28 November 2015

ROBOT SEKSI JADI TARIKAN

Geminoid F ‘diserbu’ peminat.

‘Robot paling seksi di dunia’ digelar Geminoid F menjadi tarikan utama pengunjung ke Pameran Robot Dunia di sini, minggu ini.

Geminoid F mempunyai ratusan peminat yang memberi jolokan itu kepada robot yang nampak tak ubah seperti manusia, malah pernah berlakon dalam filem Jepun, ‘Sayonara.’

Android dengan ketinggian 1.7 meter itu mampu menggerakkan matanya seterusnya bertindak balas terhadap pandangan mata serta memahami pergerakan bahasa badan.

Perlakuannya juga seperti manusia dengan ‘kulit’ diperbuat daripada getah dengan wajah seorang gadis. Malangnya dia tidak boleh berjalan sebaliknya terpaksa disorong menggunakan kerusi roda.

Robot itu dicipta Makmal Hiroshi Ishiguro, Universiti Osaka yang merancang membina model lebih baik pada masa depan.

Pembantu profesor, Kohei Ogawa berkata: “Matlamat kami adalah untuk mencipta kecerdasan buatan (AI) menggunakan robot ini.

“Buat masa ini sistem pengenalan suara tidak berkesan terutama dalam keadaan bingit. Pada masa depan, kami mahu mewujudkan sistem AI sempurna menggunakan robot ini.”

Robot itu juga mampu senyum, mengerutkan dahi dan menggerakkan mulut, selain menyanyi serta bercakap dengan memainkan rakaman atau menggerakkan mulutnya mengikut bunyi percakapan.
Ia juga mampu ‘meniru’ riak wajah manusia. 

- Agensi


08 November 2015

SUAMI BANGSAT PIJAK KEPALA ISTERI

GAMBAR dipetik dari klip video menunjukkan Wut memijak kepala isterinya (kiri) sebelum menghempas badan wanita itu ke jalan

Seorang suami ditahan polis selepas satu rakaman video yang memaparkan aksi kejam lelaki itu menyepak dan memijak muka isterinya hingga pengsan tersebar di internet. Rakaman video selama 45 saat itu menunjukkan pasangan berkenaan bertengkar di tepi jalan di wilayah Samut Prakan dekat sini pada Rabu lalu.


Lelaki itu dilihat memukul isterinya sebelum menyepak muka wanita itu sehingga menyebabkan mangsa pengsan. Tidak cukup dengan itu, lelaki berkenaan memijak muka isterinya sebanyak tiga kali sebelum menarik kolar baju dan mencampakkan mangsa ke jalan. 

Lelaki itu kemudian terus berlalu pergi dan membiarkan isterinya terbaring di tepi jalan. Aksi kejam lelaki itu dirakam seorang pengguna jalan raya yang kemudiannya memuat naik video berkenaan di Internet. 

Video berkenaan menjadi viral dan ramai pengguna In ternet mengecam tindakan lelaki itu sebelum melaporkan kepada polis. Jurucakap polis Bunrit Chernchue berkata, siasatan polis mendapati wanita itu, Nongluck Churat, 41, yang cedera parah di muka dan kepala kini dirawat di hospital di Samut Prakan. Katanya, Nongluck memberitahu polis, dia dipukul suaminya, Wut Sompakdi, 45, selepas bertengkar di kedai makan.

 “Susulan keterangan wanita itu kami menahan Wut yang berada dalam keadaan mabuk di rumahnya di daerah Phra Pradaeng. “Wut memberitahu dia memukul isterinya kerana mengesyaki wanita itu menjalinkan hubungan sulit dengan lelaki lain,” katanya.

Menurutnya, polis menahan lelaki itu dan bakal mendakwanya atas tuduhan menyerang dan menyebabkan kecederaan. 

Sumber

07 November 2015

Hanya Kutip bola golf boleh jadi jutawan

Glen Berger akan membersihkan bola sebelum dijual semula.

Siapa sangka, seorang lelaki mampu menjadi jutawan dengan hanya melakukan pekerjaan mengutip bola golf di dalam tasik.

Sejak 14 tahun yang lalu,  Glen Berger yang menganggur pada ketika itu memutuskan untuk mengumpul bola golf yang dikutipnya dari kolam dan menjual semula kepada pemilik padang golf.


Dia tidak menyangka, kerjaya peliknya itu menjadikan dia seorang jutawan.

Glen memberitahu Caters TV,  dia berjaya mengumpul hingga 1.3 ke 1.5 juta biji bola setiap tahun dan akan

 menjual semula bola tersebut dengan harga  AS$1 (RM 4.31) setiap satu.

"Saya tidak mempunyai pekerjaan dan kemudian mencari bola golf di dalam tasik di padang golf berdekatan dengan tempat tinggal dan kemudian mula menjual setiap bola golf berkenaan," katanya.

Walaupun pekerjaannya ini kelihatan mudah, tetapi sebenarnya, Glen terpaksa berdepan dengan beberapa kesukaran seperti ular dan buaya yang berada di dalam tasik.

Malah dia hampir dibaham buaya ketika menyelam untuk mencari bola golf, namun berjaya meyelamatkan diri dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Glen tidak hanya mencari bola golf di sekitar Florida, malah lebih dari 100 padang golf yang lain di seluruh negara.

SH

Port Mak Ngah Skodeng !