18 November 2012

Terima Durian Runtuh untuk Generasi ke2

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan pemberian durian runtuh RM5,000 kepada anak-anak peneroka Felda dijadualkan pada Oktober ini iaitu selepas pembentangan Bajet 2013 >>>

Sempat juga tadi bersama kawan sahabat handai taulan untuk mengambil ( mewakili ) adik beradik untuk menerima cek RM5k







* Ni gambar semasa berbaris untuk mengambil Cek


29 Oktober 2012

Buah ini berbuah sudah tidak mengikut muSim

Sekarang musim buah durian..rasa macam baru lagi habis semusim..dah berbuah semula..buah durian ini ikut suka dia jer nak berbuah tiada mengira musim..sedar sedar Mak Mertua suruh balik amik buah durian kat dusun..tepi rumah beliau sahaja.


Sempat juga pada petang semalam kawan sekeluarga balik kampung bersempena Cuti Raya Aidil Adha.. Kebetulan pada petang semalam angin bertiup kencang juga..
Ini durian Kampung semai biji..punya lah best rasa dia..18 biji seorang makan pun tak cukup


Ini pokok durian tinggi melangut..kawan tak sempat menebas sebab abang ipar yang sudah menebas dahulu untuk menerangkan dikawasan bawah pokok bagi menyenangkan operasi kutipan buah dijalankan.. ( he he selamat kawan )
Ini Sharifah Aina cucu kepada Tuan punya dusun sempat lagi berposing bersama buah durian yang comel secomel beliau..

*** Jadi bila musim durian tiba selalu selalulah kita balik Kampung untuk menjenguk ibu bapa kita serta ibu bapa mertua kita jika beliau mempunyai dusun..yang tiada mempunyai dusun kita kena lah membeli buah durian untuk beliau ( Tak kan tiba musim durian sahaja kita pandai balik Kampung ..heh! )

* Sumber 


19 Oktober 2012

Hari Raya Aidiladha


Hari Raya Aidiladha (bahasa Arab: عيد الأضحى 'Eid Ul-Adha) atau Hari Raya Haji merupakan perayaan yang dirayakan oleh umat Islam di seluruh dunia. Ia adalah perayaan terbesar di dalam Islam selain Aidilfitri yang disambut pada setiap 1 Syawal. Aidiladha disambut pada hari ke sepuluh, sebelas, dua belas dan tiga belas bulan Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah.
Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan ke-sabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t.
Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.
Dari segi bahasa, korban bermaksud dekat, manakala dari segi istilah ia bermaksud menjalankan perintah agama atau taat kepada perintah Allah kerana ingin mendekatkan diri kepada-Nya.
Hari Raya Korban jatuh pada hari kesepuluh pada bulan Zulhijjah, bulan terakhir pada kalender Hijrah Islam. 10 Zulhijjah merupakan tarikh penting dalam sejarah Islam di mana Nabi Adam dan isterinya Hawa dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi sebelum berjumpa di padang Arafah, di luar bandar Mekah.
Pada hari raya, orang Islam disunatkan mengenakan pakaian yang paling cantik, paling bersih, dan juga mengenakan wangi-wangian. Pada pagi hari raya korban, umat Islam akan mengerjakan sembahyang sunat Hari Raya sebanyak 2 rakaat dengan 7 takbir pada rakaat pertama diikuti 5 takbir pada rakaat kedua.
Pada kebiasaannya solat sunat Aidiladha dicepatkan sedikit berbanding solat sunat Aidilfitri. Hikmahnya dicepatkan sedikit waktu solat sunat Aidiladha adalah bagi memberi lebih banyak masa untuk penyembelihan korban. Hikmahnya dilewatkan sedikit solat sunat Aidilfitri pula adalah bagi membenarkan peluang bagi mereka yang belum membayar zakat menunaikan kewajipan mereka dan disunatkan makan dahulu sebelum pergi ke masjid. [1]
Manakala bagi Aidiladha, hikmat disunatkan makan selepasnya supaya makanan yang mula-mula dimakan pada hari itu ialah daging korban yang berkat. Selepas bersembahyang, upacara korban akan dimulakan. Lembu, kambing, dan biri-biri yang dikorbankan akan disembelih secara beramai-ramai di kawasan masjid sebelum dibahagi-bahagikan dagingnya kepada orang ramai terutamanya kepada golongan fakir miskin.
Hari Raya Aidiladha disambut ketika umat Islam membuat penziarahan ke Mekah, mengunjung Kaabah dan melakukan korban sembelihan. Al-Quran tidak menyatakan, tetapi umat Islam memegang bahawa perayaan korban ini memperingati kesanggupan Nabi Ibrahim untuk menyerahkan anaknya sebagai korban kepada Tuhan.
Selepas sembahyang, sekali lagi umat Islam akan berbondong-bondong melawati perkuburan orang yang disayangi. Semua orang akan memakai pakaian baru dan selepas itu yang muda akan memohon kemaafan daripada yang tua. Selepas itu semua orang akan menjamah pelbagai juadah yang disediakan sebelum ziarah dan menziarahi sesama mereka.

[sunting]Hari Raya Aidiladha dalam hadis

  • Berdasarkan kepada hadis (terjemahan) yang diriwayatkan oleh Abu Daud daripada Anas r.a, yang bermaksud: "Rasulullah SAW datang ke Madinah, sedangkan mereka sedang sibuk bergembira selama dua hari. Maka Rasulullah SAW bertanya: Hari apakah yang dua hari ini? Mereka menjawab: Kami biasa bergembira selama dua hari pada zaman Jahiliah: Kemudian Rasulullah bersabda: "Sesungguhnya Allah SWT telah menggantikannya dengan hari yang lebih baik daripada dua hari itu bagi kamu iaitu Aidilfitri dan Aidiladha." (Diriwayatkan Imam Abu Daud dan an-Nasai daripada Anas)

  • Berdasarkan kepada hadis (terjemahan) “Tiada amal anak Adam yang lebih disukai Allah pada hari Aidiladha melainkan ibadat korban. Sesungguhnya binatang yang dikorbankan itu akan datang pada hari kiamat lengkap dengan tanduk, bulu dan kukunya. Sesungguhnya ibadat korban ini diredhai Allah sebelum darah binatang itu jatuh ke bumi. Maka hendaklah kamu berasa lapang dada dan reda akan ibadat korban yang kamu lakukan.” (Hadis riwayat At-Tirmizi)

  • Berdasarkan sebuah hadis (terjemahan) yang telah diriwayatkan oleh Imam Tirmizi dan Al-Hakim yang bermaksud: "Tiada dibuat oleh anak Adam pada Hari Raya Adha akan sesuatu amal yang lebih disukai Allah daripada menumpahkan darah (menyembelih korban). Bahawa korban itu datang pada hari kiamat dengan tanduk-tanduknya, bulu-bulunya dan kuku-kukunya. Sesungguhnya darah korban itu mengambil tempat yang mulia di sisi Allah sebelum darah itu tumpah ke bumi, maka hendaklah kamu buat korban itu dengan hati yang bersih."

  • Berdasarkan sebuah hadis (terjemahan) Ibnu Abbas dan Jabir bin Abdullah Al-Ansariy r.a:
Diriwayatkan daripada Ibnu Juraij katanya: Aku telah diberitahu oleh Ata' daripada Ibnu Abbas dan Jabir bin Abdullah Al-Ansariy r.a kedua-duanya berkata: Tidak ada azan bagi sembahyang Hari Raya Fitrah (Aidilfitri) dan sembahyang Hari Raya Korban (Aidiladha). Selepas beberapa ketika aku bertanya Ata' tentang perkara tersebut: Lantas dia menjawab dengan berkata: Aku telah diberitahu oleh Jabir bin Abdullah Al-Ansariy r.a bahawa: Tidak ada azan bagi sembahyang Hari Raya Fitrah (Aidilfitri), baik ketika imam keluar atau sesudahnya. Juga tiada iqamat atau apa-apa pun.[2]
* Rujukan wikipedia

22 Ogos 2012

Lebaran datang dan pergi

Persis angin lalu..datang dan pergi bilang tahun...

Umat gemilang pasti bahagia membawa Ramadan hingga Syawal..

~ relevan ~

26 Mei 2012

Rindu yang pasti

Rindu yang pasti..
disaat waktu menghampiri
dengan detik yang semakin hampir

Menuju sebuah perjalanan yang berlangsung..
kekal abadi..

~ tinta sompek ~

Memo untuk kekasih part II


Kepada :- Yang dirindu
Daripada :- Yang merindu
Salinan kepada :- Bicara malam
Tarikh :- 26hb Mei 2012

Perkara :- RINDU KU SEMAKIN MENDALAM

Adalah dimaklumkan..ingin ku nyatakan kerinduan ini..

Bersama memo ini ku nyatakan..ku terlalu merindui mu..

Takkala neon dinyala..rindukan semakin mendalam..ketara antara celahan rindu terselit kesyahduan..adakala menjadi sebak..

Sayang..betapa sesahnya bila ku berada dikemelut rindu ini..Terlalu sesak untuk ku nyatakan rindu ini..Kertepaksaan ku langsungkan bersama memo ini..

Sekian Terima Kasih


Yang merindu


( Perindu malam )

24 Mei 2012

Nostalgia Cintaku...




Dikala senja mula menjelma di kala itu jua aku masih di pinggiran kali di mana kau dan aku sering ke sana.


Mungkin nostalgia itu sekadar untuk melepaskan sekelumit resah yang meruntun jiwa.


Aku telah kekeringan airmata untuk mengenangimu.Kemilau warna senja tidak lagi memberi keindahan padaku.


Kalau dulu itulah warna yang menjadi jambatan kasih kita jika tak bertemu tetapi kini segalanya berakhir.


Masihkah kau ingat bahawa aku tak bisa menahan airmata dari menitis pabila di landa pilu terutama tika kau memutuskan perhubungan antara kita.


Kalau dulu kaulah pelita hati yang menerangi malamku dan kau jua sinar kasih yang bercahaya di waktu pagi tapi itu semua bagaikan mimpi yang tak mungkin kembali di taman hidupku kini.


Tirai malam kian berlabuh dan aku terpaksa pergi meninggalkan memori cinta kita.


Aku sedar tak tercapai ketenangan yang ku cari jika berterusan mengikut irama rasaku sendiri.


Walau sejuta badai menghempas diriku namun aku tetap menyintai dan mengingatimu.... 

23 Mei 2012

Yang Bernama Kekasih..



Kekasih...Ku akui kau bukan insan pertama di hati ini kerana dulu hati ini pernah di curi oleh seseorang tetapi ia telah pergi jauh dari ingatan.


Andai manusia bercinta atas dasar perasaan tapi kita kenal atas satu perasaan yang belum pasti ikatannya namun ku akui setiap perkenalan tak semestinya terjalin satu pertalian.


Andai ku hadir sebagai sahabat izinkanku menyayangimu sebagai sahabat.Andai sebaliknya izinkanku menyayangimu sebagai teman hidup.


Andai aku adalah musuhmu ingatlah bahawa kaulah musuhku yang paling ku sayangi.Ingin ku nyatakan bahawa Sayang lahir dari tiga perasaan.Andai kata salah satu perasaan ini Rindu...kaulah insan  yang sentiasa bermain di hati.


Andai kata perasaan ini Dendam ingat kau lah insan yang ku dendam dalam sayang.Andai kata satu lagi adalah Jujur... ingat ku sayang padamu dengan ikhlas,suci dan jujur...


Kekasih dalam sehari ada dua puluh empat jam...ku mohon hanya lima minit dari masamu menilai setakat mana hubungan kita.Oleh itu izinkanku menyayangimu dari kejauhan.Sesungguhnya Kau sentiasa di ingatan...   

14 Mei 2012

CiNta




Usah di simpan bara di hati...kelak ia akan memakan diri sendiri.Usah di simpan kenangan di hati kerana ia membawa mati.Cinta itu memang indah namun untuk menempuh dunia percintaan memerlukan banyak pengorbanan


Siapa yang tidak mahu memiliki cinta yang terindah...Namun insan terpaksa menghadapi badai gelora.Bila seseorang mendustai cinta hati mula terasa gelisah.Bila kekasih hati beralih arah hidup mula merana


Kejujuran dan keikhlasan hati membuatkan seseorang akan terasa ianya di hargai...Tanamilah benih cinta,siramilah ia dengan kasih sayang berbajakan pengorbanan agar ia subur menjadi buah yang penuh kebahagiaan.


Semua indah bila saat bercinta..bila kecewa hancur segalanya..
.Itulah yang di namakan CINTA....


.

10 Mei 2012

Memori Cinta Luka



Bersama hari-hari semalam yang penuh luka..ku lalui hidup ini walaupun penuh derita dan sengsara.


Hari semalam telah mengenalkan ku akan erti sebuah derita percintaan.Bukan ku pinta pertemuan jika akhirnya perpisahan yang mendatang.Bukan ku rayu untuk diriku di cintai jika akhirnya aku di tinggalkan.


Benarlah kata janji itu hanya manis di bibir mulut tetapi menjadi racun berbisa jika tidak di kotakan.Atau aku yang terlalu berharap untuk memiliki hatimu sedangkan kau hanya ingin mainkan perasaanku.


Butakah cintaku atau aku yang bersalah kerana terlalu mengharapkan mu untuk mengisi bunga-bunga cinta di segenap ruang hatiku...


Jika di hatimu hanya ada dendam untuk menyakiti hati perempuan sepertiku....


padamkanlah ia kerana kelak akan membakar dirimu jua.Siramilah api dendam mu dengan kesejukkan cinta seorang wanita..


Terimakasih atas kelukaan itu.Akan ku rawat ia walaupun amat sukar untuk aku melakukannya..


Doaku semoga akan terbuka hatimu untuk mencintai seseorang dengan keikhlasan dan kejujuran yang hakiki..walaupun kelak gadis itu bukan nya aku..... 

Port Mak Ngah Skodeng !