27 Februari 2016

FB Perkenal Butang Love, Haha, Wow, Sad dan Angry

Rangkaian media sosial Facebook Inc melakukan perubahan apabila menambah lima pilihan reaksi kepada posting yang memerlukan maklumbalas 'like'.
Butang alternatif itu termasuk 'love', 'haha', 'wow', 'sad' dan 'angry'. 
Projek melibatkan ujian selama berbulan-bulan untuk menentukan pilihan terbaik itu mula digunapakai mulai Rabu.
Sebelum ini, pengguna sudah biasa menggunakan butang 'dislike' tetapi kini ia ditolak kerana dilihat  mewujudkan persekitaran negatif.
CNNMoney melaporkan Pengurus produknya, Sammi Krug berkata, Facebook menawarkan butang alternatif di peringkat global dalam usaha menjadi destinasi kepada mereka yang mahu mengemaskini kehidupan masing-masing.
Syarikat itu sudah meningkatkan kandungan beritanya menerusi usaha sama dengan syarikat media. Berita tragik, contohnya, memerlukan maklum balas lebih daripada 'like'.
Inisiatif baharu syarikat itu dipanggil reaksi.
"Kita faham ia satu perubahan besar, dan berhati-hati memperkenalkannya.
"Kita akan terus belajar dan mendengar maklum balas bagi memastikan kita memiliki satu set reaksi yang akan berguna di seluruh dunia." katanya. 

Sumber

06 Januari 2016

Pelajar wanita tawar diri untuk disewa

DUA wanita yang menawarkan diri untuk disewa.
Kebiasaannya peniaga menjual produk atau barangan peribadi, namun berbeza dengan dua wanita muda ini yang menawarkan diri sendiri untuk ‘dijual.’
Kedua-dua wanita yang didakwa pelajar universiti di Hangzhou, wilayah Zhejiang di timur China, berbuat demikian dengan harapan dapat mengisi zaman remaja mereka menemani orang yang bertuah untuk menonton wayang, keluar makan dan membeli-belah.
Mereka dilihat berjalan di sekitar West Lake sambil memegang poster yang dibuat sendiri, menawarkan dirin untuk ‘disewa’ dan ‘berpacaran.’
Secara keseluruhannya, kelakuan mereka dilihat berjaya menarik perhatian.
Ramai pengunjung mengelilingi mereka. Bagaimanapun ia mungkin mempunyai kaitan dengan musim cuti.
Malangnya, kadar bayaran yang dikenakan untuk menggunakan perkhidmatan mereka tidak dinyatakan.

- Agensi

01 Januari 2016

Nur Amirah Athirah Ditemui selamat tidak diCulik pun !


Remaja perempuan yang mendakwa diculik dari rumahnya di Bandar Sultan Suleiman, Klang, Ahad lalu, Nur Amirah Athirah Abdul Majid, 14, ditemui selamat bersama lelaki dipercayai teman lelakinya di depan stesen minyak di Banting, 8 malam tadi.
Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Samah Mat berkata, remaja itu dan lelaki terbabit ditemui sepasukan anggota polis yang menjalankan operasi menjejakinya di dalam kereta.
Beliau berkata, siasatan awal mendapati mangsa sengaja mengadakan cerita dirinya diculik.
"Kita berjaya menjejakinya sejak tengah hari semalam dan mengekorinya hingga ke Putrajaya sebelum menahan kedua-duanya di depan stesen minyak terbabit malam tadi.
"Mangsa dikatakan buat begini kerana hendak bebas namun siasatan lanjut masih dijalankan," katanya ketika dihubungi sebentar tadi.
Dalam kejadian Ahad lalu mangsa disedari hilang selepas ibunya pulang ke rumah, kira-kira 2 petang.
Ibu mangsa yang berusia 33 tahun cuba mencarinya di beberapa kawasan berhampiran serta menghubungi anaknya namun gagal sebelum membuat laporan polis di Balai Polis Bandar Sultan Suleiman Isnin lalu.
Kes berkenaan menjadi viral selepas mangsa menghubungi kakak angkatnya memaklumkan dia diculik di kawasan rumah dengan menggunakan van putih.
Perbualan antara mangsa bersama kakak angkatnya yang berdurasi 3 minit 43 saat itu tersebar secara meluas di laman sosial.
Mangsa mendakwa ternampak papan tanda menuju ke Johor Bahru.
Sementara itu Abdul Samah berkata, sebelum ini kes disiasat mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan kerana menculik namun pihaknya akan membuka kertas siasatan baru berhubung penemuan berkenaan.
Katanya, kedua-duanya kini masih ditahan untuk siasatan lanjut.
Sumber

Port Mak Ngah Skodeng !