07 Julai 2009

Tangisan Ibu ( ManSlamber @ Rozman )


Sedetik pengalaman mimpi beralun paSrah..
Biarkan resah karam dalam sepi..
Melamar nostalgia semalam..
Demi inspirasi masih termisteri..
Dari belenggu hakikat tangisan ibu..

Betapa dalam perjanjian putih..
Istilah harmoni sesuci tangisan yang mahal meriak..
Hanya derita akrab memburu sentuhan naluri..
Di ufuk kepastian kasih ibu..
Apakah duka terhimpun..
Memaksa pengorbanan secarik mengundang duka dan tangisan..
Akan terhukum oleh sentuhan kecundang..

Mungkin menjanjikan keheningan melodi serjernih titisan embun..
Sepayah cinta di koyak lara..
Kini terbukti..
Tangisan ibu membawa kesyahduan hiba dan gembira..
Kehadapan terlafaz mencerminkan dilema doa terkunci abadi..

Tangisan ibu adalah tangisan doa buat ku..
Untuk terus berpijak dibumi yang nyata..
Kini segalanya pasti..
Dibumi Tuhan hanya ibu yang membawa kejalan bahagia..
Dulu ibu menangis kerana mendoakan ku..
Ibu menangis kerana ingin melihat ku membesar..
dan hidup bahagia..
Tapi kini ibu menangis lagi..
Menangis lagi kerana segala doa ibu dan tangisan ibu
selama ini telah dimakbulkan..
Sejurus itu ibu..

Kini tiba lah masanya untuk ibu menerima tangisan dari anakmu..
Tangisan terima kasih dari anakmu..
Terima kasih ibu..
Terima kasih kerana anakmu dapat melihat dunia ini
dengan penuh kesyukuran..
Aku takkan hampakan segala pengorbanan ibu selama ini..
InsyaAllah ibu..
Ku doakan agar ibu dirahmati Allah dunia dan akhirat..
Selamat hari Ibu buatmu ibu ku duni dan akihrat..

~ ManSlamber ~

( Puisi ini telah memenangi tempat pertama dalam bicara malam sempena Hari Ibu )

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Port Mak Ngah Skodeng !