat perit.
Pada malam yang kian sepi`kita di pertemukan lagi..tanpa wajah tanpa suara..cukup sekadar luahan rasa yang terpapar di skrin komputer.
.cukup buat penghilang rindu yang mendatang..
Dan di sini segalanya tercipta.Kehadiran tanpa di duga mengheretku antara detik dan kesepian malam yang dingin.
Tapi tetap hangat dengan hembusan nafasku dan kau masih bersamaku meredah suasana malam yang begitu menyenangkan..
Kerana di sini kita mula bertemu dalam satu ikatan kemesraan.
Antara rindu dan ceria..
Antara resah gelisah.
Antara senyum dan tangis.
Kau sentiasa menemaniku pada malam kegelapan dan subuh kedinginan.Tak pernah ku keseorangan...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan