GAMBAR dipetik dari klip video menunjukkan Wut memijak kepala isterinya (kiri) sebelum menghempas badan wanita itu ke jalan
Seorang suami ditahan polis selepas satu rakaman video yang memaparkan aksi kejam lelaki itu menyepak dan memijak muka isterinya hingga pengsan tersebar di internet. Rakaman video selama 45 saat itu menunjukkan pasangan berkenaan bertengkar di tepi jalan di wilayah Samut Prakan dekat sini pada Rabu lalu.
Lelaki itu dilihat memukul isterinya sebelum menyepak muka wanita itu sehingga menyebabkan mangsa pengsan. Tidak cukup dengan itu, lelaki berkenaan memijak muka isterinya sebanyak tiga kali sebelum menarik kolar baju dan mencampakkan mangsa ke jalan.
Lelaki itu kemudian terus berlalu pergi dan membiarkan isterinya terbaring di tepi jalan. Aksi kejam lelaki itu dirakam seorang pengguna jalan raya yang kemudiannya memuat naik video berkenaan di Internet.
Video berkenaan menjadi viral dan ramai pengguna In ternet mengecam tindakan lelaki itu sebelum melaporkan kepada polis. Jurucakap polis Bunrit Chernchue berkata, siasatan polis mendapati wanita itu, Nongluck Churat, 41, yang cedera parah di muka dan kepala kini dirawat di hospital di Samut Prakan. Katanya, Nongluck memberitahu polis, dia dipukul suaminya, Wut Sompakdi, 45, selepas bertengkar di kedai makan.
“Susulan keterangan wanita itu kami menahan Wut yang berada dalam keadaan mabuk di rumahnya di daerah Phra Pradaeng. “Wut memberitahu dia memukul isterinya kerana mengesyaki wanita itu menjalinkan hubungan sulit dengan lelaki lain,” katanya.
Menurutnya, polis menahan lelaki itu dan bakal mendakwanya atas tuduhan menyerang dan menyebabkan kecederaan.
Sumber
Tiada ulasan:
Catat Ulasan