19 Mei 2014
Anak ketua pramugara kecam pengarah filem MH370
SHAH ALAM – Penghasilan filem The Vanishing Act di bawah arahan Rupesh Raul yang berkisar tentang misteri kehilangan MH370 dikecam hebat oleh anak Ketua Pramugara MAS, Andrew Nari.
Maira Elizabeth Nari berkata, beliau kesal dengan pembikinan filem yang disifatkan tidak sensitif dan menyinggung perasaan ahli keluarga krew MH370.
“Itu bukannya cara krew kabin pesawat bekerja, tidak apa-apa yang menyeronokkan untuk ditonton.
“Tolong fikirkan perasaan kami sebagai ahli keluarga mereka sebelum buat atau cakap sesuatu mengenai MH370,” katanya yang dipetik menerusi akaun mikro Twitternya, hari ini.
Buat masa ini, The Vanishing Act yang dilaporkan akan ditayangkan menjelang September depan sedang hangat dipromosikan di Festival Filem Cannes yang bakal berakhir pada 25 Mei ini.
Justeru itu, beliau menggesa kerajaan supaya mengambil tindakan ke atas pengarah filem terbabit.
Sinar Harian
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan