25 Februari 2013

Pemilik mata warna coklat lebih dipercayai

As'Salam.. Mak Ngah nak Kongsi info yang dipetik dari Akhbar BH ni.. 


London: Mereka yang mempunyai mata berwarna coklat boleh dipercayai berbanding lelaki bermata biru atau warna lain, lapor satu kajian. 

Dalam satu kajian baru diterbitkan dalam PLOS ONE, penyelidik diketuai Karel 
Kleisner dari Universiti Charles di Republik Czech, menyiasat faktor yang menentukan wajah boleh dipercayai. 


Pengaruh interaksi sosial 

Penyelidikan sebelum ini menunjukkan penampilan wajah secara ketara mempengaruhi pelbagai interaksi sosial. 

Persepsi wajah memberi maklumat berkaitan kepercayaan, berikutan itu ia memberi memberi kesan ke atas kejayaan ekonomi, sosial dan reproduktif seseorang individu. 

Penyelidik bertanya sekumpulan peserta untuk menentukan kadar kebolehpercayaan wajah lelaki dan wanita berdasarkan dua kriteria. Pertama, warna mata dan kedua, bentuk wajah. 


“Sejumlah besar subjek mendapati wajah bermata coklat lebih dipercayai berbanding biru, tidak kira sama ada mereka lelaki atau wanita,” kata salah seorang penyelidik berkenaan. 

Wajah lelaki bulat bermulut besar dan dagu lebih lebar dilihat lebih dipercayai berbanding runcing, bagaimanapun bentuk wajah wanita tidak banyak memberi kesan sejauh mana mereka boleh dipercayai. 

Penyelidik juga menjalankan ujian ketiga, memberi peserta gambar wajah lelaki yang sama kecuali satu variasi: warna mata. Ketika ujian ini mereka mendapati kedua-dua warna mata dianggap boleh dipercayai. 

Mereka juga mendapati kunci untuk dianggap boleh dipercayai bukan datangnya dari warna mata, namun daripada kriteria wajah yang dikongsi individu bermata coklat. 

Sebagai contoh, lelaki bermata coklat secara umum memiliki bibir lebar dengan sudut lebih menaik, dagu lebar, mata besar dan kening lebih rapat antara satu sama lain, kriteria dianggap maskulin dan lebih dipercayai. 

- AGENSI



13 Februari 2013

Bila Cinta Hilang dijiwa


Cinta itu indah bagai permata..yang bernilai di hati manusia.Yang menerbitkan kebahagiaan  hingga membawa ke mahligai impian.

Dari mana datangnya sayang...dari keikhlasan hati...Cinta tercipta kerana SAYANG...Betapa hebatnyaCINTA SEJATI...

Cinta..cinta memang sudah menjadi lumrah selagi di namakan cinta..pasti ada pahit dan manisnya.. pasti ada terang dan suram...Cinta... ada cinta terluka..bila cinta di dusta bagaikan ribut datang meredah...Ada pulun-pulun kasih yang rebah...

Ada ranting-ranting hati yang patah dan ada jiwa-jiwa yang rekah...Ada daun-daun rindu yang luruh bersama bunga-bunga Cinta.Begitulah perinya sang Ribut Cinta...Tanpa simpati pada hati duka nestapa....

Anak cina keTanah Jawa..
Di waktu pagi sunyi sepi..
Bila cinta  hilang di jiwa..
Hati tertutup terkunci sepi...

01 Februari 2013

Cintaku Muka Buku

Dalam kesejukkan malam kau muncul dalam bayangan.Kau datang membawa sedikit cahaya tapi cukup untuk menerangi kamarku yang kegelapan ini yang dulunya sepi tanpa penghuni.

Rasa terpanggil untukku menemanimu kerana rindu yang amat perit.Tanpa wajah tanpa suara cukup sekadar luahan rasa.Pada malam yang kian sepi kita di pertemukan lagi di paparan skrin komputer..cukup buat penghilang rindu yang mendatang.Dan di sini segala tercipta.

Kehadiran tanpa di duga mengheretku antara detik dan kesepian malam yang dingin tapi tetap hangat dengan hembusan nafasku..Dan kau masih bersamaku meredah suasana malam yang begitu menyenangkan..Kerana di sini kita mula bertemu dalam satu ikatan kemesraan.Antara rindu dan ceria..Antara resah gelisah.

Antara senyum dan tangis..Kau sentiasa menemaniku.Pada malam kegelapan dan subuh kedinginan tak pernah ku keseorangan...

Port Mak Ngah Skodeng !