17 Disember 2009

Hijrah

Lama menumpang dibumi dengan ehsan hayat selagi nyawa dikandung badan..
Berlalu zaman berzaman..

Ada yang hidup penuh kealpaan..
Ada yang hidup bersalut duka..
Ada yang hidup tanpa sedar sedar..
Ada yang hidup untuk hidup..

Salam Maal hijrah 1431 ~ peNa~

15 Disember 2009

Masa yang berlalu

Pantas seringan angin..
Begitu cepat masa berlalu..

Masa silam yang merentas..
Masa sedang yang ringkas..
Mengorak tiap denai kehidupan..

Adakala hidup menjadi leka..
Terlupa suratan kita hambaNya..
Moga keinsafan pada yang Azali menepati..

~ Pangkin kayu ~

09 Disember 2009

Serakan kedukaan

Cinta ibarat pepohon rimbun dirimba lepas..
Saling meneduh saling bernaung..
Berebut rebut mencari sinar..
Kadang ditimpa kadang menimpa oleh rekahan ranting kekecewaan..
Lalu terjerumus dilembah kehampaan..

Selagi ada benih kesetiaan..
Bebenih cinta akan cambah kembali disebalik dedaun kedukaan...

~ Man Pucuk ~ Maran Pahang

08 Disember 2009

Sepatah kata

Hanya dengan sepatah kata..
Hatiku tergoda..
Bahagia dan derita sama dirasa..

Hanya dengan sepatah kata..
Aku dibuai mimpi tak nyata..
Berkorban apa saja..
Rupanya hanya mainan Cinta..

Hanya dengan sepatah kata..
Hati mu sanggup menyiksa..
Tanpa suara..
Tanpa air mata..
Hati ku jua merana..

Hanya dengan sepatah kata..
Madu dirasakan racun yang ditelan..
Kata putus diucapkan..
Aku tanpa haluan..

Hanya dengan sepatah kata..

06/07/2007 ~ Sis` Garlic ~

06 Disember 2009

Hanya sekelumit Cuma

Pertemuan memang indah walau sekelumit cuma..
Perpisahan amat menyakitkan..kerana ia mencatatkan..
Seribu kenangan dan harapan..

Masih terngiang ungkapan keramat yang kau lafazkan..
Diri mu hanya untuk ku..
Kesetiaan mu adalah kejujuranku..
Kita tidak kan terpisah walau sering berjauhan..

Sentuhlah Cinta ku disudut Cinta mu..
Usaplah batin ku diruang batin mu..
Jejaklah arah ku disepanjang arahmu..
Kuncilah hatimu disetiap kejujuranku..
Pastikan lah kita bersama abadi hingga kesyurga..

Namun keindahan yang kuimpikan hanya sia sia..
Dimana hendak ku campakan rindu ku yang kelemasan ini..
Yang pasti..
Hati ini sentiasa mengingati dan merindui mu selamanya..

~ 25/04/2007 ~ Sis Garlic

04 Disember 2009

Dari kaSih kekaSih

Bercinta memang mudah..
Untuk menguruskannya memang payah..
Jangan biarkan cinta disaksikan dermaga bisu..

Biarlah ia bersaksikan oleh Allah yang satu..

~ Kasih KekaSih ~

03 Disember 2009

Ketawa

Jangan kita ketawa..
Bila kita berjaya menyakiti hati orang yang kita benci..
Satu masa kita pulak akan diketawakan oleh orang yang kita sayangi..

~ ihsan dari Melor Jaafar @ mamaAktif ~

30 November 2009

Malam 2

Tika tirai malam berlabuh..
Ada gemersik suara membisik..
''Mohon aku diperaku''..
Sebagai sang penanti sepi..

Kini suara membisik pudar bersama malam..
Dihujung denai terdengar pula hilai tawa..
Suara rakus membaham rasa..
Honar berada ditakhta jiwa..
Bisa menelan suara gemersik halus..

21 November 2009

Malam

Tika tabir malam menyelinap mimpi beradu..
Ku olah skrip rindu..
Rindu sendu dihati bersama kenangan silam..

Ku serah lapisan hati dengan syahdu bersama lagu..
''Untuk mu sayang''..

19 November 2009

Hujan

Berterusan hujan melanda..
Terbasah derita luka lama..
Kini tempias pula kelubuk hati..

Hujan bilakan reda..
Padat air dibawa arus..
Punca dek hujan yang merentang...

Port Mak Ngah Skodeng !