01 Ogos 2014
Tidur lama ganggu ingatan
NEW YORK 31 Julai Saintis menyatakan, individu yang tidur lebih daripada lapan jam sehari boleh mengalami gangguan tahap ingatan dan gagal membuat keputusan dengan baik.
Seorang profesor dari Universiti Phoenix Arizona, Shawn Youngstedt berkata, tempoh yang cukup untuk seseorang tidur adalah sebanyak tujuh jam.
Satu penyelidikan yang diterbitkan dalam Journal of Clinical Sleep Medicine menyatakan, manusia tidak perlu masa tidur yang lama seperti yang mereka sangkakan.
"Kebanyakan orang sekarang tidur lebih lama daripada yang diperlukan kerana menyangka mereka tidak cukup tidur," kata Profesor neurosaintis dari Universiti Longhborough, Jim Horne.
Horne berkata, kehidupan zaman moden lebih selesa berbanding berpuluh-puluh tahun sebelum ini, sekali gus membuatkan manusia tidak perlu tidur lebih lama.
"Berbanding seorang pekerja kira-kira 150 tahun lalu yang bekerja 14 jam sehari, enam kali seminggu dan pulang ke rumah yang sesak serta katil yang penuh dengan pijat, kebanyakan kita pada zaman sekarang mempunyai tidur yang cukup," katanya.
Satu kajian yang dijalankan ke atas hampir 9,000 orang berumur antara 50 hingga 64 tahun yang tidur kurang enam jam atau lebih lapan jam sehari didapati mempunyai daya ingatan yang merosot dan sering membuat keputusan yang teruk.
Sumber
31 Julai 2014
Haram 'selfie' di kubur
IPOH – Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria menyelar tindakan segelintir umat Islam yang bergambar atau lebih popular dengan gelaran ‘selfie’ di tanah perkuburan sempena sambutan Aidilfitri.
Katanya, perbuatan sedemikian tidak sewajarnya dilakukan dan boleh dikategorikan haram jika ia dilakukan dengan niat untuk berseronok.
“Tindakan sebegini sangat tidak wajar dilakukan, apatah lagi di tanah perkuburan. Sewajaranya ketika menziarahi kubur, ianya dijadikan iktibar dan bukannya untuk berseronok-seronok.
“Budak-budak sekarang ni tak faham dengan amalan ziarah kubur ini, malah amalan ini juga boleh jadi haram sekiranya terlalu ramai lelaki dan wanita bukan mahram bercampur gaul di tanah perkuburan itu,” katanya kepada Sinar Harian.
Beliau berkata demikian ketika mengulas tindakan sesetengah individu yang ber'selfie' di tanah perkuburan sempena Aidilfitri tanpa mengetahui tujuan sebenarnya ziarah ke tanah perkuburan.
Harussani berkata, masyarakat perlu memahami sedalam-dalamnya mengenai amalan atau tradisi menziarahi kubur pada setiap kali musim sambutan Hari Raya Aidilfitri atau Aidiladha.
Tan Sri Harussani Zakaria
Beliau berkata, tidak ada sebarang nas yang mewajibkan amalan serta tradisi berkenaan sempena sambutan hari raya kerana ianya boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja.
Malah menurutnya, amalan serta tradisi ziarah-menziarahi saudara mara serta rakan-rakan yang masih hidup adalah jauh lebih afdal dilaksanakan sempena sambutan hari raya.
“Hari raya adalah kemuncak ibadah dan sangat-sangat dianjurkan oleh Islam untuk kita saling ziarah-menziarahi satu sama lain dengan tujuan bermaaf-maafan dan menghubungkan silaturrahim sesama kita.
“Sebab itu kita juga digalakkan untuk berjalan kaki ke masjid menggunakan jalan lain dan balik pula menggunakan jalan lain; dengan tujuan agar kita boleh bertemu dengan lebih ramai orang sambil saling mengucap tahniah dan sebagainya,” katanya.
Bagaimanapun tambah Harussani, amalan berkenaan tidaklah menjadi satu kesalahan yang boleh menjadikan ianya haram dilakukan jika mengikut adab yang ditetapkan.
Sinar Harian
29 Julai 2014
Suka sama suka akhirnya cerai
KEBANYAKAN pasangan yang ingin bercerai merupakan perkahwinan atas dasar suka sama suka. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR – Percaya atau tidak kebanyakan perkahwinan zaman sekarang hanya mampu bertahan dalam tempoh kurang tiga tahun sahaja.
Dalam tempoh tiga tahun pertama merupakan jangka masa paling mencabar dalam perkahwinan tetapi ramai pasangan baharu mengambil keputusan singkat untuk bercerai sebagai jalan terbaik.
Dalam data Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia menunjukkan jumlah pasangan Islam yang mendaftar perceraian bawah usia perkahwinan tiga tahun pertama dari tahun 2008 hingga 2013 adalah 7,358 pasangan.
KOSMO!28 Julai 2014
Reka baju guna kondom sebagai kempen kesedaran AIDS
BERTINI membetulkan pakaian rekaannya yang diperbuat daripada beratus-ratus kondom.
Seorang pereka fesyen, Adriana Bertini telah mereka beberapa pakaian yang diperbuat daripada kondom sebagai kempen kesedaran AIDS.
Pakaian tersebut yang menggunakan beratus-ratus kondom dipamerkan dalam satu acara pertunjukan fesyen di Persidangan Antarabangsa AIDS di sini baru-baru ini dan dijual pada harga £170,000 (RM919,000).
Rekaan itu dihasilkan sempena dengan kempen kesedaran mengenai seks selamat dalam kalangan golongan muda yang ditampilkan dalam bentuk kreatif.
Rekaan itu bagaimanapun telah mendapat beberapa kritikan masyarakat yang menganggap ciptaan pakaian menggunakan kondom merupakan suatu yang menjijikkan. - Agensi
26 Julai 2014
Tak beraya di Kampung demi kucing
KHIRUL (kanan), bersama isteri, Yong mengusahakan kedai kucing.
Shah Alam: Atas dasar kasih terhadap kucing, sepasang suami isteri sanggup berkorban untuk tidak pulang beraya di kampung halaman sejak empat tahun lalu semata-mata mahu menjaga kucing yang dihantar ke pusat jagaan mereka ketika tuannya pulang ke kampung untuk menyambut Aidilfitri.
Yong Seluwati Alias, 39, dan suaminya, Khirul Ahmad Salfa, 32, menganggap kucing seperti anak mereka sendiri.
Yong Seluwati yang juga peguam berkata, idea untuk membuka pusat penjagaan kucing tercetus ketika Aidilfitri 2010.
“Pada ketika itu, saya mempunyai lebih 20 ekor kucing dan setiap kali balik kampung di Perak untuk perayaan, saya membelanjakan sekurang-kurangnya RM2,000 untuk ditinggalkan di pusat penjagaan kucing.

“Semakin hari, saya fikir kos akan meningkat jika kucing saya bertambah, jadi saya terfikir untuk membuka pusat penjagaan kucing,” katanya.
Yong Seluwati kemudian berbincang dengan suaminya untuk membuka pusat penjagaan kucing di Pusat Perdagangan Subang Permai iaitu Erul Catscare Place.
“Pada awal 2009, berbekalkan RM14,000 sebagai modal permulaan, secara rasminya pusat ini ditubuhkan dengan menyewa kedai dua tingkat RM2,800 sebulan.
“Di samping itu, kami juga menjual makanan, sangkar, kucing dan perkara berkaitan,” katanya.

Harian Metro
22 Julai 2014
Tidak berpuasa berjudi pula
ANGGOTA polis merampas ayam sabung.
Gombak: Lapan lelaki beragama Islam bukan hanya tidak berpuasa malah ditahan polis ketika leka bertaruh judi sabung ayam di kawasan Hutan Simpan Kampung Tengah Tambahan di sini.
Semua lelaki terbabit dikepung sebelum diberkas sepasukan polis daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak dalam serbuan mengejut jam 4 petang semalam.
Sumber polis berkata, kumpulan kaki judi itu dikesan sengaja mengikat pisau kecil pada taji ayam bagi memastikan seekor ayam yang bertarung mati akibat cedera.
Menurutnya, lapan lelaki membabitkan empat lelaki warga tempatan dan empat warga Indonesia berusia 27 hingga 48 tahun ditahan ketika sedang leka bertaruh sabung ayam.
Menurutnya, lapan lelaki membabitkan empat lelaki warga tempatan dan empat warga Indonesia berusia 27 hingga 48 tahun ditahan ketika sedang leka bertaruh sabung ayam.
“Setiap mereka datang ke lokasi itu dengan ayam sabung masing-masing. Pihak polis turut berjaya merampas lapan ekor ayam yang dijadikan modal pertaruhan.
myMetro
21 Julai 2014
Keluarga Syiah Bohra kena serbu
- Kesemua yang diperiksa di ruang tamu kediaman tersebut memberi kerjasama yang baik kepada penguatkuasa Jaip.
TEMERLOH – Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) merampas berdozen buku dipercayai zikir dari satu kumpulan yang sedang beribadat berzikir pada malam ‘Lailatul Qadar’ dipercayai fahaman Syiah Bohra dalam satu serbuan di sebuah kediaman di Mentakab di sini, awal pagi semalam.
Ketua Unit Operasi Jaip, Mohd Anis Mohd Azmi berkata, Jaip turut mengambil keterangan dan merekodkan maklumat peribadi 19 lelaki dan 13 wanita dalam serbuan jam 3 pagi itu tetapi tidak menahan mereka.
Menurutnya, serbuan dibuat atas aduan awam yang mengesyaki berlaku penyelewengan agama di kediaman tersebut dan dibuat selepas beberapa bulan risikan membabitkan beberapa jabatan dan agensi kerajaan.

“Apabila pemeriksaan dibuat di dalam rumah, seramai 19 lelaki dewasa dan 13 wanita dewasa, tiga kanak-kanak dan satu bayi berada di ruang tamu rumah teres dua tingkat itu.
“Mereka dipercayai sedang beribadat mengikut fahaman yang bertentangan dengan ahli sunnah iaitu fahaman yang berlainan dengan ditetapkan Jabatan Mufti Pahang, dengan maksud lain mereka melanggar atau menyalahi fatwa dikeluarkan Jabatan Mufti.
“Siasatan mendapati mereka mengaku mengamalkan Syiah Bohra, namun pihak Jaip terpaksa mengambil keterangan mereka dan merampas buku-buku zikir yang digunakan untuk dianalisis,” katanya, semalam.
Mohd Anis memberitahu, siasatan awal ke atas pemilik rumah dan individu yang berada dalam premis tersebut mengesahkan bahawa mereka berasal dari India selain mengakui mengamalkan fahaman Syiah Bohra sejak turun temurun lagi.
Beliau berkata, pemilik rumah tersebut juga mengakui mengamalkan Syiah Bohra tetapi tidak berdakwah dan hanya mengamalkannya dalam kalangan saudara mara terdekat.

Sinar Harian yang mengikuti operasi itu semalam turut diperkenalkan dengan sanak saudara pemilik rumah dan kebanyakan mereka adalah ahli perniagaan dan golongan profesional.
Mohd Anis berkata, mereka hadir ke kediaman itu untuk beribadat dan dipercayai berzikir kerana percaya malam tersebut adalah malam 'Lailatul Qadar' bersempena dengan pembunuhan Saidina Ali pada 21 Ramadan.
Katanya, Jaip akan memanggil semua yang berada di dalam rumah tersebut supaya tampil ke Pejabat Agama Islam Daerah (Paid) pada 23 Julai ini untuk memberikan keterangan.
Beliau berkata, siasatan dilakukan di bawah Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah 2013 Seksyen 15 iaitu menyalahi fatwa, Seksyen 17 memiliki dokumen yang bertentangan dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah dan Seksyen 18 memiliki buku, majalah dan lain-lain di dalam kawalan dan simpanan.
Menurutnya, jika sabit kesalahan ketiga-tiga seksyen itu memperuntukkan hukuman yang sama iaitu boleh dikenakan hukuman denda RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali.
Sinar Harian
19 Julai 2014
'Bonda pergi work, lepas tu kapal terbang bonda meletup'
Azrina Yakob
Itulah reaksi yang diberikan Akil Raif, 9, ketika ditanya pemberita mengenai ibunya.
Difahamkan suami Azrina, Mohd. Raflis Mohd. Tahir, 43, telah menceritakan kejadian yang menimpa isterinya itu kepada dua orang anaknya.
Azrina, 41, merupakan salah seorang daripada 298 mangsa yang terkorban dalam nahas pesawat MAS MH17 yang terhempas di Ukraine malam tadi.
Selain Akil Raif, hasil perkongsian hidup dengan Mohd. Raflis, Azrina turut dikurniakan seorang lagi anak, Arissa Raisha yang berusia tiga tahun.
Kakaknya, Azlin Yakob, 43, berkata kali terakhir beliau berhubung dengan adiknya itu menerusi aplikasi sosial WhatsApp yang menghimpunkan ahli keluarga terdekat.
Beliau berkata, setengah jam sebelum menaiki penerbangan, Azrina menghantar mesej memaklumkan dia sedang bersahur dengan makanan yang disediakan oleh pihak hotel tempatnya menginap.
Bagaimanapun waktu itu kami sekeluarga tidak memberikan respon terhadap kiriman mesej dan gambar yang dihantar oleh Azrina kerana sibuk menjalankan urusan seharian, selain menganggap itu adalah kiriman mesej biasa kerana dia memang suka bercerita pengalamannya di negara orang.
Sebelum ini juga Azrina ada bercerita mengenai persiapan raya kepada saya di mana dia mahukan adik bongsu kami menemaninya ketika pulang ke kampung halaman di Kedah kerana suaminya tidak bercuti panjang pada Hari Raya Aidilfitri nanti," katanya ketika ditemui pemberita di rumah adiknya itu di Sungai Pelek, di sini hari ini.
Selain itu, Azrina turut menyatakan hasrat untuk menukar duit raya, namun semua itu tidak kesampaian.
Azlin berkata, beliau tidak menyangka insiden itu akan menimpa mereka sekeluarga tambahan pula hanya tinggal lebih kurang seminggu sahaja lagi umat Islam akan menyambut Hari Raya Aidilfitri.
Kami sekeluarga pernah diselubungi kebimbangan selepas pesawat MH370 hilang kerana menyangka Azrina berada dalam penerbangan itu.
Bagaimanapun kerisauan itu tidak lama selepas dia memaklumkan kepada kami dia selamat dan tidak terbabit dalam penerbangan itu, insiden menimpa MH370 tidak pernah mematahkan semangat Azrina untuk terus bekerja sebagai pramugari, tambahan pula sudah 20 tahun dia bekerja dalam bidang tersebut dan kami menganggap dia betul-betul mencintai kerjayanya itu.
Namun, tidak sangka pula kali ini kejadian seumpama itu betul-betul menimpa adik saya dan mengejutkan kami semua terutamanya emak," katanya.
Beliau mengetahui perkhabaran duka yang menimpa adiknya itu selepas dimaklumkan oleh Mohd. Raflis tengah malam tadi.
Kami sekeluarga reda dengan ketentuan takdir, malah ibu juga cuba menyibukkan diri dengan membuat kerja rumah bagi menghilangkan kesedihan dialaminya walaupun sudah lewat malam," katanya.
Dalam pada itu, di Alor Setar, Kedah suasana pilu menyelubungi rumah ibu bapa Azrina di Kampung Kelompang, Alor Mengkudu ketika mereka bersiap sedia untuk bertolak ke Kuala Lumpur pagi ini.
Biarpun tampak redha dengan kejadian itu, ibunya, Habibah Ismail, 65, dilihat mengalirkan air mata apabila berpelukan dengan ahli keluarganya sejurus sebelum memulakan perjalanan.
Saya dan suami, Yakob Silam Sudin, 73, diberitahu mengenai kejadian ini oleh seorang anak saudara yang juga bertugas dengan MAS kira-kira 12 tengah malam semalam.
Jiran-jiran yang mendapat berita, turut menemani kami sehingga kira-kira 2 pagi bagi mendapatkan maklumat lanjut, kali terakhir kami berhubung melalui telefon minggu lepas," katanya.
UTUSAN
18 Julai 2014
Ahli Parlimen Israel mahu semua kaum ibu warga Palestin dibunuh
Ayelet Shaked (foto) berkata semua ibu kepada rakyat Palestin harus dibunuh di dalam konflik Israel dan Gaza.
Seorang ahli Parlimen Israel menimbulkan kontroversi apabila melabelkan semua rakyat Palestin sebagai pengganas dan menyeru agar semua kaum ibu Palestin dibunuh dalam konflik Israel-Palestin ketika ini.
Menurut satu laporan laman berita, PressTV, wanita yang bernama Ayelet Shaked itu berkata seruan dibuat kerana kaum ibu rakyat Palestin dikatakan telah melahirkan ‘ular-ular kecil’.
“Mereka harus dibunuh dan rumah-rumah mereka harus dimusnahkan supaya mereka tidak lagi melahirkan pengganas.
“Mereka musuh kita dan darah mereka perlu melekat di tangan kita. Ibu-ibu kepada pengganas yang sudah mati juga harus dibunuh," dia dengan angkuhnya diungkap sebagai berkata.
Kenyataannya tidak disambut baik oleh Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan yang menyifatkan pemikirannya sama seperti pemikiran Hitler.
“Adakah wanita itu seorang ahli Parlimen Israel? Apa perbezaan antara pemikiran dia dan pemikiran Hitler?” tanya Erdogan.
Konflik Israel-Gaza telah dikutuk oleh banyak negara termasuk Malaysia, yang inginkan ia ditamatkan segera.

aStro Awani
Mesut Ozil sedekah imbuhan kemenangan Piala Dunia kepada anak-anak Gaza
Pengumuman itu dibuat ditengah-tengah angka korban akibat serangan kejam rejim di Gaza meningkat kepada lebih 200 nyawa
TURKI: Pemain antarabangsa Jerman dan pemain lagenda kelab Inggeris Arsenal FC, Mesut Ozil mengumumkan akan mendermakan wang imbuhan hasil muncul juara Piala Dunia kepada anak-anak yang menderita di Gaza.
Pengumuman itu dibuat di tengah-tengah angka korban akibat serangan kejam rejim di Gaza meningkat kepada lebih 200 nyawa, menurut beberapa laman web termasuk WorldBulletin.net.
Pemain berketurunan Turki itu menerima habuan berjumlah RM646,000 untuk kemenangan pasukan Jerman di separuh akhir dan hampir RM1.2 juta wang bonus selepas muncul juara Piala Dunia 2014 dari Kesatuan Bola Sepak Jerman.
Itu tidak termasuk imbuhan sampingan lain yang diperolehi untuk setiap perlawanan yang dimenangi sepanjang temasya itu.
Portal itu juga melaporkan media-sosial turut hangat memperkatakan tentang Ozil yang dikatakan dilihat membaca ayat Al-Quran di padang sejurus sebelum perlawanan akhir menentang Argentina dan mengucapkan kesyukuran apabila Jerman berjaya muncul juara.
Ozil sememangnya tidak pernah lekang dari kontroversi sebelum ini apabila pernah enggan berjabat tangan dengan seorang pegawai FIFA ekoran pendirian pegawai itu yang menyokong Israel.

Langgan:
Catatan (Atom)