28 Mac 2013

Hukum Karma

Helaian hari ku selak lagi..Ada titisan bening basah di pipi.Ada sesalan menghukum diri.
Tuhan selalu menjauh..
malang sering bertandang.
Jiwa telah sarat duka..
lemas dan cemas mencengkam rasa..
Aku berpaut di dahan rapuh..
Berpijak di tebing nan runtuh..
Sayang..
hulurkan tangan ehsanmu..
pinjamkan aku belas kasihmu..
izinkan aku berteduh di balik bayanganmu..
sedekahkan ku secebis kasih sayangmu.
Moga menjadi bekal untukku meneruskan sisa hidup ini..
Sayangku..
bersabarlah denganku seketika lagi kerana titik penamat hampir pasti..
Dan aku tak mampu bertahan lebih lama lagi di sini....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Port Mak Ngah Skodeng !