22 April 2010

Buat tersayang


Salam wangi semurni kasih buat abang yang dirindui..
Moga dilindungi seribu kemanisan dalam kehidupan seharian..
Setiap tahun 13 Jun tak pernah luput dalam ingatan..
Kerana tarikh itu menyatukan kita..
.
Hampir 18tahun bahtera kita layari dengan seribu dugaan dan cabaran..
Namun kita tetap menghadapinya..
Tak dapat ku balas segalanya..
Hanya sekeping hati yang ikhlas dan tabah yang dapat ku bekalkan..
Bersama hati yang setia akhir hayat..

Kesetiaan itu kusulami kasih sayang dan cintaku..sepenuh jiwa..
Tiada sempadan yang dapat memisahkan kita..
Kecuali kententuan Ilahi..
Ketahuilah bahawa cinta kita ini bisa tembus ke pintu Syurga..
.
Ku berdoa moga hubungan ini terus berpanjangan dan diberkati Nya..
Oleh itu salam kasih sayang dan rindu selalu dari ku yang sentiasa merindui mu..
.
Ikhlas buat suami ku.... ..
.
.
~ peNa ~

03 April 2010

Malam


Panorama malam yang gelap pekat..
menjemput suasana dingin dan sejuk sehingga tiupan angin itu..
..terasa menusuk hingga ketulang sum sum..
.
Gelisah rasanya untuk terus membiarkan diri..
..ditenggelami dalam perasaan yang entah apa apa..
Dada terasa sebu..
Lidah menjadi kelu dan tak berupaya melahirkan kata kata lagi..
.
Sukarnya melafazkan kata maaf bila prasangka hampir melebur sebuah impian..
Perasaan ku sudah lama kering dan jiwaku sudah lama kontang..
Kehadiran mu menyakitkan hati..
Cinta bagi mu ibarat mainan dibibir..
Kau bukan untuk menyintai tapi sekadar untuk memiliki..
Sayang.. Cinta ku bukan paksaan dan jua bukan kasihan atau simpati..
Ikrar kasih kita dulu ibarat tugu dihati ini..
Janji setia itu tak mungkin diakhiri hanya kerana dia..
.
Mengertilah...
Semuanya bukan kemahuan fikiran..
Impian dan ingatan terhadapmu sukar diusir pergi..
..biar pun bayang duka merantai hidupku..
Tapi aku tetap rela..
Yang pasti tiada siapa yang mahu kecundang dan tiada hati yang mahu terluka..
.
Sayang ku..
Belajarlah menerima hakikat dia adalah kenangan dan aku adalah kenyataan...
.
~ BlenDer 29065 ~ bicara malam 31hb March 2010

25 Mac 2010

Pasrah rindu dalam duka

Sayangku..
Siapa kata setia tak berlaku curang..
Siapa kata kaSih tak kan bertukar menjadi benci..
Katakan sejujurnya..bagaimana harus disukat bahagia..
Jika dalam hati berkocak dilanda aSmara..

Keluh resah sekadar melunakan hati yang duka..
Ku tahu perkahwinan bukan janji bukan janji syurga dan bukan janji bahagia..
Tapi sepenuh hati dah jiwa aku pertaruhkan..

Sayangku..
Hadirmu bagai sinar mentari pagi..
Menerangi lorong kelam lagi sunyi..yang selama ini kulalui..
Melenyapkan kedukaan yang berkurun lama..
Memenjara jiwa ku dalam sepi..
Hanya dirimu bertakhta dihati dan dambaan hatiku..ku tak pandai membahagi kasih..
Setiap detik yang berlalu adalah paluan rindu yang bergema dalam sanubariku..

Angin..
Sampaikan salam rinduku padanya..

~ Bicara malam 24hb March 2010 ~

10 Februari 2010

Kamar usang dipuncak rindu

Kamar usang dipuncak rindu yang sepi..
Sesepi hatiku dikala ini..
Aku tak terdaya melawan arus kerinduan..
Selama ini merindui mu bersama bayangan mu disisiku..
Walaupun realiti kau bukan milik ku..
Namun deruan rindu berlagu jua menyapa bebunga hati..
Bersama wajah mu..menabir diingatan..
Dengan gemersik merdu dari bacaan ayat suci serta Ghazal Solat mu..
Bersama seloka indah budi bahasa mu..serta tarian indah sopan santun mu..

Pada mu Nur keimanan ceria tersuluh..
Sayang ku..setiap kali ku renungi gambar mu..terusik jua hati dan perasaan ini bersama deruan rindu yang datang..
Jangan lah kau siksa hati ini dengan sebuah penantian yang kau sendiri tak pasti dimana penghujungnya..
Percaya lah aku amat merindu mu..

~ Rodziah ~

23 Januari 2010

LandaSan rindu musim tengkujuh

Ku iring salam bersama titis titis hujan mencurah..
Dikala alur kuala menjadi sebak..
Menyenak oleh limpahan air..

Rindu jadi kian gusar..
Bila lubuk mula berpusar..

Airmata bergenang..terkenang dikau dilembah sana..
Lembah yang telah melimpah menjadi 'bah'..
Ku cuba mengharok..banyak tangan mengapai dan menghalang..
Rupanya disitu berarus dalam..
Berdiri kaku bersama rindu..
Diatas landasan ku terkandas,,
Airmata terus bergenang dan mengenang..

Kini air mula surut..dikau masih tak kunjung jelma..
Landasan rinduku kian gelora..
Ada pertanda menyata..
Kau pergi bersama arus..

Tapi dapat ku rasa..dikau masih ada..
Biar ku seketika..
Bersama landasan rindu dimusim tengkujuh..

~ PeNa ~ 12/12/2007

18 Januari 2010

Sebuah coretan kaSih

Ku lakarkan coretan kasih agar kau mengerti apa yang tersirat dihati..
Aku tak dapat menepis kehadiran mu..
Kau hadir tika aku memerlukan mu..
Kau terlalu baik..
Baik yang tak nampak dimata..
Baik yang tak dapat dirasa..

Sukar digambarkan dengan kata kata..
Sayangku,kilasan rinduku kian berpintal bersama juntaian kasihmu..
Kuntuman mesramu kian berputik..
Barsama jambangan kasihku..
Kan ku bangkit bersama mu disetiap kesakitan yang rebah..
Kan ku rawat bersamamu disetiap kelukaan yang terguris..
Kan ku dampingimu disetiap masa..

Kau pasti memerlukan ku..
Sayang.. takkan goyah tiang keyakinan ku diatas kejujuranmu..
Takkan pecah dinding kepercayaan ku diatas kesetiaan mu..
hanya pada mu yang ku rindu selalu..

~ Rodzia ~

16 Januari 2010

Lakaran

Kata kata...

Sebuah lakaran akan meninggalkan bekas..
Buruk dan baiknya telah pun terlakar..
Apa yang terlakar akan menjadi sejarah..
Bila menjadi sejarah ia sukar untuk diubah..

~ peNa ~

14 Januari 2010

Bicara tentang rindu

Dalam kemelut rindu yang semakin jauh berlalu..
Dalam aras rindu yang berlagu pilu..
Dalam gerbang rindu yang tidak menentu..
Dalam suratan rindu yang syahdu..
Dalam sekam rindu yang membara
dan dalam nota rindu yang mekar..

Perlukan aku melakar lagi bahasa bahasa rindu dalam aku berbicara tentang rindu..

~ peNa ~ 13hb Jan 2010

12 Januari 2010

Aku bicara tentang rindu kasih dua hati

Ku lalui rona rona kehidupan yang sukar..
Antara memilih kasih dua hati..
Tidak kan terlerai dua jiwa yang berpadu..
Sesahnya merindu yang sering bertamu..
Dihati ini..

Takkala malam mendatang..
Takkala dinihari dibalut sepi..
Takkala pagi membuka tirai..

Ku dakap rindu yang teramat..
Takkan terabai rindu yang memaksa..
Takkan gundah hati yang luka..
Namun rindu kasih dua hati ku semakin erat..

Ku titip rindu semalam yang bungkam..
Agar segar dihari ini untuk menjadi semekar rindu yang mencengkam..

Tika rindu manjadi pilu..lesu dan sepi..
Ku asuh erat rindu kasih dua hati..
Agar...
Ku fahami betapa sukar untuk ku lerai...
Setelah ku dakap kasih dua hati..

09 Januari 2010

Bila kasih tidak setara

Bila kasih tidak setara..
Ada hati yang sengsara..
Dipanah duka berolah cerca beralas nestapa..

Kini kasih mula mencari sedikit tawa gembira..
Dalam dunia yang semakin tua..

~ 09/01/2010 ~ biCara malam

Port Mak Ngah Skodeng !