29 April 2014

Janda dicekup bersekedudukan dengan kekasih

Seorang janda yang membawa anaknya ditahan kerana bersekedudukan dengan teman lelaki di sebuah hotel bajet di Taman Merdeka Permai, di sini, semalam.

BATU BERENDAM - Seorang janda yang sanggup membawa anak kecil untuk bersekedudukan dengan teman lelaki antara tujuh pasangan ditahan penguatkuasa dalam serbuan di sebuah hotel bajet di Taman Merdeka Permai, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 pagi, wanita berusia 33 tahun turut membawa anak lelaki lima tahun itu ditahan bersama pasangannya berumur 43 tahun ketika menghabiskan masa cuti hujung minggu ke negeri ini.

Terdahulu, pasangan tersebut yang berasal dari Kuala Lumpur cuba menyembunyikan status sebenar dengan mengaku sudah berumah tangga ketika disoal siasat polis sebelum diserahkan kepada penguatkuasa Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) yang mencurigai mereka.

Menurut sumber, kedua-duanya antara tujuh pasangan ditahan penguatkuasa Jaim kerana berkhalwat ketika serbuan dalam operasi bersepadu di tiga buah hotel bajet dua lokasi berasingan di Batu Berendam.

“Sebaik sahaja pintu bilik diketuk oleh anggota polis yang menyertai Ops Gejala Sosial berkenaan, seorang lelaki muncul di balik pintu dan mengaku sudah berkahwin dan mempunyai anak.

“Namun apabila kita membuat siasatan awal, mereka gagal menunjukkan bukti pernikahan dan kemudian mengaku baharu berkenalan serta belum berkahwin,” katanya di sini, semalam.

Sementara itu, Ketua Pegawai Penguat Kuasa Jaim, Rahimin Bani berkata, selain mereka terdapat enam pasangan lain berusia dari sembilan hingga 45 tahun ditahan kerana melakukan maksiat.

“Semuanya ditahan di bawah Seksyen 53 Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991 kerana bersekedudukan dan jika sabit kesalahan boleh didenda RM3,000 atau penjara 24 bulan atau kedua-duanya sekali,” katanya.


Sinar Harian

28 April 2014

Lelaki berkain pelikat ala 'Zorro' tunjuk KEMALUAN

NASIR menunjukkan kawasan lif yang menjadi lokasi lelaki berpakaian ala 'Zorro' sering mengganggu wanita di pangsapuri Flora Damansara, Petaling Jaya, Selangor semalam.

PETALING JAYA - Golongan wanita yang tinggal di sekitar pangsapuri Flora Damansara, Damansara Perdana di sini kini berada dalam keadaan ketakutan ekoran kemunculan seorang lelaki misteri berpakaian ala 'Zorro' terutama pada waktu malam.

Jika dalam filem, watak 'Zorro' adalah seorang pahlawan bertopeng dan berpakaian serba hitam muncul untuk menyelamatkan mangsa daripada kezaliman, berbeza pula dengan lelaki misteri tersebut yang gemar memerhatikan golongan wanita dan menunjukkan kemaluannya sebelum meraba mangsa.
Suspek dipercayai mencari mangsa yang berjalan sendirian di kawasan sunyi seperti di dalam lif, tempat letak kereta, laluan kaki lima dan ketika mangsa sedang membuka pintu rumah.
KOSMO!

27 April 2014

Makan ikan mentah panjangkan hayat wanita ?

Ikan mentah dan teh hijau (gambar kecil) antara diet utama penduduk Jepun.

London: Amalan pemakanan yang kaya dengan ikan mentah serta teh hijau dikatakan membantu memanjangkan hayat wanita Jepun berbanding wanita Britain, kata satu kajian terbaharu.

Berbanding wanita Barat yang memilih produk tenusu dan roti dalam diet mereka, wanita Jepun hidup lebih lama dengan purata jangka hayat mereka adalah 86.4 tahun berbanding wanita British yang mempunyai purata hayat 82.7 tahun. 


Kajian oleh pejabat statistik kebangsaan mendapati ada kecenderungan jangka hayat wanita United Kingdom itu boleh dipanjangkan sekiranya mereka turut mengamalkan cara hidup yang sama seperti wanita Asia, lapor The Times. 

Diet penduduk Jepun biasanya lebih kaya dengan bijirin penuh, sayur-sayuran dan soya, malah wanita Jepun juga mengambil sekitar 25 peratus kalori kurang berbanding wanita British”

Diet penduduk Jepun biasanya lebih kaya dengan bijirin penuh, sayur-sayuran dan soya, malah wanita Jepun juga mengambil sekitar 25 peratus kalori kurang berbanding wanita British.

Makan sedikit

Mereka menikmati purata tiga hidangan ikan seminggu dengan saiz hidangan yang lebih kecil.

Malah, penggunaan kayu penyepit (chopstick) juga dikatakan akan memperlahankan proses makan, memberikan lebih masa kepada badan untuk menyedari jumlah hidangan yang diambil menjadikan mereka akan kurang makan. 


Berdasarkan jadual pemakanan, lelaki Jepun mempunyai purata hayat sehingga 79.9 tahun, berbanding purata hayat lelaki British sekitar 78.9 tahun.


Saintis mendakwa bahawa pengambilan teh hijau mampu untuk meningkatkan beberapa fungsi kognitif terutama memori bekerja manusia.

Kajian terbaru juga mendapati teh hijau boleh digunakan sebagai rawatan dalam demensia atau penyakit psikiatri lain.

Pakar dari Universiti Basel mendapati ekstrak teh hijau meningkatkan keberkesanan kognitif otak yang penting dalam meningkatkan tugasan ingatan bagi seseorang penggunanya. 


- AGENSI

Hampir 3,000 terjerat cinta palsu Lelaki warga Afrika di internet

RAKYAT Malaysia perlu berhati-hati ketika berkenalan di internet untuk mengelak ditipu. - Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Impian segelintir rakyat Malaysia untuk mencari nikmat bercinta dengan lelaki kaya dari Amerika Syarikat (AS) dan Eropah berakhir dengan mereka dijerat sindiket warga Afrika yang menjual cinta mereka menerusi alam siber.

Lebih menakutkan, dalam tempoh tiga tahun, sebanyak 2,785 rakyat Malaysia ditipu oleh sindiket tersebut membabitkan kerugian kira-kira RM103 juta.
Bukan wanita sahaja yang menjadi mangsa iaitu membabitkan 1,794 orang malah seramai 991 lelaki tempatan turut diperbodohkan sindiket tersebut.
Rata-rata rakyat tempatan yang menjadi mangsa begitu mudah tergoda dan cair hati mereka dengan ayat-ayat manis sindiket berkenaan.
Antara ayat manis sindiket tersebut yang ditulis dalam bahasa Inggeris ialah ‘Sayang, awak nampak sangat cantik dalam gambar’, atau ‘Kalau awak menjadi kekasih saya, saya akan berikan segalanya asalkan awak setia’.
Pegawai Bahagian Siasatan Jenayah Siber dan Multimedia, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Asisten Superintendan Mohd. Syafik Jinuin Abdullah berkata, sebanyak 1,095 kes dicatatkan pada tahun lalu dan hampir 100 peratus kes membabitkan warga Afrika.
Beliau berkata, tahun lalu sahaja, rakyat Malaysia kerugian lebih RM35.7 juta berbanding RM33.6 juta pada 2012 gara-gara terjerat dengan cinta siber berkenaan.
Menurutnya, mengikut statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM), kes penipuan cinta siber meningkat 34 peratus pada tahun 2013 iaitu sebanyak 1,095 kes berbanding 814 kes pada 2012.
KOSMO!


26 April 2014

Amah dapat penghargaan Time

Erwiana

HONG KONG - Amah yang menjadi mangsa dera majikannya di sini disenaraikan sebagai 100 Individu Paling Berpengaruh oleh majalah Time.

Erwiana Sulistyaningsih, 23, menerima penghormatan itu atas keberaniannya menentang kekejaman majikannya selain menuntut undang-undang lebih tegas bagi melindungi amah yang senasib denganya di Hong Kong.

Jurucakap Badan Penyelarasan Migran Asia, Eman Villanueva berkata, pengiktirafan tersebut bertujuan untuk membuka mata masyarakat supaya lebih memberi perhatian terhadap isu penderaan pekerja asing yang semakin berleluasa ketika ini.

Difahamkan menurut laporan AFP, majikannya, Law Wan-tung, 44, telah didakwa atas kesalahan menyebabkan kecederaan parah ke atas Erwiana dan perbicaraannya ditangguh pada Selasa depan.

Sumber

25 April 2014

LIANG LAHAD BERSINAR

LIANG lahad Allahyarham Haslinatul yang dikatakan bercahaya.
Taiping: "Sepanjang dia sakit sehingga menghembuskan nafas terakhir, mulutnya tidak henti-henti berzikir. Jadi, bukan mustahil jika Allah berikannya keistimewaan dengan menampakkan kepada kita kubur arwah bercahaya."
Demikian kata Salahuddin Sulaiman,91, datuk kepada Allahyarham Haslinatul Adzlin Abdullah Halimi yang gambar liang lahadnya dikatakan bercahaya ketika kerja pengebumian, tersebar luas di Internet, semalam. 
Allahyarham yang meninggal dunia pada usia 35 tahun dikebumikan di Tanah Perkuburan Batu 8 Cangkat Jering di sini, Ahad lalu selepas solat Asar. 

Bagaimanapun, Salahuddin berkata, dia tidak melihat liang lahad dikatakan bercahaya itu kerana dia berada sedikit terkebelakang dan agak jauh daripada liang lahad.
"Masa di tanah perkuburan saya tidak melihat cahaya berkenaan, namun sangat terkejut apabila dimaklumkan cucu (abang arwah) yang ada cahaya di dalam kubur cucu saya itu," katanya ketika ditemui di rumahnya di sini semalam.
myMetro

Guna duit BR1M untuk berjudi

TERDAPAT segelintir penerima BR1M menggunakan wang tersebut untuk berjudi secara dalam talian. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR - Hasrat kerajaan untuk meringankan beban rakyat terutama golongan berpendapatan rendah melalui pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) tidak tercapai sepenuhnya.
Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, beliau kesal ramai penerima menggunakan bantuan itu untuk tujuan salah termasuk berjudi.
"Dapat sahaja BR1M, kafe siber di ibu kota ini penuh. Kenapa? Ramai yang pergi main judi (dalam talian).
"Kompleks beli-belah penuh, semua pergi shopping macam-macam yang tak patut," katanya ketika berucap pada majlis penyampaian Anugerah Pelajar Cemerlang (APC) Wilayah Persekutuan 2014 di sini semalam.
KOSMO!

24 April 2014

‘Puasa’ 10 tahun

Harare: Seorang lelaki memohon mahkamah membenarkan isterinya dihalau dari rumah kelamin mereka selepas didakwa gagal membenarkannya mengadakan hubungan seks sejak lebih 10 tahun lalu.
Godfrey Ruwande mendakwa isterinya Abigail Chingwa mula enggan melayan kemahuan batinnya sejak 2003. 
Ketika memberi keterangan di mahkamah semalam, Ruwande berkata, kali terakhir mereka mengadakan hubungan asmara adalah lebih 10 tahun silam. 

Memberi keterangan di depan majistret Gamuchirai Siwardi, Ruwande berkata, Abigail menjalin hubungan sulit dengan rakan sekerjanya dan mula hilang nafsu untuk bersama di ranjang.
“Jika saya bertanya mengenai hubungan mereka, Abigail akan bertindak ganas dan memukul saya,” katanya.
Ruwande berkata, pada satu ketika - disebabkan terlampau tidak tahan - dia cuba memujuk Abigail dengan membelai tangannya. 

“Dia bukan saja menolak, malah memukul dan menghalau saya keluar dari bilik tidur kami,” katanya. 
Tidak cukup dengan itu, Abigail didakwa mengugut untuk membunuh Ruwande. 
Sejak ditimpa nasib malang itu, Ruwande berkata, sofa menjadi tempat tidur hariannya. 

Sesekali kata Ruwande, dia melihat Abigail saling berbalas mesej cinta dan romantik dengan lelaki terbabit. 

Bagaimanapun, dakwaan itu dinafikan Abigail sekeras-kerasnya. 

“Saya tidak pernah memukul Ruwande dan mesej yang didakwa itu sebenarnya salah faham. 

“Telefon saya dipinjam kakak dan dia menghubungi suaminya melalui mesej,” katanya. 

Sementara itu, Gamuchirai menolak permohonan Ruwande itu. 

“Jika benar kamu dipukul, kejadian hanya berlaku sekali dan sepatutnya kamu membuat laporan polis. 

“Isteri kamu tidak boleh dihalau dari rumah itu kerana ia rumah kelamin,” katanya.
- Agensi

23 April 2014

Adam AF, Fiza bakal bercerai ?

HUBUNGAN Fiza dan Adam difahamkan mulai dingin sebulan selepas pasangan itu diijab kabul pada September tahun lalu.

KUALA LUMPUR - Mahligai yang dibina pasangan penyanyi program realiti popular, Adam dan isterinya yang merupakan bekas anggota kumpulan Elite, Fiza bakal berakhir selepas pasangan itu difahamkan akan bercerai.


Menurut sumber Kosmo!, sebutan kes penceraian pasangan yang baru mendirikan rumah tangga sejak lapan bulan lalu akan disebut di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, Selangor pada 28 April ini.
"Kami difahamkan penceraian itu akan berlaku, kesnya akan dibacakan di hadapan Hakim Syarie Muhammad Nazri Basrawi di mahkamah itu pada tarikh tersebut," dakwanya kepada Kosmo! di sini semalam.
Sebelum itu, Kosmo! difahamkan Fiza telah pun memfailkan perceraian ke atas suaminya pada 16 April lalu di mahkamah berkenaan atas sebab kurang persefahaman.
Desas-desus mengenai perpisahan antara Adam atau nama sebenarnya Mohd. Aizam Mat Saman, 31, dan Fiza, 33, bertiup kencang sejak kebelakangan ini selepas wanita itu kerap menyuarakan rintihan mengenai kegoyahan rumah tangga mereka di laman sosial.
Bagaimanapun, mereka berdua menafikan hal itu sebaliknya memilih jalan selamat dengan memaklumkan mereka masih bahagia.
Bagi mendapatkan pengesahan mengenai perkara tersebut, Adam ketika dihubungi tidak menafikan mengenai berita perceraian tersebut.
Ujarnya menerusi kiriman aplikasi Whatsapp kepada Kosmo!"Maaf saya tidak boleh komen. Insya-Allah, semua akan terjawab pada hari itu (tarikh kes difailkan di mahkamah Isnin depan)."
Dalam pada itu, atau Fiza atau nama penuhnya Zaidatul Fiza Abdul Halim yang mempunyai dua orang anak hasil perkahwinan terdahulu, gagal dihubungi.
Memetik luahan perasaan dalam Instagramnya yang menggunakan nama pena puterimahsuri81 kelmarin, penyanyi itu tanpa berselindung menyatakan kesedihannya.
Antara luahan yang dimuat naik: "Saya tahu dan pasti semua ini ketentuan daripada Allah. Siapa yang mahu untuk jadi begini. Kalau disoal pada sesiapa pun, tidak mungkin seseorang itu mahu menjalani kehidupan seperti saya.
"Hormatilah apa jua keputusan saya. Saya hanya merancang tetapi Allah lebih mengetahui segala-galanya."
Pasangan itu berkahwin 26 September 2013 di pejabat Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) selepas hanya dua bulan berkenalan.
KOSMO!


22 April 2014

Ubat gigi berperisa coklat?


UBAT gigi ini semestinya digemari kanak-kanak kerana ia diperbuat daripada coklat.

Menurut laporan DailyMail, ia dihasilkan firma penjagaan gigi Theodent, tidak menggunakan fluorida sebaliknya koko yang rasanya seperti puding.

Bahan dipatenkan digelar Rennou itu dikatakan selamat untuk ditelan.

Ubat gigi tersebut bukan sahaja membersihkan gigi tetapi mampu membina enamel yang boleh menjadikan gigi lebih kuat.

Produk tersebut dikeluarkan dua jenis iaitu ubat gigi biasa dan Theodent 300 dengan kandungan Rennou dengan rasa koko lebih berkrim yang dijual pada harga 61 pound (RM322).

Tidak kira apa jenis perasa, pakar pergigian tetap mengesyorkan supaya memberus gigi sebanyak dua kali sehari dengan ubat gigi berfluorida.


Sinar Harian

Port Mak Ngah Skodeng !