30 Ogos 2009

Merdeka


Tika tabir malam melabuh tirai...

Sorak anak Merdeka pembakar semangat...
Malam turunnya 'Uni0n Jack'...
Getar jiwa umat bersama amanat...
Kerana esok 31 0gos kan melakar sejarah..

Bebas dari penjajah..
Hingga kini terkesan bersama abadi nya pejuang pejuang terdahulu...
Sekarang depa kemerdekaan terus mengalir bersama generasi baru..
Walau aliran dunia tanpa sempadan..
Namun segala peristiwa kan tersemat dihati..
~ Anak pacsa Merdeka ~

17 Ogos 2009

Stamina ( aku semakin tua )

Tetiba aku menjadi semakin sensitif..
Mudah terasa dan menjeruk rasa..
Pandangan kabur..perlu kanta mata..
Pesanan ku taip..huruf banyak yang berterabur..

Ke belek helaian rambut..
Di celah kehitaman..ada pula yang putih..
Dapat ku rasa..aku semakin mengah..
Selalu pula lenguh..adakala semput..

Stamina makin kurang..
Aku semakin tua..

Akan ku lalui detik emas ini..dengan teliti..
Agar tidak menjadi krisis..
Dalam menempuh hakikat proses penuaan..

( Telah dideklamasi di slot BICARA MALAM RMPFM )

~ Relevan ~

01 Ogos 2009

Rudung ( Sis`Garlic )

Kesunyian dan kesejukan memamah sekeping hati yang dirudung kecewa..
Pedih dalam mencari hakikat takdir yang menimpa..
Ku lemparkan pandangan ketengah samudera malam untuk mencari sedikit ketenangan..
Namun hakikat yang ditemui adalah jiwa yang hancur dilambung ombak kepedihan..

Akhirnya ku semakin hanyut dibuai resah..
Betapa peritnya menjadi seorang perindu..
Kerana kedukaanku diibaratkan lagu kehilangan nada..
Malam kehilangan bintang dan burung kehilangan sayap..

Tiap kali ku imbas kenangan tika bersamamu dulu..mutiara jernih jatuh satu persatu..
tanpa ku relai..
Ku rindukan saat saat kita bersama,tapi sayangnya ia tak atak berulang kembali..dalam hidupku..
Malam kian larut dan ku tutupi lembaran kenangan cinta kita yang kian pudar tanpa penghujung nya..

~ Sis`Garlic ~

18 Julai 2009

Kasih rindu yang kebas ( pena)

Apakah terpesong sudah rindu serta sayang ku padamu..
Ternyata kehadiran yang baru..
Membuat ku keliru..
Rindu yang kian lama terpasak makin longgar..

Apakah ku telah membuat nistanya cinta..?
Adakah ku terjerat didalam jaga..?
Atau ini untuk menduga..
Kini ku mula terasa sengal dilembah tandus..

Bersama skrip melodi yang semakin lesu..
Ku mula mencari rentak irama..
Yang semakin hilang tempo..

Kasih rindu telah menjadi kebas..
Se akan ku hilang identiti..
sekian lama terperap dalam halunisasi..
Rasa ngeri mula menyelinap dalam diri..

~ pEnA ~

10 Julai 2009

Teman di Maya ( Tengku Azman )

Teman berteman didalam maya..
Tiada berjumpa atau tersua..
Rindu merindu bukan kepalang..
Buat tersentuh hati yang walang..

Bicara dibuka permula kata..
Indah disusun penuh bermadah..
Sampaikan salam dialam maya..
Kadang bergaduh macam kekanak..
Celaru bermadah gaya bebudak..

Seharian resah tanpa pesanan..
Tercetus wasangka diri dilupa..
Rupa si teman sibuk ketara..
Begitu gaya teman dimaya..

~ Tengku Azman ~

07 Julai 2009

Tangisan Ibu ( ManSlamber @ Rozman )


Sedetik pengalaman mimpi beralun paSrah..
Biarkan resah karam dalam sepi..
Melamar nostalgia semalam..
Demi inspirasi masih termisteri..
Dari belenggu hakikat tangisan ibu..

Betapa dalam perjanjian putih..
Istilah harmoni sesuci tangisan yang mahal meriak..
Hanya derita akrab memburu sentuhan naluri..
Di ufuk kepastian kasih ibu..
Apakah duka terhimpun..
Memaksa pengorbanan secarik mengundang duka dan tangisan..
Akan terhukum oleh sentuhan kecundang..

Mungkin menjanjikan keheningan melodi serjernih titisan embun..
Sepayah cinta di koyak lara..
Kini terbukti..
Tangisan ibu membawa kesyahduan hiba dan gembira..
Kehadapan terlafaz mencerminkan dilema doa terkunci abadi..

Tangisan ibu adalah tangisan doa buat ku..
Untuk terus berpijak dibumi yang nyata..
Kini segalanya pasti..
Dibumi Tuhan hanya ibu yang membawa kejalan bahagia..
Dulu ibu menangis kerana mendoakan ku..
Ibu menangis kerana ingin melihat ku membesar..
dan hidup bahagia..
Tapi kini ibu menangis lagi..
Menangis lagi kerana segala doa ibu dan tangisan ibu
selama ini telah dimakbulkan..
Sejurus itu ibu..

Kini tiba lah masanya untuk ibu menerima tangisan dari anakmu..
Tangisan terima kasih dari anakmu..
Terima kasih ibu..
Terima kasih kerana anakmu dapat melihat dunia ini
dengan penuh kesyukuran..
Aku takkan hampakan segala pengorbanan ibu selama ini..
InsyaAllah ibu..
Ku doakan agar ibu dirahmati Allah dunia dan akhirat..
Selamat hari Ibu buatmu ibu ku duni dan akihrat..

~ ManSlamber ~

( Puisi ini telah memenangi tempat pertama dalam bicara malam sempena Hari Ibu )

03 Julai 2009

Kembang KaSih

Kembang kasih yang mekar dihati..
Sentiasa mengingati pada yang menanti..
Yang menanti telah mengetuk pintu hati..

Kembang kaSih dialas budi..
Termetri janji dalam sanubari..
Kan sentiasa diingati..
Sumpah setia berpadu janji..
Kembang kasih selaut pekerti..

~ Anggerik Desa ~

02 Julai 2009

Berakhir di Pulau Hijrah

Pada tanggal 1 oktober..
Sembilan puluh delapan..
Kami mula melangkah..
Meninggalkan Pulau lama..
Bersama kenangan pahit manis..
Suka duka..
Rakan rakan seperjuangan dulu..

Dititik permulaan ini..
Kami mengorak langkah..
Dari Pulau lama ke pulau baru..
Dengan ikrar dan azam jitu..

Mampukah ...mampukah..
Kami membentuk..
Satu Organisasi..
Yang sekata..?
hanya dengan kata kata ..BOLEH,BOLEH,BOLEH DAN BOLEH..
Tidak ..sesekali tidak...
Segala langkah akan lemah lesu..
Segala langkah terpaku mati..
Dengan tanpa mendukung IKRAR yang kami laungkan..

Kepada rakan rakan yang telah meninggalkan kami..
Yang bakal meninggalkan kami..
Yang terpaksa meninggalkan kami..
Moga pasrah keadaan waktu..

Hadapi usia gemilang mu..
Dengan rela dan tabah..
Hanya sekalung doa mengiringi perpisahan..
Dengar..rangkuman kata kata ..
Yang mampu kami ucapkan
'' JASA MU DIKENANG "

** Telah dideklimasi kan oleh..aries/donkala/abohFizi/Yaya dan Tengku Azman
di malam JASA MU DIKENANG peringkat zon Timur di Bendera Resort Mentakab Pahang..

10 Jun 2009

` TiNta `

Bila tinta mula menari..
Ikut rentak jari jemari..
Tercoret luahan suka dan duka..
Yang suka terlepas dihati..
Yang duka termaktub disanubari..
Tajam tinta melorek cerita..
Mula tercarik hamparan usang..
Kini riwayat suka dan duka..
Duka terlakar diblog maya..
Sejauh mana curang yang empunya tinta..
Pelawat mula mentafsir..

~ the legend ~

15 November 2008

zue@rompin221


MADAH BICARA UTK SAHABAT DAN DJ2 PAHANGFM

Berdiam bukan bermakna merajuk..
menghilang bukan bermakna terluka..
namun, kadangkala masa membataskan kta utk bermesra seperti dahulu..
Mungkin, yang kini berbeza dari yang terdahulu..
sebab itu aku lebih selesa menjadi pemerhati..

Kehidupan penuh dgn coraknya..
setiap hari pasti ada episod baru..
tapi, tak bermakna yang lama itu di biar dalam kealpaan..

Rindu sememangnya beraja di hati..
kasih selalu nya bertakhta di sanubari..
dan... ingatan seharusnya ada di fikiran..
kerana... tanpa kalian tak mungkin ada nya aku di sini..

SALAM INGATAN DAN KEMESRAAN BUAT SEMUA..

nukilan... zue@rompin221
P/S GAMBAR ZUE DAN WIDURI..

Port Mak Ngah Skodeng !